Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Village Hotel Bugis

AGAK-agaknya destinasi mana menjadi pilihan bagi anda sekeluarga untuk bercuti? InTrend cadangkan Singapura kerana kedudukannya yang dekat yakni terletak hanya di seberang Tambak Johor, sekali gus menjanjikan 1,001 macam keseronokkan untuk berlibur bersama keluarga.

Okey destinasi pelancongan sudah dipilih. Kini penginapan mesti ditempah awal agar tidak mengganggu perjalanan percutian anda. Untuk kembara kali ini, apa kata anda menginap di Village Hotel Bugis atau di Village Hotel Albert Court. Apa yang menarik tentang hotel ini, anda perlu lihat ini.

Village Hotel Bugis

Village Hotel Bugis terletak di Victoria Street iaitu tempat tumpuan pelancong dan penduduk tempatan. Kedudukannya sangat strategik, hanya mengambil masa dua minit berjalan kaki dari Stesen MRT Bugis dan deretan kedai termasuk Bugis Junction, Bugis Villlage, Arab Street dan Haji Lane untuk sesi membeli-belah yang ‘happening’!

Kredit foto: InTrend Malaysia

Kredit foto: InTrend Malaysia

Kunjungan anda ke Singapore Flyer juga mudah dari hotel ini kerana mengambil lima minit perjalanan menaiki teksi. Tidak lengkap kembara anda ke Singapura jika tidak mengunjungi Kampung Glam yang terletak berhampiran dengan Village Hotel Bugis ini. Keindahan kawasan ini betul-betul dapat dinikmati apabila anda berpeluang berjalan kaki di setiap lorong berhampiran dengan Village Hotel Bugis ini.

Kredit foto: Village Hotel Bugis

Kredit foto: Village Hotel Bugis

Selain lokasi yang strategik, hotel ini turut menawarkan sebanyak 393 bilik buat pengunjung yang mahu menginap di sini. Village Hotel Bugis menawarkan pelbagai jenis bilik antaranya Club Room Single, Club Room Twin, Premier Room, Superior Room Twin dan Superior Single.

Hotel ini juga menyediakan bilik khas iaitu Family Room buat keluarga yang besar. Berbeza dengan bilik yang lain, Family Room dihiasi rona terang yang mampu menyuntik suasana ceria buat seisi keluarga yang menginap di situ.

Kredit foto: Village Hotel Bugis (Family Room)

Kredit foto: Village Hotel Bugis

Kredit foto: Village Hotel Bugis

Percutian anda di Village Hotel Bugis lebih bermakna apabila hari-hari yang dilalui diisi dengan aktiviti santai yang boleh dilakukan di kawasan hotel misalnya bersantai di club lounge, bersukan di gimnasium atau mandi-manda di kolam renangnya yang luas.

Nak tahu tarikan paling anda tunggu-tunggu di hotel ini? Memang best sebab Village Hotel Bugis turut menyediakan telefon pintar dengan WiFi percuma di setiap bilik bagi memudahkan pelancong mengakses maklumat dengan mudah walau di mana sahaja. Paling menyeronokkan apabila panggilan yang dibuat melalui telefon pintar tersebut sama ada dalam atau luar negara adalah percuma!

Untuk sesi menjamu selera di hotel ini anda boleh pilih sama ada makan di Mooi Chin Place yang menyediakan masakan Cina Hainan ataupun di The Landmark Restaurant yang menawarkan pilihan masakan Barat, Cina, Asia dan India. Hidangan di kedua-dua restoran ini memang enak!

Kredit foto: InTrend Malaysia

Village Hotel Albert Court

Apa yang istimewa tentang Village Hotel Albert Court ini? Hotel butik yang sangat menawan ini terdiri daripada deretan rumah-rumah kedai zaman sebelum perang yang telah dipulihara. Usaha mengekalkan seni bina lama memberi manfaat kepada generasi millennials untuk mengenang sejarah silam di tanah Temasik ini.

Kredit foto: Village Hotel Albert Court

Lokasi hotel ini pasti menarik minat pelancong kerana berhampiran dengan Stesen MRT Rochor, hanya satu minit berjalan kaki dari hotel. Ia juga berdekatan dengan Little India, Kwan In Thong Hood Cho Temple, Colonial Bistro Café, Mustafa Centre, Rochor Original Beancurd dan banyak lagi. Justeru, sesi jalan-jalan anda lebih mudah dan tak sempat ‘pecah peluh’ pun!

Bilik-bilik di Village Hotel Albert Court tampil menarik dengan hiasan dalaman yang bersentuhan gaya Baba dan Nyonya, juga ada sedikit elemen moden. Terasa tenang kala berehat di ruang kamarnya.

Kredit foto: Village Hotel Albert Court

Kredit foto: Village Hotel Albert Court

Hotel ini turut menyediakan WiFi tanpa had secara percuma, selain menawarkan duat pilihan restoran untuk menjamu selera iaitu Albert Café yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa manakala Shish Mahal Restaurant menyajikan sajian India Utara. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan kemudahan seperti gimnasium dan jakuzi sepanjang menginap di hotel ini.

Buat anda yang bercadang mahu bercuti ke kota Singa, sudi-sudikan menginap di hotel yang InTrend cadangakan ini. Selamat bercuti!

Kredit foto: Village Hotel Albert Court

Kredit foto: Village Hotel Albert Court

Kredit foto: Village Hotel Albert Court