Hiburan
Mira Filzah Dedah Sikap Romantik Suami Tulis Diari Untuknya! – Alahai… 'Sweet'nya Dia!
InTrend berpeluang mengikuti sesi penggambaran salah satu episod 'In Love With Mira' yang bakal disiarkan di saluran Astro Naura 7 September nanti. Rancangan ini bakal menampilkan Mira dan buah hatinya bersama barisan ustaz dan ustazah jemputan khusus sebagai persiapannya merapikan diri bergelar suami isteri tidak lama lagi. Mahu tahu apa yang istimewa dan uniknya Wan Emir Astar dari kaca mata seorang selebriti bernama Mira Filzah? Ikuti temu bual eksklusif InTrend bersamanya.
Kredit Foto: IG Mira Filzah
Macam mana mula-mula ‘in love’ dengan Emir?
Hahaha… Hurmmm, macam mana ya? Perkenalan kami tidaklah terlalu lama sebenarnya. Ada sesuatu yang Mira nak perbetulkan, kalau sebelum ini keluar dalam beberapa artikel di media Mira dan Emir sudah berkawan lama. Tetapi sebenarnya tidak. Mira kenal Emir tak berapa lama. We keep in touch melalui media sosial. Tapi bukanlah kami berkawan sejak sekolah. Dan kalau ditanya macam mana in love… Macam itulah. It’s just happen, tanpa dirancang (sambil bibirnya menguntum senyum)
Memandangkan Emir orang Kuala Kangsar dan Mira juga dari Perak, jadi adakah Mira sebenarnya memang mencari seseorang dari satu negeri atau kebetulan?
Oh, tidak. Sebenarnya kalau diimbas balik semasa kali pertama Mira jumpa dengan Emir, waktu itu dia cuma nak bagi barang. Lepas dia bagi barang, kawan Mira yang perasan dulu. Katanya, “Tahu tak arwah papa dia bla bla bla”. Dan selepas itu barulah Mira tahu serba sedikit tentang Emir. Sebelum itu Mira tidaklah pula stalk atau study dia asal dari mana dan sebagainya. Dan bukannya faktor dia dari Kuala Kangsar Mira berkawan dengannya, tidak… Tiada kena mengena pun. Hanya selepas kali pertama jumpa, kawan Mira yang Google serba sedikit latar belakangnya.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Macam mana Mira rasa mula-mula yang dia adalah 'Mr Right'?
It’s just happen, Mira pun tak rancang sebenarnya nak tamatkan zaman bujang ke, nak serius ke atau apa-apa. Kalau nak kata dari segi niat, ya Mira akui niat itu sudah ada. Sebabnya adik Mira bakal berkahwin pada tahun ni. Dan cadangnya memang Mira akan beri laluan pada adik terlebih dahulu. Kalau diikutkan apa yang ada dalam kepala Mira, mungkin tahun hadapan ke atau dua tahun lagi ke. Umpamanya tiba-tiba sahaja perasaan itu datang secara natural. Hmmm, macam mana Mira nak terangkan ya… Macam itu saja. Kemudian Mira beritahu pada Mak dan Abah.
Cara Emir melamar Mira. Dia melutut ke, bawa Mira naik private jet ke?
Hahaha, tak ada. Emir sangat simple orangnya. Dia juga kalau melakukan sesuatu bukanlah melebih-lebih sangat. Caranya pula sedikit berbeza dan sejujurnya Mira hormat cara dan pendekatannya. Sebabnya dia yang terlebih dahulu approach Mak Mira sebelum kami berjumpa. And basically, Mak dan Abah yang suruh Mira kenal dia lebih dekat lagi. Selepas jumpa Mak Abah, dan Mira jumpa ibu Emir barulah kami kenal lebih rapat antara satu sama lain. Sama juga semasa kami putuskan untuk lebih serius iaitu melangkah ke fasa perkahwinan. Boleh dikatakan semua proses itu berjalan dengan baik and naturally. Pendek kata selepas jumpa kedua ibu bapa, syukur jalan ke arah itu dipermudahkan.
Perasaan Mira semasa kali pertama berjumpa ibu Emir?
Oh, Mira segan dan takut! Hehehe… Mak pula psycho Mira pada permulaannya. Kata Mak, “Tahu tak ibu (panggilan kepada ibu Emir) tu ada background lawyer. Dia pun ada tahu psikologi juga. Jangan ni ni ni…” ada aje yang Mak cuba nak ingatkan Mira. Tapi sewaktu kali pertama jumpa ibu, apa yang Mira boleh katakan adalah dia seorang yang mudah untuk didekati, mudah diajak bersembang. Rasa takut dan berdebar itu ada tapi selepas berbual itu ini, Alhamdulillah; okey.
Soalan pertama ibu Emir pada Mira semasa kali pertama berjumpa?
Mira yang mulakan perbualan terlebih dulu. Mira bertanya khabar, apa yang dilakukannya sebelum kedatangan Mira. Benda-benda macam itulah, hahaha. Dan kebanyakannya semasa kali pertama jumpa tu, memang datang daripada Mira. Mira yang banyak bercerita.
Kredit Foto: IG Mira Filzah
Tiga kriteria penting Emir yang memikat hati Mira?
Seorang yang menghormati orang tua. Mira boleh nampak daripada caranya bersama ibu dan adik-beradiknya juga bagaimana dia menghormati Mak dan Abah. Keduanya, dia seorang yang sangat tenang. Sepanjang perkenalan ini, tak pernah nampak lagi dia bad mood walaupun sikit. He’s always trying to smile in whatever situation. Dia juga ada sense of humor tapi orang tak nampak. Mungkin kerana apa yang dia tunjukkan di mata umum agak formal, simple. Tapi disebaliknya kalau dah kenal betul-betul dia lucu orangnya.
Apakah ayat-ayatnya yang buatkan Mira cair. Contoh macam kalau Mira merajuk, dia akan gunakan ayat ‘power’ tu?
Mira pun tak adalah nak merajuk sangat dengan dia sebab dia tak pernah buat apa-apa kesalahan pun. Tapi Emir ni orangnya cukup klasik. Dia suka menulis surat, diari. Dan sehingga hari ini Mira ada bakul yang penuh dengan surat-suratnya. Semuanya ditulis tangan. Mungkin itulah yang membuatkannya sedikit berbeza. Dan semasa kali pertama berjumpa dengannya, Emir fotostat diarinya apa yang dia tulis tentang Mira. Lengkap dengan tarikh semua.
Kredit Foto: IG Mira Filzah
Sepanjang mengenali rapat dengan Emir, agaknya berapa kali kalian bergaduh?
Tak pernah bergaduh. Mira tiba-tiba moody sebab lapar tu adalah (ketawa). Tapi memang selama kami bersama, tak pernah sekalipun kami bergaduh.
Ada atau tidak Mira sengaja nak uji sejauh mana kesetiaan Emir atau mungkin nak lihat sifat-sifat Emir yang lain sepanjang perkenalan ini?
Tiada sebabnya sebelum kami berjumpa buat pertama kali pun, dah banyak kali Mira test dia. Tempoh masa untuk dia cuba berjumpa dengan Mira sebenarnya lama. Jadi secara tak langsung dari situ kita dah boleh nampak sejauh mana tahap kesabaran dia. Tak adalah Mira nak uji dia dengan macam-macam perkara.
Ramai yang kata Mira masih muda lagi (zaman ini) dan sedang mengecapi puncak kejayaan dalam karier. Tapi kenapa ambil keputusan untuk menukar fasa status Mira pada usia ini?
Bagi Mira, jodoh juga adalah satu skop yang lebih luas lagi dalam soal rezeki. Dan pada pendapat Mira, kehidupan yang kita lalui ini perlukan keseimbangan. Kalau kita sudah berjumpa dengan the right one, untuk apa lagi kita lengahkan? Kalau nak bercinta lama-lama pun, ya tiada salahnya. Tapi lebih manis kalau kita sudah merasakan orang itu baik dan betul, teruskan saja. Mengapa Mira katakan jodoh adalah satu skop rezeki kerana ada orang di luar sana yang nak sangat kahwin tapi jodoh belum sampai. Dalam situasi Mira, apa yang datang memang Mira tak rancang. Apatah lagi setelah mendapat restu daripada kedua ibu bapa dan ia menuju kebaikan, Mira memang okey.
Kredit Foto: IG Mira Filzah
Dan kita tahu, hari bersejarah itu tak lama saja lagi. Apa persediaan yang Mira dah siapkan setakat ini?
Boleh dikatakan ampir lengkap cuma tinggal lagi second fitting, final meeting.
Kalau tak keberatan boleh kongsikan tema majlis Mira nanti?
Kalau ikutkan perancangan awal banyak juga majlis yang telah dirancang. Misalnya bermula dengan majlis pertunangan, khatam dan lain-lain sekitar tujuh hingga lapan majlis. Tetapi memandangkan tempoh PKPP ini, kami perlu kecilkan skop majlis dan berikan prioriti untuk majlis yang penting dan utama. Daripada segi tema, Mira serahkan sepenuhnya kepada Reka Teemor.
Perancangan selepas kahwin pula, adakah Emir masih mengizinkan Mira untuk terus berada dalam industri?
Masih izinkan sebabnya Emir mengenali Mira pun sebagai pelakon. Dia sentiasa peka dengan lakonan, drama-drama yang Mira lakonkan dan memang mengikuti perkembangan Mira. Dan selepas kahwin juga, Mira akan muncul dengan drama baru.
Sedikit mengenai perancangan yang agak jauh. Tentang soal anak, adakah Mira dan Emir merancang untuk mendapatkan anak atau sebaliknya?
Soal itu, Mira serahkan pada Tuhan. Insya-Allah kalau ada rezeki, adalah. Soal cepat atau lambat bukan dalam kawalan kita kan? Jadi untuk itu Mira ikut sahaja apa yang telah Dia susun untuk Mira.
Kredit Foto: IG Mira Filzah
Makna perkahwinan buat Mira?
Perkahwinan ini adalah satu ibadah dan sesuatu yang kita boleh bawa hingga ke syurga. Dari konteks perkahwinan itu sendiri, sebab apabila kita berada di syurga nanti; kita akan bersama pasangan kita. Allah sudah janjikan setiap daripada kita ada pasangan yang Allah ciptakan. Apabila di syurga nanti, prioritinya mungkin kita bukan berada bersama emak, ayah atau adik beradik kita. Tetapi pasangan kita. Jadi secara tidak langsung ia menggambarkan betapa pentingnya kita memilih pasangan yang betul-betul baik boleh membimbing dan membawa kita ke sana. Dari segi lain, perkahwinan itu sendiri secara simbolik adalah untuk sama-sama kita kumpul pahala dan mencari keredaan Allah di syurga Allah.
Kata-kata dan harapan Mira kepada Emir?
Semoga perkahwinan dan jodoh ini kekal hingga ke syurga.
Sepatah dua kata Mira kepada peminat yang mungkin kecewa?
Alah… Janganlah kecewa. Soal jodoh dan perkahwinan ini adalah perkara yang baik. Jadi satu hari nanti, anda juga pasti akan bertemu jodoh dengan pasangan masing-masing. Apa yang Mira harapkan semua peminat mendoakan kebaikan semoga perkahwinan ini juga mendatangkan kebaikan. Tak perlu bersedih sebabnya Mira masih berlakon, boleh tonton di televisyen dan terus ikuti perkembangan Mira di media sosial.
Semoga pelayaran Mira dan Emir menuju destinasi bahagia yang diiringi doa dan restu keluarga juga peminat sentiasa memayungi hari-hari mendatang kalian. Doa kami dari InTrend Malaysia agar ikatan ini terus mekar dan mewangi hingga ke syurga seperti yang diimpikan.
Must-Watch Video