Mengambil Ibrah Daripada Musibah – Biarpun Dikecam Atas Sumbangan Dan Bantuannya, Ustaz Ebit Lew Hadapi Dengan Penuh Hikmah.
Huda Hussain
31/03/2020 15:08 MYT
31/03/2020 15:08 MYT
‘Allah sayang kita, sebab itu diberinya ujian ini’ ini antara bait-bait ayat yang sering dilontarkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan pendekatannya berdakwah dalam cara tersendiri. Turun ke lapangan dan menyampaikan dakwah dengan penuh hikmah dan tutur kata yang lemah lembut, jelas memperlihatkan sifat penyayang dalam dirinya.
Dan sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana, Ustaz Ebit Lew tidak duduk diam dan terus merencana bagaimana mahu menyalurkan bantuan. Berbekalkan bantuan daripada sukarelawan, insan mulia ini menggerakkan inisiatif untuk mengumpul dana lantas disumbangkan kepada pelbagai golongan.
Menerusi Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, pada mulanya telah menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan Hospital Ampang dengan menyumbang portable aircond untuk kegunaan kakitangannya. Tidak terhenti disitu sahaja, kemudiannya Ustaz Ebit dengan bantuan penyumbang lain menghulurkan sumbangan portable aircond ke Hospital Shah Alam menerusi muat naik perkongsian status tanggal 20 Mac lalu. Daripada portable aircond, Ustaz Ebit terus berkongsi rezeki dan sumbangan daripada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia dengan menghulurkan sumbangan berbentuk makanan, khemah, kelengkapan seperti mask, sanitizer, glove, termometer, baju plastik, kipas, face shield, apron, makanan kering dan banyak lagi. Semuanya disalurkan untuk kegunaan hospital seperti di Ampang, Sg Buloh, Serdang, Seremban dan lain-lain lokasi terpilih.
Tidak terhad kepada barisan hadapan negara seperti doktor, jururawat, petugas kesihatan, anggota polis dan tentera yang disifatkannya sebagai berjihad; dalam pada itu Ustaz Ebit sempat menitipkan kata-kata semangat dan doa buat mereka. Ujarnya, “Anda semua pejuang berjihad barisan hadapan sekali. Besar nilai seorang berjihad dijalan-Nya. Tiada siapa boleh kira pahala dan kebaikan kakak semua ketika ini. Betapa sayangnya Allah dengan pengorbanan semua. Setiap peluh letih pening lapar semuanya hanya Allah yang balas. Terima kaseh dari saya. Saya doakan semua sihat dan sentiasa kuat."
Dan beberapa hari lalu, Ustaz Ebit dengan bantuan pasukannya dan sukarelawan lain telah menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf sekitar ibu negara dengan menyampaikan bantuan keperluan asas seperti makanan yang dibeli dari Malakat Mall Cyberjaya dan St Rosyam Mart.
Namun demikian, dalam pada usaha dan ikhtiar Ustaz Ebit untuk terus membantu kepada segenap lapisan masyarakat dia diuji dengan kecaman. Bukan daripada netizen tetapi golongan agamawan yang lain. Allahu… Namun tertib dan pendekatannya yang tidak mahu membalas dan memanjangkan isu ini dihormati ramai. Menerusi muat naik status di akaun media sosial yang bertulis, "Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh haram sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu 'update' status dan kata saya di sana sini. Saya tak kisah pun. Tak rasa apa-apa. Dari kecil saya rasa macam ni. Saya tak rasa sedih bila orang cakap-cakap. Tapi ustaz-ustaz terasa juga sebab saya ni baru belajar Islam," katanya.
Lantaran itu, pendakwah ini memohon maaf kepada segelintir pihak yang tidak menyenangi usaha dan kerja amal yang dilakukannya bagi membantu barisan hadapan dan mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19. Walaupun terpaksa membataskan masa bersama ahli keluarga, namun bagi Ustaz Ebit, ketika ini orang ramai dilanda krisis hebat dan perlu menghadapi bersama-sama.
"Keperluan di hospital yang teramat penting kerana ini melibatkan keselamatan mereka. Perkataan lain mereka merisikokan nyawa mereka untuk orang lain.
"Tengoklah berapa ramai petugas barisan hadapan seperti jururawat, doktor, pembantu perubatan, polis dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).
"Kesian mereka sangat. Berbaloi ke kerana gaji mereka buat semua itu tapi kerana ALLAH mereka berjuang berkorban. Itu pun ada mulut sumbang cakap macam-macam pada mereka. Sedih. Saya sayang mereka semua," ungkapnya di akaun Facebook miliknya hingga tular di laman sosial.
Jelas Ustaz Ebit lagi, kerja amalnya berbekalkan dokumen sah dan persetujuan dari institusi berkaitan seperti pihak hospital dan PDRM. "Saya ada surat polis dan hospital. Surat kebenaran semuanya. Saya niat semua ini menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kita semua menjadi sebuah keluarga. Saya bersama sukarelawan melakukannya. Tidak libatkan staf sendiri. Biarlah saya sendiri yang buat semua ini dan beberapa sukarelawan lain. Semoga ALLAH lindung saya dan kamu semua dari Covid-19 ini." katanya.
Benarlah, waima kita melakukan amal kebaikan dan kebajikan sekalipun tetap akan diuji. Namun semuanya kembali kepada diri dan naluri masing-masing. Sama ada berpaksikan kepada kejujuran, keikhlasan atau mencari publisiti. Semuanya hanya Dia yang menilai dan menentukannya. Teladanilah pendekatan yang diambil Ustaz Ebit dalam menghadapi tohmahan dan kecaman. Tidak mudah melatah, tidak cepat melenting sebaliknya tetap bersangka baik dan mahu terus melaksanakan apa yang dirancang demi membantu mereka yang benar-benar memerlukan dalam waktu sukar ini. Doa kami agar asbab musibah ini, kita semua bisa mengambil ibrah (pengajaran) disebaliknya. Tentang bagaimana musibah itu mengajar kita erti sabar, syukur dan ikhlas. Luangkan masa yang kita ada ini untuk merenung ke dalam diri, cuba memperbaiki dan tingkatkan amalan. Saling menegur dan mengingatkan itu tiada salahnya. Tetapi seeloknya ditegur dengan cara penuh hikmah agar tidak mengguriskan hati sesiapa. Semoga kita terus dilindungi dan kembali bersatu dalam menghadapi ujian Allah ini.
Kredit Foto: Facebook Ebit Lew