Bukan menyalahkan PKP tetapi inilah hakikatnya apabila berat badan Suraya, 34, naik mendadak hampir enam kilogram apabila rutin harian berubah terus. Menurut gadis manis yang merupakan seorang Perunding Hartanah ini, dia memang mempunyai jenis berat badan yang senang naik dan turun. Paling berat yang pernah dimilikinya ialah 86kg dengan ukuran pinggang 36 inci. Setelah berusaha menguruskan badan, beratnya pernah mencecah 58 kg dengan ukuran pinggang 28 inci.


Yo-yo inilah yang membuatkan berat badannya jadi tidak menentu, kejap naik dan kejap turun. Maka, Suraya harus bijak membaca aturan diet dan kehendak badannya sendiri. Kalau sudah rasa badan mula nak naik, Suraya akan ubah gaya pemakanan dan mula serius dengan work out yang teratur. Maksud Suraya tentang PKP yang menjadi faktor naik berat badan bukan apa, kerana Suraya belum dapat balik ke rumah sewanya, jadi tidak dapat naik treadmill hari-hari dan berenang.


Kredit Foto: Suraya



Selalunya, apa yang mendorong Suraya untuk kembalikan berat badan ideal?

Atas rasa sayangkan diri sendiri. Tidak suka tengok rupa yang dalam keadaan seperti ‘dipam-pam’ dan paling pentingnya mahu jaga kesihatan. Ada masanya juga, saya berdepan depresi dalam beberapa isu peribadi, jadi saya sangat perlukan happy hormones seperti endorphins untuk lupakan kesedihan. Jadi, saya mulakan rutin jogging dan berlari setiap hari. Bermula dengan 200 meter, kemudian berlari lima ke 10 kilometer setiap hari. Waktu itu, saya tidak fikirkan tentang diet kerana tidak mahu stres. Apabila hati senang, penurunan berat badan itu akan datang kemudian.



Boleh kongsikan jenis diet yang pernah Suraya amalkan?

Kalau saya mahu turunkan berat enam ke 10 kilogram dalam satu ke dua bulan, saya akan amalkan kombinasi Intermittent Fasting Diet (IF) + Keto Diet + Calorie Counting. Saya tahu semuanya dalam kategori ‘dirty’ sebab tidak 100% patuh dan masih boleh makan sedap. Jika saya lakukan diet IF, saya akan mula makan pada jam 12 tengahari atau dua petang, dalam window span lapan jam. Saya akan berhenti makan sekitar jam lapan ke sembilan malam. Paginya, saya mulakan dengan minum teh hijau atau kopi O tanpa gula dan infused water daripada campuran lemon dan halia atau kombinasi timun dan bawang putih.


Kalau untuk makan tengh hari, ikut diet Keto, memang saya strictly ambil protein tapi kalau mahu tambah karbohidrat, saya pilih beras perang atau roti wholemeal atau wholegrain.


Kiraan kalori paling penting sebab saya percaya walaupun IF tapi kalau kita ambil lebih daripada had kalori yang diperlukan badan, berat badan tetap akan naik.


Saya juga cuba elakkan makanan manis. Waktu Raya tempoh hari adalah juga jamah kuih raya tetapi beringat, cukuplah dua ke tiga biji. Sedapatnya, memang akan cuba elak makanan dan minuman manis.



Kredit Foto: Suraya


Antara kesemua diet tersebut, mana yang lebih berkesan kepada Suraya?

Paling berkesan apabila saya kurangkan karbohidrat seperti nasi sebab saya ‘hantu nasi’. Mujurlah, saya seorang yang tak kuat makan manis tapi cenderung pula pada makanan yang berlemak, pedas dan berminyak. Berita baiknya, Keto diet boleh semua makan semua ini, jadi saya gembira mengamalkannya. Energi kita akan membakar lemak dan bukannya gula. Kadangn-kadang tak strict pun, saya makan nasi juga jadi di sini Calorie Counting sangat penting.


Apa jenis menu yang Suraya ambil sepanjang hari?

Biasanya, sarapan seperti yang saya beritahu tadi. Makan tengah hari, saya ambil sama ada ayam, kambing, daging atau ikan panggang yang dibakar atau goreng pun okey jika tidak ambil karbo. Kalau mahu kira kalori, bolehlah guna aplikasi MyFitnessPal. Atau layari website Nutrisi KKM kalau rajin. Makan malam boleh makan yang sama atau sandwich wholemeal tapi selalunya minum yang sama macam sarapan seperti teh hijau kosong.



Kredit Foto: Suraya



Bagaimana dengan aktiviti fizikal?

Sementara tidak pergi ke gimnasium atau berenang, saya hanya buat home cardio workout di Youtube. Untuk 15 minit pertama saya ikuti program 1 Mile Happy Walk untuk warm up dan 30 minut untuk Low Impact Cardio for Beginners dari PopSugar. Walau low impact, tetap akan basah lenjun baju lepas buat. Ia program low impact tapi high impact sebenarnya. Jika tidak mampu, boleh pilih video yang lebih mudah. Asalkan cuba buat setiap hari.


Ada mengambil makanan tambahan atau suplemen?

Suplemen berkaitan diet memang tak ada cuma makan Multivitamins, Vitamin C, E dan Fish Oil untuk kesihatan keseluruhan dan kulit. Memang saya elakkan suplemen untuk kurus sebab bahaya.



Kredit Foto: Suraya



Bagaimana untuk menjalani program diet dan pada masa yang sama kekal positif dan istiqomah?

Saya jenis tak strict pasal nak maintain badan apabila rutin hidup berubah. Contohnya ketika PKP, memang saya dan adik asyik memasak dan kami memang enjoy makan. Berat naik itu memang expected tapi apa pun, saya cuba untuk tidak fikirkannya. Hanya raikan saja apa yang sedang dilalui. Syukur dapat makan sedap. Lama-lama, apabila sudah rasa sampai masanya untuk kembali ‘insaf’, saya counter balik dengan apa perlu buat untuk turunkan berat balik. Bagi saya, perkara wajib adalah workout dan jaga kiraan kalori jika mahu cepat turun. Eh, tapi kalau lambat turun pun tak apa, asal ada perubahan rutin, pasti akan turun. Yang penting kita kena lakukan and because we love ourselves, not hate ourselves, just enjoy the process. Kalau tidak, susah hendak istiqomah.


Nasihat dan tips terbaik daripada Suraya?

Kenali apa goals kita? Kalau saya, sebab tak nak asyik kena beli baju baru, ha..ha...ha.. Dan saya tahu rupa saya macam mana walau belum ideal tapi rupa mana yang saya selesa untuk kekalkan? Juga kalau badan berat sangat, nak bergerak pun lambat. Saya suka life style yang cergas dan aktif. Itu cara saya memotivasikan diri untuk konsisten.



Kredit Foto: Suraya