gaya hidup

“Masih Ramai Anak Muda Zaman Ini Yang Kuat Bekerja,” UEL Hadiahkan Basikal Buat Food Walkers.

gempak
Afiza Kamarulzaman
18/01/2021
14:12 MYT
Sponsor Banner
“Masih Ramai Anak Muda Zaman Ini Yang Kuat Bekerja,” UEL Hadiahkan Basikal Buat Food Walkers.
Berkaca mata penulis saat menonton rancangan Jejak Ebit Lew semalam yang disiarkan di Astro Prima, setiap Isnin jam tujuh malam itu. Kali ini, Ustaz Ebit mendekati anak-anak muda yang menjadi penghantar makanan dengan hanya berjalan kaki. “Saya tidak sangka rupanya masih ramai anak zaman ini yang gigih bekerja. Saya fikir zaman saya saja, kita struggle bekerja...” Ucap Ustaz.
Mereka berasal daripada latar belakang keluarga dan cerita kesusahan yang pelbagai. Ada yang hilang pekerjaan, sedang menunggu panggilan kerja tetap dan tak kurang juga isteri yang terpaksa membantu suaminya yang OKU. Untuk itu Ustaz Ebit dan tema bermurah hati menghadiahkan mereka basikal untuk memudahkan tugasan mereka.
“Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi permintaan pesanan makanan daripada pelanggan sekitar ibu kota ini. Saya berharap dengan adanya basikal ini dapat memudahkan pekerjaan mereka di samping melimpahkan lagi rezeki untuk mereka, Doa Ustaz Ebit yag turut memberi sumbangan lainnya.
Kredit Foto: Astro Prima
Aunty Christine Ti Gembira Kereta Kancilnya Dibaiki
Tular baru-baru ini seorang penghantar makanan wanita Cina bernama Christine Li yang kelihatan gigih mengambil dan menghantar order dengan menggunakan kereta kancil ‘uzurnya’ yang sudah berusia 20 tahun. Walaupun sudah berusia, Christine tiada pilihan lain kerana sudah kehilangan pekerjaan.
Tidak mahu menyusahkan sesiapa, beliau memikirkan ini sahaja pekerjaan terbaik untuknya meneruskan kelangsungan hidup. “Saya berterima kasih kepada Ustaz Ebit hari ini kerana membaiki kereta saya. Semua dia tukar, yang kecil-kecil pun dia ganti dengan yang elok. Terima kasih banyak-banyak,” Luah Christine terharu.
Kredit Foto: Astro Prima
Anak-Anak Asnaf Tidak Dilupakan
Masuk tahun baru, pastinya ibu bapa sibuk memikirkan persiapan persekolahan anak-anak. Bayangkan dalam keadaan sekarang, ramai ibu bapa yang berdepan dengan ekonomi yang semakin susut. Anak-anak masih perlu untuk ke sekolah. Team Jejak Ebit Lew ke Sekolah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur untuk membantu 60 orang anak-anak asnaf di sekolah itu.
Anak-anak yang datang daripada pelbagai bangsa dan usia itu dibawa ke pusat membeli-belah untuk memilih sendiri baju, tudung, kasut dan perkakas sekolah baru. Ustaz Ebit mengharapkan bantuan ini dapat sedikit-sebanyak mengurangkan beban sara hidup keluarga anak-anak ini dan semoga mereka dapat belajar dengan baik dan bercita-cita untuk mengubah masa depan keluarga agar dapat pula membantu mereka yang memerlukan kelak.
Insya-Allah, ameen...
Kredit Foto: Astro Prima
Kredit Foto: Astro Prima
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024