Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Nanas ‘Tajam’. Tak Elok Untuk Ibu Mengandung. Boleh Gugur Nanti”. Itu Yang Selalu Kita Dengar. Tapi …

Huda Hussain
15/09/2020 08:00 MYT
Selama ini kita hanya dimomokkan dengan pemakanan buah nanas boleh menyebabkan itu dan ini. Sedangkan kita mungkin tidak pernah mengetahui tentang manfaat dan khasiast yang terkandung didalamnya. Apa yang kita sering dengar ialah jika memakan buah ini boleh menyebabkan keguguran bagi wanita hamil dan tidak elok dimakan bagi mereka yang sedang haid. Berikut adalah huraian yang penulis cerap dari perkongsian Public Health Malaysia menerusi laman facebook rasmi.

Kredit Foto: Google

Manfaat Garam Mangan Dalam Nanas

Nanas adalah buah yang sangat berkhasiat, kaya dengan vitamin C yang boleh membantu untuk meningkatkan tahap imuniti tubuh. Apa yang istimewa adalah kandungan garam Mangan dalam buah ini. Mineral penting ini adalah untuk menguatkan tulang dan sendi

Bagi wanita, kandungan mangan dalam buah nanas dapat membantu mengurangkan gejala PMS. Kajian membuktikan wanita yang mengambil Mangan dalam dos yang rendah dapat melancarkan darah haid sehingga 50%.

Selain itu, ia mengandungi kandungan antioksidan yang dapat mengurangkan radang yang menjadi punca kepada kesakitan dan rasa senak di perut semasas sedang haid. Enzim bromelain yang kaya di dalam teras nanas ini telah terbukti mampu mengurangkan kesakitan dengan merehatkan otot otot.

Kredit Foto: Google


NANAS MENYEBABKAN KEGUGURAN? TETAPI, dengan hanya makan beberapa potongan nenas, ia TIDAK akan memberi kesan yang sama.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia


KESIMPULANNYA Informasi yang dikongsikan adalah untuk sama-sama kita raikan khasiat buah-buahan tempatan yang dikurniakan di bumi bertuah Malaysia.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia
#Kesihatan #Khasiat #Pemakanan
;