,
Highlights

Masalah Di Tempat Kerja – Banyak Faktor Perlu Dikenalpasti Sebelum Tuding Jari Kepada Orang Lain.

Huda Hussain
28/06/2020
12:30 MYT
Sebutlah apa jua jenis pekerjaan, semuanya ada tekanan dan isu tersendiri. Sama ada diri kita yang bermasalah, rakan sekerja yang hanya mahu menyelamatkan posisi masing-masing atau majikan yang sering memberi tekanan dianggap sebagai alah bisa tegal biasa dalam dunia pekerjaan.
Tidak kiralah sama ada bekerja dalam sektor apa sekalipun, tidak semuanya indah pada pandangan mata. Mungkin ada rakan kita yang berpangkat besar, punya pengaruh dan kroni tetapi tidak dihormati pekerja bawahannya. Dan ada juga yang bekerja berhempas-pulas dari siang ke malam, alih-alih orang lain yang dapat nama dan habuannya. Begitulah lumrah dan adat bekerja. Tetapi semuanya berbalik kepada diri kita. Tetapi apa yang perlu dilakukan jika anda berhadapan dengan masalah di tempat kerja seperti ini?
Kredit Foto: Google
  1. Tugas Kerja Di luar Jangkaan
Ada masanya tugasan yang diberi majikan amat banyak dan pekerja tak dapat siapkan dengan sepenuhnya. Malah bukan sesuatu yang asing pekerja membawa balik tugasan ke rumah. Walaupun kita seringkali terbaca atau mendengar masalah kerja dan kerja itu sendiri jangan dibawa balik ke rumah. Tetapi hakikatnya, ada yang tidak dapat lari daripada situasi ini. Cara Atasi: Bincang semula dengan majikan dan lebih baik susun tugas mengikut kepentingan yang diperlukan. Mana yang diperlukan dengan kadar segera atau boleh dihantar mengikut deadline tertentu, anda sendiri perlu pastikan. Selebihnya, anda sendiri sudah mahir dan maklum dengan cara kerja sendiri. Maka uruskan sebaik mungkin.
2. Konflik Rakan Kerja
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Menjadi lumrah jika terdapat perbezaan pendapat dalam mencari jalan penyelesaian. Tetapi konflik boleh menjadi lebih serius apabila sesama rakan sekerja tidak boleh berkerjasama dalam menjalankan tugas dengan rakan kerja yang lain. Sekali gus akan memberi kesan negatif terhadap produktiviti. Cara Atasi: Buang jauh-jauh sikap ego dan kedudukan jawatan dalam menjalankan tugas. Fikirkan rasional dan cari solusi untuk memudahkan kerja semua pihak agar tugasan yang diberi majikan dapat diselesaikan sebaik mungkin. Alternatif lain, fahami cara kerja rakan anda. Tidak perlu terlalu mendesak sebaliknya beri peringatan dengan cara yang wajar. Komunikasi adalah kunci untuk selesaikan isu ini.
Kredit Foto: Google
3. Majikan Tidak Melihat Hasil Kerja Pekerja
Ada pekerja yang bermati-matian menyiapkan kerja tetapi hasilnya tak dipandang majikan. Lebih buruk lagi majikan hanya memberi komen yang menjatuhkan semangat dan moral pekerja. Juga sering terjadi, apabila ada pekerja yang bertungkus-lumus menyempurnakan tugasan, tetapi kesudahannya rakan sekerja lain yang bijak memanipulasi, pandai ‘bodek’ dan sebagainya yang mendapat nama. Dan tidak keterlaluan, daripada perasaan tidak puas hati wujud pula has dengki sehinggakan ada yang tergamak menyihir rakan sekerja sendiri. Cara Atasi: Majikan perlu menjaga hubungan baik dengan pekerja dan dalam masa sama menjaga hati pekerja supaya pekerja terus kekal aktif dalam tugas yang dipegang. Beri kepercayaan kepada pekerja dan apabila mereka berjaya menyempurnakannya, berilah penghargaan selayaknya. Jangan pula berpihak kepada pekerja ‘favourite’ sahaja, sebaliknya beri layanan sama rata dan adil terhadap semua.
Apakah Tempat Kerja Anda Bertoksik?
Persekitaran kerja yang toksik seperti jauh dari tempat tinggal serta waktu bekerja yang panjang selain sukar mendapat kelulusan cuti turut menjadi antara punca stres. Dalam pada itu, fenomena buli di tempat kerja turut menjadi punca dan mempengaruhi persekitaran kerja yang bertoksik. Malah, ada masanya pekerja bukan sahaja dibuli oleh ketua tetapi juga rakan sekerja yang lebih senior.
Menurut Public Health Malaysia, persekitaran yang bertoksik berpunca daripada sikap rakan sekerja, orang atasan, bebanan tugas dan mungkin juga berpunca kerana ia tidak bersesuaian dengan minat dan kemahiran yang anda miliki.
Apabila minda semakin dibebani, tubuh badan akan memberi tindak balas dengan mengalami pelbagai gejala yang tidak dapat dijelaskan. Antaranya sering sakit kepala, berdebar-debar, sesak nafas, berpeluh-peluh, sakit atau pedih hulu hati dan sebagainya.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Apa Tindakan Anda?
  • Sekiranya terdapat polisi yang disifatkan tidak fleksibel sehingga menyebabkan stres berlaku, sebagai pekerja anda disarankan berbincang dengan baik bersama majikan. Kemukakan hujah dan pendapat yang rasional bersama contoh alternatif yang difkirkan dapat membantu.
  • Ketahui tahap kemampuan cara anda bekerja. Dalam masa sama, belajar untuk menjadi lebih asertif, produktif dan agresif jika kena pada masa dan tempatnya. Anda selalu dibebankan dengan tugasan yang menimbun di atas meja? Ini tandanya anda seorang pekerja yang boleh dipercayai dan majikan atau ketua hanya mahu menguji sejauh mana kemampuan anda untuk bertahan dan melunaskan segala yang diberi.
Kredit Foto: Google
  • Lakukan kerja secara berpasukan dan bahagikan tugas mengikut kemahiran serta kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Percaya kepada kemampuan rakan sekerja dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
  • Seimbangkan antara tuntuan kerja dengan kehidupan. Ya, anda cuma kerja makan gaji. Dan dengan gaji yang diperoleh itulah anda mampu merasa nikmat kehidupan pada tingkat yang tersendiri. Justeru tetapkan matlamat hidup, kepentingan anda serta sebaiknya asingkan seketika soal kerja dari rumah. Tinggalkan apa yang berkaitan dengan kerja di tempat kerja. Supaya anda dapat memberi tumpuan penuh kepada kedua-duanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Viral

Bengang Dengan Majikan, Orang Gaji Campur Air Kencing Dalam Makanan!

gempak
19/10/2024
11:49 MYT
Seorang wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai orang gaji di Ghaziabad, negeri Uttar Pradesh, India, ditahan polis selepas memasukkan air kencing dalam makanan keluarga majikannya.
Hiburan

Selepas Tular Cium Doh Makanan, Pekerja Auntie Anne’s Didakwa Ada STD?

gempak
10/10/2024
04:25 MYT
Selepas isu mencium doh makanan, pekerja premis pretzel terkenal di cawangan pusat beli-belah, Auntie Anne’s didakwa mempunyai penyakit ke­lamin (STD).
Hiburan

“Saya Lebih Rela Diam Sekarang, Bukan Kalah Atau Mengiyakan Fitnah" - Dewi

gempak
04/10/2024
01:26 MYT
Isu rumah tangga pasangan usahawan dan pempengaruh Jofliam dan Cik Epal masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial.
Terkini

Jijik! Penuntut Universiti Tunjuk Kemaluan Kepada Pekerja Kedai Serbaneka - "Gila Betul, Bagus Sangat Ker ..."

gempak
03/10/2024
14:55 MYT
Tular di aplikasi media sosial X seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka di Lampung, Indonesia diganggu oleh seorang pembeli yang cuba menunjukkan alat sulitnya di kaunter pembayaran.
Unitar