Highlights

MUSIM SEJUK – Ayuh, Bantu Saudara Kita Merana di Sana. Sekalipun Tanpa Wang dan Tenaga, Kongsikan Ini.

Afiza Kamarulzaman
04/11/2020
13:37 MYT
Kalau kesusahan kita di sini adalah tentang wang ringgit, menyelesaikan hutang-piutag juga pandemik yang tidak tahu bila akan berkesudahan? Mereka pula dihimpit ujian yang lebih hebat, jangankan hal makan dan pakai, nyawa sendiri pun belum tentu ada jaminannya pada keesokan hari nanti.
Menerusi Instagram @CintaSyriaMalaysia yang banyak membantu pelarian Syria di empat buah negara iaitu Syria, Jordan, Turki dan Lubnan, mereka masih memerlukan RM943,211 dalam masa 59 hari ini. kempen Winter Mission 8.0 ini cukup penting kerana kita tidak mahu angka kematian meningkat disebabkan cuaca.
Kredit Foto: IG @CintaSyriaMalaysia
Kebanyakan kampung dan rumah-rumah sudah musnah. Anak-anak terpaksa tidur di jalanan tanpa perlindungan. Ibu bapa hanya mampu menangasi nasib anak-anak yang merintih kepenatan dan kelaparan. Serba-serbi tidak selesa buat anak kecil ini. Stok makanan yang ada pun tidak banyak dan terpaksa dicatu.
Tidak cukup dengan trauma anak isteri dan keluarga yang dibunuh dengan kejam. Mereka menjadi saksi melihat jasad ahli keluarga tersayang bergelimpangan bercucuran darah. Anak kecil ada yang dihempap batu sehingga pecah kepalanya. Inilah situasi benar yang berlaku di Syria.
Kredit Foto: IG @CintaSyriaMalaysia
Keperitan ini seharusnya mendapat perhatian kita umat Islam di seluruh dunia. Siapa lagi yang boleh membantu mereka, jika tidak kita yang berkemampuan. Walau kita tidak mampu mengangkat senjata keluar berperang, cukuplah dengan menyalurkan sedekah sebagai bantuan buat mereka di sana meneruskan kelangsungan hidup.
Sumbangan boleh dibuat ke akauan rasmi PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA, akaun Maybank bernombor: 562834640983 (rujukan: Winter)
Mereka turut menyediakan resit pengecualian cukai kepada penyumbang yang menyumbang lebih RM500. Untuk mendapatkan resit tersebut, boleh hubungi HQ mereka di +601124407539.
Marilah sama-sama kita membantu sambil memohon perlindungan buat mereka. Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah sebaik-baik Pelindung. Amin.
Kredit Foto: IG @CintaSyriaMalaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

gempak
30/06/2024
15:49 MYT
Pempengaruh Islamik, Alif Teega akhirnya tampil bersuara susulan dakwaan dikaitkan dengan isu penyelewengan wang kutipan derma demi kepentingan peribadi.
Berita

PM Hulur Sumbangan Kepada Azlee Senario

gempak
12/06/2024
01:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Azlee Jaafar yang mengalami serangan jantung sebelum ini.
Hiburan

Zizi Kirana Kongsi Detik Cemas Berdepan Letupan Bom Di Syria - “Pesan Pada Suami, Sekiranya Saya Syahid Ampunkan Salah Silap…”

gempak
21/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik cemas berdepan dua insiden pengeboman ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.
Hiburan

Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Beri Sumbangan Tabung Palestin Cecah RM100,000 - “Minta Maaf Jika Cara Saya Tak Tepat”

gempak
13/05/2024
23:55 MYT
Susulan namanya termasuk dalam senarai boikot gerakan Blockout 2024, Daiyan Trisha tampil mempertahankan dirinya.
Viral

Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya

gempak
18/04/2024
08:29 MYT
Siasat dulu sebelum derma guys.