Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

Nak Orang Sayang, Nak Orang Kenang – Jangan BERKIRA, Kena Ringan Tulang, Pergi Mana Orang Ajak Bertandang.

Afiza Kamarulzaman 10/10/2020 | 03:00 MYT
Ada orang, mana pergi sentiasa disenangi. Tidak kira keluarga sendiri, saudara-mara, rakan-taulan, jiran tetangga atau orang yang baru dikenali. Orang yang baik tentulah orang suka, kan? Mana ada orang selesa dengan orang yang kurang tertib dan kesantunannya. Antara dua elemen penting untuk memenagi orang ialah; jangan berkira dan mesti rajin.
Arwah Mak saya selalu pesan, kalau ke rumah orang, pastikan bawa sedikit buah tangan. Sekali pun tak mampu, ambillah apa yang ada di rumah untuk buah tangan kepada tuan rumah itu. hatta dua, tiga biji buah oren pun memadai untuk menyantuni orang yang ingin kita temui.
Arwah mak sedara saya juga nasihat, kalau ke rumah orang mesti rajin-rajinkan diri. Jangan berat tulang. Bantu apa yang patut, jagan rasa diri mahu dilayan bak tuan puteri pula walaupun manisnya mulut tuan rumah berkata ‘tak apa’. Gunakan common senses kamu untuk pandai mengambil hati orang.
Kredit Foto: Google
Kalau Kedekut, Semua Orang Lari
Siapa yang suka berkawan dengan orang yang kedekut atau tahi hidung masin. Orang kedekut hidupnya sepi dan sentiasa dijauhi orang. Apatah lagi orag bersikap hak dia, dia simpan, hak orang dia mahu. Inilah sifat orang tercela yang bukan saja dijauhi orang, malah dibenci Tuhan.
Sifat kedekut juga menghitamkan hati. Maka, hidup kita jauh daripada sifat kasih-sayang dan rahmat Allah. Malah, setiap perbuatan yang dilakukan terutamanya kepada orang sukar untuk kita nikmati rasa ikhlas. Jangankan mahu memberi, malah kita mengungkit pula ihsan yang lepas-lepas. Pergi mana pun, orang benci.
Kredit Foto: Google
Kalau Pemalas, Semua Orang Tak Layan
Bayangkan kalau kita dapat tetamu yang berat tulang. Makan minum mahu dilayan bagai disuap ke mulut, gelas sebiji pun tidak mahu diangkat. Apa lagi mahu ke dapur membantu? Nah, ini antara contoh orang yang tidak tahu membawa diri kalau ke tempat orang. Buat sakit mata dan hati si tuan rumah.
Benar, menyambut tetamu itu haruslah dengan hati yang ikhlas. Namun, sebagai manusia biasa pasti ada terdetik di hati apabila si tetamu banyak pula ‘cekadak’ dan sifat buruknya. Maka, kalau mahu sentiasa disayangi dan tidak menjadi bahan umpat orang, rajin-rajinlah membantu apa yang perlu.
Semoga kita sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia, diberi rahmat dan dilimpahi kasih-sayang seisi alam daripada setulus hati.
#Disayangi #Pemurah #Rajin
;