Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Manisnya CYNTHIA BELLA Mekap Tipis, Bakal Isteri Engku Emran — Pengantin Malaysia Perlu Lihat ‘Look’ Ini

Public Anonymous User
06/09/2017 08:49 MYT

Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Instagram @laudyacynthiabella

PELAKON utama filem box office, ‘Surga yang Tak Dirindukan’, Laudya Cynthia Bella baru-baru ini telah memuat naik beberapa foto majlis khatam Al-Quran dan doa selamat di akaun sosial Instagram miliknya.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran serta meminta doa restu daripada ahli keluarganya sebelum Laudya Cynthia Bella melangsungkan pernikahan dengan bakal suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Mereka akan mengadakan majlis pernikahan secara sederhana di Malaysia pada Sabtu (9 September) ini. Pastinya ramai yang ternanti-nanti, bagaimana majlis perkahwinan Cynthia Bella dan Engku Emran nanti.

Apa pun peminat di Malaysia dan Indonesia mendoakan yang baik-baik sahaja buat Bella dan lelaki bertuah yang berjaya memiliki hati Bella. Semoga ikatan yang terjalin kekal hingga Jannah.

,Terimakasih untuk doa-doa nya.love u all??❤️ . . . Kaftan by @caftan.id Hijab do @ayyih ❤️

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Solekan Segar Serlahkan Wajah Ayu Cynthia Bella

Selain asyik melihat foto-foto sekitar majlis doa selamat Laudya Cynthia Bella, pastinya mata tertumpu melihat keayuan wajahnya. Bersesuaian dengan majlis yang diadakan, wajah Cynthia Bella tampak ayu dan menawan dengan hanya calitan sedikit solekan di wajahnya. Sangat sederhana.

Tidak dinafikan Laudya Cynthia Bella memiliki kulit wajah yang bersih, gebu dan mulus. Maka kerana itu dia tidak memerlukan bedak asas yang tebal dan berat kerana secara asasnya, tiada kesan jerawat atau kesan cela nyata yang perlu disembunyikan daripada paras wajahnya.

Jika dilihat secara dekat, dia hanya menggunakan solekan fresh pada wajahnya dengan hanya mengoles sedikit palet warna-warna manis seperti rona mawar pastel pada ulas bibir dan buah pipinya.

Malah untuk solekan pada bahagian mata, Cynthia Bella hanya menyapukan eyeshadow dengan warna-warna bumi yang sangat asli tanpa alitan celak. Memadai hanya dibingkai oleh bulu matanya yang sedia lebat dan cantik.

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Semua rasa datang dari Allah. dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis disini.InshAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir. YaAllah tolong jaga keluagaku. Amieennn...ea sayang kalian❤️

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

;