Highlights

“Mengutuk Seorang Mukmin Itu Seperti MEMBUNUHNYA.” – Sabda Nabi. Ramadan Makin Hampir, Tapi Kita Masih...

gempak
Afiza Kamarulzaman
02/04/2020
15:45 MYT
Sponsor Banner
“Mengutuk Seorang Mukmin Itu Seperti MEMBUNUHNYA.” – Sabda Nabi. Ramadan Makin Hampir, Tapi Kita Masih...
Ini bukan kata-kata orang biasa tetapi hukum yang telah ditetapkan Allah swt. Siapa kita untuk melawan balik hukum Allah? Masihkah kita mahu menegakkan benang yang basah hanya kerana ego dan mahu terus menang dalam sebuah pertandingan yang tidak diketahui matlamatnya? Masihkah kita mahu menghalalkan sesuatu yang ternyata haram walau apa pun niat kita? Niat tidak menghalalkan cara.
Sedih sungguh melihat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini banyak hati yang disinggung, banyak kata-kata berbaur dosa, banyak hasutan menjadi punca dan akhirnya perbalahan meragut semua perpaduan dan kasih-sayang. Kenapa membunuh itu kita boleh nampak ia sebagai dosa? Tetapi mengumpat kita rasa seperti biasa? Kenapa merogol kita boleh anggap sebagai bangsat tapi mengutuk orang kita nikmati dengan lazat? Kenapa merompak kita tentang habis-habisan tapi mengaibkan si polan kita jadikan ia jenaka dan bahan?
Kredit Foto: Google
Media Sosial Menjadi Medan Perang Membogelkan Manusia
Tidakkah kamu tahu apa hukumnya berkata sesuatu yang si polan itu tidak menyukainya? Allah swt berfirman yang maksudnya; “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (QS. Al Hujurat: 11).
Amat menakutkan sekarang ini apabila kita membaca komen-komen masyarakat di media sosial dalam menghina dan berbalas-balas kata cacian sesama mereka. Ia dilihat bagaikan satu pesta keseronokan dan tidak lagi terlihat dosa di dalamnya. Ketahuilah semua, walaupun kata-kata pedih itu ditaip menerusi alam maya dan tidak diucap menerusi mulutmu, ia tetap sama dosanya kala kamu melafazkannya. Kerana apa yang kamu taipkan itu hadir dari hati dan minda kamu. Maka, dosanya tetap sama.
Malah, ia lebih besar bahananya kerana dibaca oleh orang lain dan kemudian disebar-sebarkan. Berapa banyakkah dosa orang lain yang harus kamu pikul nanti? Cukupkah amalan pahala sendiri untuk menampung dosa-dosa itu kelak? Bukalah mata. Ini bukan dosa main-main, ini dosa besar yang akan dihitung malaikat di kiri dan kananmu. Malaikat tidak pernah tidur dan sentiasa ada walau ketika kamu menggunakan ‘fake account’.
Kredit Foto: Google
Dosa Sesama Manusia, Bagaimana Untuk Disucikan?
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”
Dosa dengan Tuhan, kita boleh memohon ampun terus kepada-Nya, dan sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi mengasihani. “Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah:199)
Manakala, dosa sesama manusia akan terbeban di bahumu sehinggalah di polan yang kamu berbuat salah itu mahu mengampunimu. Tidakkah sulit jika, si polan tidak mahu memafkan sampai bila-bila? Fikirkanlah sejenak. Kita sudah solat sepenuh waktu, berpuasa, mengeluarkan zakat, bersedekah, menunaikan haji dan pelbagai lagi amalan baik yang kita kerjakan, sudahnya ia bocor dek lubang-lubang yang kita lupa tampal dulu? Kita banyak mengata orang, mengeji, menjadi penghasut, dan akhirnya ia memakan diri kita balik.
Kredit Foto: Google
Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih
Ramdan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Sudahkah kita bersedia untuknya? Kalau benar kita sudah bersedia, kenapa lidah kita masih dikotori dengan caci-maki dan hati kita terus dirasuk rasa benci? Cukuplah semua umat manusia, tamatkanlah semua perbalahan. Masanya untuk kita bersatu dan semarakkan seberapa banyak kasih-sayang yang kita mampu.
Kasih-sayang itu bukan hanya dengan memberikan si polan itu makan dan minum. Tetapi kayakan jiwanya dengan contoh yang baik dan tazkirah yang membawa kepada manfaat semua. Ketepikan semua dendam, dan berdamailah, dunia ini tidak lama. Dan, nyawa kita juga serapuh dahan yang sampai masa akan reput menyembah bumi. Fikirkanlah. Cukup-cukup membenci, cambahkan benih yang suci.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live