UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Read

Nak Kurus? – 7 Strategi Diet Ringkas Seminggu Sebelum Raya

Public Anonymous User 06/06/2018 | 06:49 MYT

Oleh: Norhaizan Ahmad

STRATEGI 1

Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila perut terlalu lapar. Strategi diet kali ini anda harus mampu menahan nafsu makan! Sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

Ingat, ketika sahur atau iftar, porsi makanan yang disarankan adalah mengikut konsep ‘suku-suku-separuh’ misalnya suku pinggan diisi nasi, suku pinggan untuk lauk dan separuh pinggan untuk sayuran dan buah-buahan. Porsi tersebutlah yang akan memaksimumkan program penurunan berat badan anda pada bulan puasa yang berbaki seminggu sahaja.

STRATEGI 2

InTrenders disaran untuk mengambil karbohidrat kompleks yang mengandungi banyak serat misalnya bijirin, beras merah, sayuran dan buah-buahan ketika bersahur ataupun berbuka puasa. Ini kerana kandungan serat membantu melancarkan sistem pencernaan.

STRATEGI 3

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak seperti bubur manis, ayam goreng dan daging salai masak lemak. Kerana makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika InTrenders tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

STRATEGI 4

Hadkan pengambilan air manis seperti kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga antara pilihan minuman yang berkhasiat.

STRATEGI 5

Banyakkan minum air masak. Anda disaran minum satu hingga dua liter air masak dalam sehari. Air masak mampu meningkatkan proses pencernaan sekali gus menghindari dehidrasi.

STRATEGI 6

Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas misalnya berjalan kaki di waktu pagi ataupun naik turun tangga selama 30 minit. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

STRATEGI 7

Elakkan tidur selepas sahur. Setelah sahur biasanya membuat kita mengantuk sedangkan sistem pencernaan mulai bekerja untuk menghasilkan tenaga. Jika kita tidur, ia akan mengganggu sistem pencernaan dan memperlahankan proses pembakaran lemak. Untuk mengatasi masalah mengantuk, anda disaran melakukan aktiviti seperti mengemas rumah.

;