Minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menyaksikan lawak ‘pecah perut’ berjaya dilakukan oleh kumpulan UBI.

Kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad, Namie dan Sharif sekali lagi menggunakan konsep imitasi dalam sketsa mereka.

Jika minggu sebelum ini UBI ‘mewakilkan’ Namie untuk membawakan karakter parodi tentera British dalam Mat Kilau dan juga Stope, kali ini lain pula kisahnya.

Fad melakonkan watak juri tetap MLS3, Najip Ali yang kononnya merupakan seorang guru ganti dari Singapura untuk mengajar pelajar di sebuah sekolah muzik.

“Cikgu nak cari kebolehan vokal kamu… Kamu perlu menggaring dan merapatkan persembahan itu,” kata Fad mengundang tawa juri.

Bagi yang mengikuti MLS3, pasti mengetahui ayat kegemaran yang sering digunakan Najip sewaktu memberikan komen adalah dua penggunaan frasa tersebut iaitu ‘menggaring’ dan ‘merapatkan’.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Tidak hanya juri, malah Namie juga cuba menahan gelak sebaik sahaja melihat Fad menjadi kembar Najip.

Datuk Awie juga ketawa sehingga mengalirkan air mata di mana situasi ini jarang-jarang berlaku kerana penyanyi itu merupakan seorang juri yang tegas.

Boleh dikatakan Fad adalah man of the match bagi kumpulan UBI pada minggu ketiga. Parodinya sempurna!

Tidak hanya dari segi fasyen di mana Fad memakai baju bercorak, topi dan juga kaca mata sama seperti Najib bahkan dialog dan suaranya juga benar-benar menyerupai tuan badan.

Juri juga memuji persembahan UBI yang tidak keterlaluan dan Datuk Awie memberikan lima bintang kepada mereka.

UBI juga berada di kedudukan teratas dengan markah keseluruhan sebanyak 58.89% sekaligus menjadi penerima Superstar Gempak of The Week.

BACA: MLS3: Sering Top 5, Tak Sangka Abioso Terus Tersingkir, Hanya Sempat Rasa Sampai Minggu Ketiga

BACA: MLS3: “Kalau Juri Tak Ketawa Itu Satu Perkara Yang Seksa Jawabnya” - Ini Recap & Komen Minggu Ketiga

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022