gaya hidup

Masih ‘Single’? Relaks, Nikmatilah Zaman Solo Sepuasnya. Ini Masa Untuk Berbakti Kepada Ibu Bapa.

gempak
Huda Hussain
02/03/2021
10:16 MYT
Sponsor Banner
Masih ‘Single’? Relaks, Nikmatilah Zaman Solo Sepuasnya. Ini Masa Untuk Berbakti Kepada Ibu Bapa.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al Baqarah, 216). Amat jelas dan mudah difahami potongan ayat Al-Quran ini. Betapa kita tidak punya kuasa dan daya untuk menaakul setiap yang terbuku dikalbu. Pada kita ia sudah cukup baik tetapi tidak pula diizinkan untuk berada dalam genggaman.
Itu antara kefahaman ringkas mengenai soal jodoh dan rezeki. Terlalu banyak hikmahnya andai masih menyendiri dan belum ketemu si dia yang bakal menjadi imam kamu. Kerana mungkin Allah mahu memberi kamu masa agar dapat berbakti kepada kedua ibu bapa, membantu meringankan beban mereka, menolong dan menjaga perihal adik-adik juga banyak lagi. Justeru, kenapa masih mahu mengeluh?
Kredit Foto: Google
1. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang ingin memperkenalkan anda dengan ibu bapanya.
2. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang sanggup mengetepikan segala-galanya untuk ada di sisi anda apabila anda memerlukannya.
3. Seseorang yang akan berkata, "mesej bila dah sampai rumah," dan tunggu sehingga anda benar-benar sudah tiba di rumah.
4. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang dapat perkenalkan dengan bangga kepada ayah anda.
5. Seseorang yang tidak cuba untuk mengubah anda.
6. Teruskan jadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang tidak menyentuh anda.
Kredit Foto: Google
7. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang berpegang pada janjinya.
8. Seseorang yang tahu untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesilapan.
9. Seseorang yang menceriakan anda apabila anda berasa tertekan.
10. Teruskan jadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang membuatkan anda berasa ingin menjadi orang yang lebih baik.
11. Seseorang yang memberikan anda motivasi untuk anda lebih mencapai sesuatu dan menjadi yang lebih baik.
12. Seseorang yang yakin dengan dirinya dan masa depannya bersama-sama dengan anda.
Kredit Foto: Google
13. Teruskan menjadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang tidak pernah berhenti dalam mencuba memiliki anda.
14. Kerana dia tahu tidak sukar untuk memiliki anda tetapi sentiasa memberikan sebab untuk anda kekal bersama.
15. Sementara belum berjumpa si dia, teruskan menjadi single dan berasa gembira dengan apa yang anda sedang lakukan.
Sumber: Pakar Diari Hati
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live