Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
gaya hidup

Masa Itu EMAS – Ketahui Enam Negara Paling MENEPATI MASA. Maaf, Malaysia Tiada Dalam Senarai!

Afiza Kamarulzaman 04/09/2021 | 01:23 MYT
Ketahuilah maksud sebenar pepatah ‘masa itu emas’. Hanya kalau kamu tahu nilai masa itu, pasti sesaat pun kamu tidak mahu membazirinya. Apa lagi mengkhianati janji masa yang sudah dibuat bersama seseorang.
Kita selalu berjanji untuk datang pada sekian-sekian masa, tapi kita tetap lewat. Bagi kita sekadar lima ke 10 minit apalah sangat. Sedangkan, sedetik masa yang berlalu itu tidak mampu dikembalikan walau dengan segunung emas.
Orang yang tidak tahu menghargai dan selalu mengingkari masa adalah orang yang tidak berdisiplin, tidak bijak menguruskan kehidupan, sombong dan bersikap acuh tak acuh terhadap semua perkara. Mereka juga tidak menhormati orang lain.
Dapat dilihat kebanyakan individu seperti ini selalu berada di belakang. Kehidupan mereka serabut dan setiap yang dilakukan ‘cacarmarba’ yang akhirnya membawa kerugian. Kerugian itu kalaupun tidak berlaku sekarang, pasti akan dilihat pada hari mendatang.
Ini senarai enam negara yang wajar dijadikan contoh atas disiplin mereka menepati masa:
  1. Switzerland – Orang Switzerland terdiri daripada masyarakat yang sangat cekap. Sebenarnya, mereka merasakan kegembiraan yang sangat mendalam apabila setiap yang mereka lakukan tepat pada waktunya dan dengan cara yang cekap. Mereka juga percaya bahawa dengan menepati masa, kamu menghargai mereka.
Fakta Menarik: Switzerland adalah ibu kota yang terkenal dengan pembuatan jam tangan dunia. Orang Switzerland juga terkenal dengan ketepatan, jadi tidak hairanlah mereka juga selalu tepat pada masanya! Kedai kopi di bandar Switzerland kebiasaannya akan sesak pada pukul 4 petang kerana setiap orang meluangkan masa rehat untuk menghirup kopi pada jam ini.
  1. Denmark – Orang mereka selalu berada di hadapan, sama ada untuk perjumpaan perniagaan atau majlis sosial. Mereka juga dikenali sebagai ‘multi-tasker’ sama ada dalam pekerjaan sehari-hari, aktiviti sukarela, sukan dan kehidupan sosial. Dengan pelbagai tugas dan janji temu, ketepatan masa sangat penting bagi mereka. Jika tidak, mereka berisiko menjejaskan perjalanan kehidupan seharian mereka.
Fakta Menarik:
World Clock di Kopenhagen mula menyimpan waktu pada tahun 1955, dan diharapkan dapat menyimpan waktu dengan tepat selama 570,000 tahun akan datang!
  1. Jepun – Orang Jepun dilatih pada usia kanak-kanak lagi untuk menepati masa dan menganggap ketepatan masa sebagai satu penghormatan yang tinggi. Ini sangat jelas dalam gaya hidup mereka. Contohnya, kereta api peluru Shinkansen di sana tidak pernah terlambat. Atau sekiranya tiba walaupun lewat satu minit, pemandu atau konduktor harus tunduk kepada setiap penumpang dan meminta maaf atas kelewatan yang berlaku.
Fakta Menarik:
Kelewatan tahunan kereta api peluru Shinkansen adalah 36 saat!
  1. Jerman – Ketepatan masa atau Pünktlichkeit orang Jerman sangat dikenali dan diakui seluruh dunia. Jerman adalah salah satu negara perindustrian yang termaju, oleh itu, keutamaan menepati masa dan kecekapan adalah asas yang sangat penting.
Fakta Menarik:
JANGAN tiba lewat apabila dijemput untuk makan malam. Tuan rumah akan menganggap ini sangat tidak sopan.
  1. Belanda – Masyarakat negara ini memandang serius ketepatan masa, terutama dalam urusan perniagaan; mereka mengharapkan kamu melakukan perkara yang sama! Janji temu, penangguhan, perubahan jadual atau penghantaran lewat akan menghakiskan kepercayaan mereka terhadapmu.
Fakta Menarik:
Kanak-kanak Belanda diajar bagaimana membuat jadual seawal sekolah rendah. Bagi mereka, semuanya mesti mengikut jadual termasuk kerja, makan dan aktiviti rekreasi.
  1. Korea Selatan – Confucian Values sangat tertanam dalam budaya masyarakat Korea Selatan. Mereka menghormati kewibawaan dan kelakuan baik. Mereka juga pekerja keras dan tidak pernah terlambat. Bagi mereka, kelewatan adalah tanda tidak hormat. Sekiranya anda terlambat untuk membuat temu janji, memaklumkannya terlebih dahulu adalah suatu keharusan.
Fakta Menarik:
Restoran tidak akan menerima pelanggan sejam sebelum ditutup.
Tahukah Kamu:
Dan, semua negara yang disenaraikan di atas ini bukan hanya mempunyai kelebihan daripada segi menepati masa malah mereka juga menjadi negara yang sangat progresif dalam ekonomi di dunia. Bagi mereka, ketepatan masa itu penting dalam pembangunan ekonomi. Malah, rakyatnya juga membayar cukai tepat pada masanya, tanpa tangguhan atau perlu ‘dikejar’ oleh pihak berkuasa.
#Disiplin #Lewat #Tepati masa
;