Mungkin orang ramai boleh berkata apa sahaja mengenainya. Dia punya wang dan hidup serba mewah. Pendek kata, umpamanya petik jari sahaja pasti semudah itu akan diperolehinya. Ya, apa sahaja. Jennifer Lopez atau lebih popular dengan panggilan Jlo bukan sahaja dilihat masih lincah dan ligat andai perlu menari dan beraksi di pentas, tetapi energinya terbukti menjangkaui apa yang disangkakan orang ramai.

Kredit Foto: Google

Berumur 51 tahun, Jlo juga seperti kebanyakan daripada kita. Tidak terkecuali daripada melalui hari-hari yang penuh agenda, memenuhi tuntutan karier dan hidup berkeluarga. Tetapi dalam masa sama, dia tidak culas menjaga kesihatan fizikal dan mentalnya. Ini antara apa yang dilakukannya.

Kredit Foto: Google

Minum Banyak Air!

Tidak terhitung berapa banyak air yang diminumnya sehari, Jlo amalkan dengan minum banyak air masak. Dan apabila ditanya hos rancangan itu, bagaimana dia tahu berapa kuantiti air yang diminum, jawab Jlo dia sendiri tidak mengira berapa banyak jumlah air yang diminum. Hanya minum sahaja sepanjang hari. Hinggakan urinnya berwarna kuning cair. Sesuatu yang tidak pernah dikongsikannya dalam mana-mana temubual mengenai warna urinnya, hahaha. Tetapi itulah dia. Bagi Jlo, amalan minum banyak air kosong juga berupaya membantu menurunkan berat badan selain membantu mengelakkan dehidrasi dalam tubuh.


Tidak Merokok, Elakkan Minuman Alkohol

Memandangkan ibunya selalu berpesan, “Don’t drink. Don’t take drugs, you are going to die”. Malah itu yang menjadi pegangannya selama ini.


Kredit Foto: Google

Meditasi Dan Sentiasa Berfikiran Positif

Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada ada masanya kita berfikiran negatif. Terutamanya apabila dibawah minda separa sedar, kebanyakannya kita hanya berfikiran negatif. Sama ada secara sedar atau tidak, kita pasti pernah melalui dan merasainya. Tetapi jangan sesekali membiarkannya menakluk pemikiran dan cara kita bertindak. Misalnya, “Ah sepatutnya aku boleh buat lebih baik daripada ini” itulah bagaimana cara kita berfikir. Apabila saya mula beri perhatian tentang apa yang saya fikir, saya ubah cara berfikir contohnya “I am doing good” “Saya boleh buat” “Saya akan cuba”. Dan dengan ini, ia secara tidak langsung mengubah hala tuju pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Dalam perspektif hidup, saya melihat bagaimana mahu menikmati hidup ini bersama keluarga, saya mahu mereka gembira. Apabila kita mula tetapkan cara pemikiran seperti ini sebelum memulakan hari kita, ketika bangun pagi misalnya, secara tidak langsung ia akan membimbing kita untuk lebih fokus melakukan apa jua kerja kita pada hari itu.

Kredit Foto: Google