Personaliti

“Melepaskan Mereka Satu Pengorbanan Besar Dan Itulah Jihad Saya Untuk Agama Dan Masa Depan Mereka – Vie Shanti Khan

gempak
Huda Hussain
01/04/2021
02:00 MYT
Sponsor Banner
“Melepaskan Mereka Satu Pengorbanan Besar Dan Itulah Jihad Saya Untuk Agama Dan Masa Depan Mereka – Vie Shanti Khan
Kata orang sayang anak tangan-tangankan. Benar, tiada salahnya untuk menghukum anak dengan niat sebagai pengajaran dan untuk mendidik mereka menjadi insan. Selagi ia tidak mendatangkan kecederaan dan tidak keterlaluan, menjadi tugas ibu bapa untuk memberi asuhan dan didikan sempuna buat mereka.
Kredit Foto: IG Vie Shanti Khan
Lebih-lebih lagi dalam soal ilmu agama. Kerana mendepani cabaran dan ujian di akhir zaman ini, didikan agama lah yang menjadi benteng paling ampuh untuk membentuk jati diri seorang manusia. Usahawan terkenal, Vie Shanti Khan juga tidak terkecuali daripada sedaya upaya mungkin untuk membesarkan anak-anak dengan pendidikan sempurna.
Kredit Foto: IG Vie Shanti Khan
Baru-baru ini, dia berkongsi muat naik apabila membulatkan tekad menghantar ketiga-tiga anaknya ke sekolah berasrama penuh demi mendalami ilmu agama. Melalui perkongsiannya di IGTV, “Hari ini tiga orang ini saya akan hantar ke sekolah asrama penuh untuk belajar lebih mendalam. Terutamanya Zareef sebab dia anak lelaki. Zareef ini saya mahu dia jadi seorang ulama satu hari nanti. Insya-Allah” ujarnya.
“Perasaan anak-anak kecil kita nak hantar sungguh tidak mudah. Kalau anak-anak sudah besar masuk universiti itu suatu yang normal kerana si ibu masih boleh menjaga mereka. Melepaskan mereka pada waktu ini merupakan satu pengorbanan yang besar dan itu adalah jihad saya untuk agama dan untuk masa depan mereka juga” akuinya dengan nada sebak. Ujarnya kepada Zareef, satu-satunya Putera tunggal yang menjadi sandaran Vie Shanti, “Abang, please jaga Jaya dengan kakak okey. Mummy kasi tanggungjawab ni sama abang jaga kakak dan Jaya di sana okey. Protect them” ulasnya lagi seraya memeluk Zareef yang kelihatan sesekali menggosok matanya.
Kredit Foto: IG Vie Shanti Khan
Benarlah, ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak-anak lebih-lebih lagi kala usia mereka masih kecil. Namun itu semua tidak mematahkan tekadnya untuk melihat anak-anak berjaya dan seimbang keduanya antara ilmu akademik dan agama.
Bagi Vie Shanti, menghantar anak-anak ke asrama mengingatkannya kepada kisah Imam Syafie. “Mak Imam Syafie di Palestin. Dan setiap kali ada ulama’ yang mahsyur di mana-mana, ibu Imam Syafie akan menghantar anaknya untuk belajar ilmu agama. Hingga sampai ke satu tahap, Imam Syafie sudah tiga tahun menjadi imam di Mekah. Dan ketika itu ada rombongan yang datang dari Palestin mengerjakan haji. Salah seorang dari ahli rombongan itu ialah ibu kepada Imam Syafie. Dan tatkala dia sedang berjalan di Mekah, dia terdengar terlalu ramai para ulama’ dan pembesar-pembesar bercakap mengenai Imam Syafie. Lantas bertanya siapa Syafie? Syafie itu dari mana? Jawab alim ulama’ itu, Syafie itu orang luar dari Palestin. Ibunya yang menghantar Syafie ke sini. Mendengar jawapan itu, ibunya berkata Syafie itu anakku. Tolong beritahunya bahawa ibunya sedang datang kepadanya.
Kredit Foto: IG Vie Shanti Khan
Masya-Allah mendengar pengakuan itu, sepanjang haji ibunya dijaga rapi oleh para ulama’. Dan itulah cita-cita saya untuk anak-anak. Allah jaga setiap orang yang belajar agama dan Allah juga pilih. Jadi, saya tergerak hati sebagai seorang ibu. Bagi saya itu adalah arahan dan takdir anak-anak saya. Insya-Allah semoga mereka selamat di dunia dan di Akhirat.” Hurainya lanjut. Moga apa yang dihajati dan didoakan Vie Shanti yakni ibu kepada Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia akan dimakulkan-Nya kerana doa seorang ibu itu tiada hijabnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024