Highlights

Memang Boleh Maafkan, Tapi Takkan Boleh Lupa. Bukan Simpan Dendam, Kesan Dan ‘Sakitnya’ Masih Terasa…

gempak
Huda Hussain
05/07/2020
13:59 MYT
Sponsor Banner
Memang Boleh Maafkan, Tapi Takkan Boleh Lupa. Bukan Simpan Dendam, Kesan Dan ‘Sakitnya’ Masih Terasa…
Kalau diikutkan perspektif Islam, tiada istilah memaafkan tetapi tidak melupakan. Biarpun kita berhak untuk tidak memaafkan sesiapa yang pernah menyinggung atau menyakiti tetapi banyak perkara yang perlu diperhalusi. Kita boleh bersorak gembira kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat. Tetapi persoalannya, tanya pada diri kita, bagaimana… Lega? Tenangkah kehidupan kita di kemudian hari? Dan tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat? Di sana kelak, orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya. Hinggalah akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke neraka. Begitulah besarnya impak “maaf”.
Kredit Foto: Google
Beratnya Nak Memaafkan, Tapi…
Sungguh, melupakan seraya memaafkan kesalahan orang lain bagaikan suatu yang mustahil. Kiranya, ia umpama perbuatan yang sangat berat. Apatah lagi luka yang berbekas dalam sanubari kita begitu dalam dan kian mencengkam. Dan umpamanya mudah di ucapkan tapi tidak semua orang mampu melakukan dengan ikhlas.
Namun demikian, kita tetap dituntut untuk memaafkan terlebih dahulu ketika si pelaku sudah meminta maaf kepada kita. Mengapakah kita masih melakukan sedemikian? Bukankah ketika kita berbuat salah juga ingin dimaafkan? Lantaran itu maafkanlah sahaja. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya. Sama ada ia berada dipihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal tersebut (memaafkan), nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat) (Hadis Riwayat Al-Hakim) “Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas, maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)
“Jika hari kiamat tiba, terdengarlah suara panggilan, “Manakah orang-orang yang suka mengampuni dosa sesama manusianya?” Datanglah kamu kepada Tuhanmu dan terimalah pahala-pahalamu. Dan menjadi hak setiap muslim jika ia memaafkan kesalahan orang lain untuk masuk syurga.” (Hadis Riwayat Adh-Dhahak dari ibnu Abbas Ra)
Kredit Foto: Google
Kelebihan Memaafkan
  1. Ketahuilah bahawa sesungguhnya apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pelaku berasa tenang, tetapi Allah juga akan memberikan ketenangan kepada kita. Bahkan, Allah juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain.
  1. Tidak akan hilang maruah, si pemaaf menjadi hina atau jatuh harga diri sekiranya kita memaafkan orang lain. Oleh itu, maafkanlah orang lain dan jangan menyimpan dendam.
  1. Allah akan meninggikan darjat hamba-Nya yang memaafkan kesalahan orang lain. Perbuatan itu juga adalah sifat para rasul, nabi dan wali-wali Allah yang berjiwa hebat.
  1. "Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, baginda menceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, antara orang-orang yang diutamakan memasuki syurga Allah tanpa dihisab atau diringankan hisab, adalah orang-orang yang memaafkan orang lain atau reda dengan orang lain walaupun dia disakiti atau dizalimi.
Tidakkah kita mahu rebut kelebihan dan betapa mulianya memafkan orang lain? Walaupun sakit dan perit tetapi ingatlah nikmat yang Allah SWT janjikan kepada mereka yang sudi, ikhlas dan reda memaafkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live