MONA ALLEN Terbawa-Bawa Watak Hati Yang Dikhianati Sampai Ke Rumah – Pekin Pun Kena Marah!
Afiza Kamarulzaman
23/04/2021 14:47 MYT
23/04/2021 14:47 MYT
Ketika InTrend menghubungi Mona Allen baru-baru ini, Mona sedang menghabiskan salah satu babak dalam siri Hati Yang Dikhianati itu. Kebetulan pula katanya, babak ini paling mencabar sepanjang melakonkan watak Maria dalam siri tersebut.
"Dalam penggambaran hari ini, Mona dikehendaki membawakan babak terjun dari lori. Mona perlu menghabiskan babak terjun dan bangun semula hanya dalam satu take. Memang mencabar,” ujarnya saat menceritakan adegan tersebut.
Menariknya drama bersiri ini, ia berkonsepkan interaktif atau open ended, di mana jalan cerita dan penutupnya akan ditentukan oleh penonton sendiri. Begitu juga bilangan episod walaupun asalnya yang dirancang ialah 65 episod. Namun semua itu bakal berubah mengikut selera penonton.
Watak Seksi Yang Dikecam Tak Kena Waktu Tayangan
Kebetulan pula, siri ini disiarkan pada 1 Ramadan yang lalu walaupun jalan cerita ini tiada kaitan dengan puasa. Yang tidak sedap didengar apabila Mona Allen yang membawakan watak Maria, karekter antagonis teruk juga dikecam kerana berpenampilan agak seksi dalam drama tersebut.
“Ya, ramai yang kecam watak tersebut kerana Mona terpaksa berpakaian seksi untuk menampilkan watak Maria yang negatif, mengikut kehendak skrip. Dan, kebetulan pula ia ditayangkan pada bulan puasa, maka ramai yang menganggap ia tidak sesuai. Mona akui ramai kurang setuju, tapi hanya beberapa babak saja,” terang Mona.
Penggambaran cerita ini sudah bermula sejak Januari awal tahun dan masih bersisa hingga ke hari ini. Maka, waktu tayangan pun tidak dipastikan lagi waktu itu. Dan, watak Maria yang seksi itu terpaksa dibawa Mona sebagai memenuhi kehendak pengarah dan skrip untuk menggambarkan watak Maria yang menggoda, materialistik dan angkuh.
“Mona minta maaf jika ramai yang tidak senang tapi percayalah ia hanya lakonan dna tugasan kerja yang sudah dimulai sebelum Ramadan lagi. Harap semuanya dapat menghayati watak dan mesej yang ingin disampaikan,” pinta Mona.
Terbawa-Bawa Watak Maria Sampai ke Rumah
Apabila ditanya tidakkah dia terbawa-bawa watak Maria itu hingga ke luar lokasi dek menjalani penggambaran yang begitu panjang berbulan-bulan? Mona ketawa kecil dan akui memang melekat watak Maria itu dalam dirinya sehingga di luar set lokasi.
“Ya, ada pelakon yang mampu membezakan watak realiti dan di lokasi tapi berbeza pula dengan Mona untuk drama kali ini. Kerana terlalu lama bersama dengan watak Maria, sampaikan terbawa-bawa ke dunia realiti. Di rumah misalnya, Mona sampai boleh tertinggi suara dengan Pekin kerana masih dalam ‘roh’ Maria itu,” ujar Mona ketawa.
Namun, katanya perkara itu berlarutan sekejap sahaja apabila dia tersedar dan kembali berpijak di bumi nyata. Mujurlah Pekin juga seorang pelakon, maka dia memahami situasi itu dan langsung tidak ambil hati malah menganggap ia sebagai perkara normal untuk seorang pelakon.
Cerita Yang Mesti Ditonton!
“Bukan kerana saya berlakon tetapi Hati Yang Dikhianati ini sebuah naskhah yang memang mesti ditonton peminat drama Melayu. Ia lain dari drama bersiri lainnya. “Daripada konsepnya pun sudah berbeza apabila penonton berhak untuk menentukan jalan ceritanya. Jadi kita bukan syok sendiri.”
Tambah Mona lagi, watak ini juga sangat mencabar untuk dibawanya walaupun dia sudah biasa membawakan watak antagonis sebelum ini. “Untuk watak Maria ini, saya cuba create satu karakter yang banyak bermain dengan mimik wajah tanpa senyum, dengan kekuatan wajah semata.”
Dan ujarnya lagi, jika anda peminat telenovela Mis Tres Hermanas, anda perlu mengikuti versi ini pula kerana ia dilakonkan oleh pelakon-pelakon tempatan hebat dengan penceritaan mengikut rencah dan budaya kita. Setiap episod mempersembahkan adegan yang terisi dengan pelbagai plot menarik.
Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam drama bersiri ini ialah Amar Baharin, Isyariana, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Malek Mccrone dan ramai lagi.