Highlights
Nak Kahwin Tiga Bulan Lagi? Cuba Enam Tips Ini Kalau Nak Kurus. Sempat Lagi Tu, Janji Konsisten!
Huda Hussain
01/12/2020
|
15:00 MYT
Pasti kita sudah biasa dengar kan, kalau nak kahwin pasti ada azam yang mahu dicapai. Dan antara yang popular adalah untuk tampil langsing menjelang hari bahagia. Bagaikan satu kepuasan apabila dapat capai sasaran nan satu ini. Maklum sajalah, dalam perjalanan meniti saat diijabkabulkan pasti ada dalam kalangan pasangan diuji dengan pelbagai perkara. Namun, apa yang penting adalah niat untuk kurus atau langsing perlu realistik. Susun strategi dan cuba tips berikut andai anda mahu kurus sebelum berkahwin nanti.
- Mesti Ada Sasaran Realistik
Contohnya anda nak turun berapa kg? 15kg? Apa yang penting anda mesti fokus untuk capai satu angka yang spesifik. Tak mustahil nak turunkan 15kg dalam masa tiga bulan. Untuk itu, sasarkan untuk turunkan 5kg dalam sebulan.
- Amalkan Makanan Lebih Serat Dan Protein Untuk Kempiskan Perut, ‘Shaping Up’
Ia bukan sahaja membantu menghilangkan berat badan berlebihan, tetapi juga meningkatkan kesihatan. Ini adalah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin makan dan menurunkan berat badan dalam masa sama. Antara sumber makanan tinggi serat adalah kekacang, avokado, brokoli dan sumber protein lazim seperti ikan, telur, ayam dan daging. Tapi jangan makan terlalu banyak pula ya.
Kredit Foto: Google
- Jangan Terlalu Ikat Perut
Elakkan biar perut terlalu lapar. Ini kerana ikat perut takkan memberi kesan yang baik untuk kurus. Tak cantiklah kan waktu nikah nanti muka tak bermaya dan pucat. Makan secara berkala, tepat pada masa dan minimum lima kali sehari.
- Minum Air Kosong Minimum Tiga Liter
Lebih banyak anda minum air kosong, lagi bagus. Nak cepat kurus dan mahu kulit cantik sebelum kahwin kan? Jadi, jangan berkira-kira untuk minum air kosong. Lebih baik, elakkan atau kurangkan pengambilan air manis untuk kesan lebih maksimum.
Kredit Foto: Google
- Senaman Cardio
Lakukan senaman bebanan atau cardio 30 minit empat kali seminggu atau paling kurangpun 10 minit pada waktu pagi dan petang setiap hari. Lakukannya secara konsisten supaya anda dapat rasai kesan tubuh lebih ringan. Kalau tak sempat nak ke gimnasium pun tak mengapa, cukup sekadar lakukan dirumah. Janji, jangan ngelat okey!
- Jaga Emosi
Ya, faktor ini juga turut memainkan peranan. Kalau anda tertekan, tubuh akan menjadi lesu dan tak bertenaga. Gembirakan diri, tenang dan positif hadapi hari-hari mendatang. Si dia tetap akan menerima anda seadanya cuma bezanya anda pasti mahu tampil sihat dan lebih langsing untuk tatapan si dia kan? Jadi, tak perlu stres memikirkan hal-hal remeh dan tidak penting.