Strategi Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperolehi Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata membuahkan hasil apabila Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Kemenangan itu amat bermakna buat The City Boys apabila memiliki piala tersebut pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia dan sekaligus meraih tiket ke Piala AFC pada musim hadapan. Wah tahniah KL City!


Sepanjang perlawanan akhir tersebut berlangsung, penjaga gol KL City iaitu Kevin Mendoza ternyata mencuri tumpuan ramai. Selain memiliki wajah yang tampan, ketangkasan Mendoza juga menjadi kunci utama skuad The City Boys kental bertahan sehingga berakhirnya babak pertama tanpa jaringan.


Bersambung di babak kedua, tempo permainan pasukan KL City dilihat semakin rancak dan Mendoza berjaya menyelamatkan beberapa bola daripada terus masuk ke gawang gol.
Pencapaiannya juga dikatakan sebagai penjaga gol dengan jumlah penyelamatan terbanyak dalam Liga Malaysia musim ini.


Di laman Twitter, rata-rata netizen memuji kecekapan Mendoza sebagai penjaga gol maka tidak hairan dia turut dipilih oleh ketua jurulatih Filipina, Scott Cooper untuk meletakkannya sebagai penjaga gol utama dalam saingan Piala Suzuki AFF.


Untuk pengetahuan semua, nama penuh Mendoza ialah Kevin Ray Mendoza Hansen. Di dalam nama orang Filipina, nama tengah atau nama keluarga sebelah ibunya ialah Mendoza dan nama keluarga sebelah bapanya ialah Hansen.


Mendoza berusia 27 tahun dan dilahirkan di Herning, Denmark pada 19 September 1994. Selain bermain bersama KL City, Mendoza turut bermain bersama Pasukan Kebangsaan Filipina.


Melihat Instagramnya, Mendoza ada berkongsi gambarnya bersama isterinya yang bernama Nadia Baekgaard. Nadia berwarganegara Denmark dan seorang pereka grafik yang kini menetap di Malaysia bersama suaminya.



A post shared by Kevin Ray Mendoza Hansen (@kevinraymendoza)