Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Masalah Demam Kuning – Menjemur Bayi TIDAK Digalakkan. Ketahui Sebabnya Daripada Perspektif Kesihatan.

Huda Hussain
11/09/2020 08:00 MYT
Tular baru-baru ini susulan kes bayi baru lahir yang berusia tujuh hari digigit anjing dan terputus tangannya kerana dijemur bersebelahan pintu untuk mengurangkan kuning. Menjadi adat dan kebiasaan yang kita dengar dalam kalangan masyarkat apabila mengamalkan petua menjemur bayi berdekatan cahaya matahari untuk mengurangkan masalah demam kuning.


Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.


Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
Kredit Foto: Google
Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.


Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?
Beberapa jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat: Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).
Defisiensi G6PD pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir. Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.


Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

Kredit Foto: Google

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika : Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
Kredit Foto: Google

Apakah yang doktor akan lakukan?
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.


Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
Oleh itu, intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?
Terdapat dua jenis rawatan iaitu:

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Kredit Foto: Google
  1. Rawatan foto
  2. Pertukaran darah

Pencegahan jaundis
Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.


Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?
Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran. Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/

Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia

#Kesihatan #Bayi #Demam Kuning
;