Highlights

MISKIN Mungkin Ketentuan Takdir, Tapi Kotor dan Pemalas Pilihan Sendiri. Bagaimana REZEKI Nak Bertandang?

gempak
Afiza Kamarulzaman
07/05/2020
07:53 MYT
Sponsor Banner
MISKIN Mungkin Ketentuan Takdir, Tapi Kotor dan Pemalas Pilihan Sendiri. Bagaimana REZEKI Nak Bertandang?
Diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqas daripada bapanya, daripada Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu.” (HR. Tirmizi)
Jadi, adakah kita mahu menidakkan sesuatu yang dituntut dalam Islam dengan alasan kemiskinan dan kesempitan hidup? Rasulullah juga bersabda bahawa ‘kebersihan itu sebahagian daripada iman’. Bagaimana kita mahu menilai iman seseorang itu apabila kediamannya kotor dan tercemar. Sungguh menyedihkan apabila ia dikaitkan dengan orang Islam sedangkan Islam sangat menekankan hal-hal kebersihan.
Kredit Foto: Facebook Natipah Abu
Tidak Salah Jadi Miskin, Yang Salah Apabila Jadi Pengotor
Tidak berdosa apabila hidup sebagai seorang miskin dan ia bukanlah sesuatu yang hina. Namun, yang salah apabila kita membiarkan hidup kita bergelumang dengan kekotoran dan sifat malas yang tidak mahu diubah. Ya, mungkin ada yang kata jangan menilai seseorang itu daripada fizikal kotornya. Tetapi, kita membawa status sebagai orang Islam, tidakkah kita duta kepada agama kita?
Apa kata orang kafir apabila melihat umat Islam yang mengaku umat Muhammad tetapi tidak pula mengamalkan cara hidup yang dituntut agamanya? Sungguh ia memalukan agama Islam itu sendiri. Daripada cerita-cerita yang disampaikan mengenai Rasulullah s.a.w, baginda rasul sangat mementingkan kebersihan diri dan kediamannya. Pembersihnya baginda sehinggakan peluhnya sendiri berbau sangat harum.
Kata kunci kepada kebersihan adalah kerajinan. Penyakit malas kalau tidak diubah, maka tidak mungkin dapat mengubah apa-apa dalam kehidupan kita. Apabila melihat perkongsian beberapa dermawan dan sukarelawan yang menjengah ke rumah-rumah golongan asnaf dan miskin, kebanyakannya kotor sehinggakan ada yang mengaku tiada ruang pun untuk solat. Subhanallah, bagaimana kehidupan kita tanpa solat?
Kredit Foto: Facebook Natipah Abu
Mohon Dibantu Pendidikan dan Disiplin Juga
Membantu mereka yang memerlukan sangat dituntut dalam agama. Malah, sedekah dan amal inilah yang akan menjadi dorongan baik kita di akhirat nanti. Namun, ia bagaikan menjadi satu trend pula apabila rumah orang miskin yang dikunjungi mesti terlihat kotor, bersepah dan berbau. Adakah ini sengaja mahu dijadikan ‘umpan’ meraih simpat atau memang sudah terbiasa dengan kehidupan sebegitu?
Kita faham jika rumah itu dihuni oleh mereka yang kurang upaya, uzur atau orang tua tetapi jika ia turut ditumpang oleh anak-beranak dewasa yang sihat-sihat belaka, apa alasan untuk kita tegakkan lagi? Sangat mustahil jika laman tidak mampu disapu? Pinggan mangkuk dibiar sehingga berulat. Baju-baju bertimbun tak dilipat. Tong sampah membukit berbau hamis. Sana sini dterselit sampah seperti lampin anak, kulit telur dan sebagainya.
Jadi, kita berharap kepada mereka yang turun padang membantu insan-insan ini agar diberi juga pendidikan tentang bagaimana mengatur kehidupan dan menjaga kebersihan. Ini sangat penting terutamanya bagi mereka yang menjaga orang tua dan kanak-kanak. Mereka perlu hidup dalam suasana bersih. Jangan hanya diberi bantuan fizikal seperti pindah ke rumah baru, kemudian beberapa bulan selepas itu rumah baru itu jadi seperti rumah lama mereka juga.
Mungkin boleh diberi sedikit ketegasan dengan memberikan tempoh percubaan satu ke dua bulan untuk melihat perkembangan mereka selepas tinggal di rumah baru. Jika masih mengamalkan cara hidup yang lama, mungkin bantuan boleh ditarik balik. Kita mahu bantu mengubah hidup mereka untuk janga masa panjang bukan setakat seminggu dua. Dan, kemudian mereka menagih bantuan orang lain pula. Maka, orang lain yang juga perlu dibantu terlepas peluang itu kerana kita hanya membantu orang yang sama berulang kali.
Lihat, Contoh Terbaik Ini. Walaupun Rumahnya Usang Tapi Bersih
Kredit Foto: Facebook
Kredit Foto: Facebook
Kredit Foto: Facebook
Kredit Foto: Facebook
Kredit Foto: Facebook
Amalkan Rutin Kebersihan Ini Untuk Jemput Rezeki
  • Sebelum tidur, pastikan sampah-sampah diikat dan dibuang di luar rumah. Jangan sampai rumah berbau.
  • Bersihkan pinggan mangkuk kotor dan sinki sebelum masuk tidur. Pinggan yang masih bersisa memberi gambaran penghinaan kepada rezeki yang kita makan.
  • Pastikan tandas rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan tiada najis bertakung.
  • Adakan satu ruang untuk bersolat dan beribadat. Tidak peru besar, asalkan bersih dan selesa untuk kita mengadap Tuhan.
  • Hiasi rumah dengan bacaan Quran dan solat jemaah. Maka sejuk dan damailah seisi rumah walau hidup dalam kemiskinan, jiwa kekal tenang dan hubungan sekeluarga tidak berantakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live