Read
Natasha Skin Care, Formula Terbaik dr. Fredi
Dr. Fredi Setyawan
Boleh dr. Fredi jelaskan mengenai jenama Natasha Beauty & Wellness ini secara ringkasnya?
Natasha Beauty & Wellness ini adalah kesinambungan daripada Natasha Centre yang terdapat di Indonesia yang mula tertubuh pada tahun 1999. Sehingga kini, kami memiliki lebih 100 buah klinik dari serata bandar Aceh sehinggalah ke Papua.
Natasha Beauty & Wellness adalah solusi kepada permasalahan kulit seperti jerawat, hiper-pigmentasi, penuaan, kulit berminyak, kering, kusam, sensitif dan sebagainya.
Formulasi yang saya adaptasikan ini adalah dari pengilangan kami sendiri iaitu PT. Dion Farma Abadi yang menggunakan bahan semula jadi dan berasaskan botanik.
Kilang kami ini telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015, Good Manufacturing Practices dari Indonesia National Agency of Drug and Food Control dan yang terbaru kami turut diiktiraf di 2017 International Arch of Europe Award untuk Quality and Technology in Frankfurt, Germany.
Produk kecantikan Natasha ini diformulasi melalui proses Teknologi Nanosome yakni proses yang mengubah partikel sehingga 1juta lebih kecil. Proses ini menjadikan produk Natasha lebih mudah menyerap ke dalam liang kulit dan berkesan.
Ia turut disokong oleh proses Encapsulation yang meningkatkan kestabilan bahan aktif untuk memastikan penyerapan bahan aktifnya yang pantas tidak akan memberi iritasi kepada kulit.
Apakah makna kulit sihat bagi pandangan dr. Fredi?
Kebanyakan wanita hari ini menterjemahkan makna kulilt sihat itu adalah kulit yang tampak putih. Salah. Kulit yang baik itu adalah kulit yang sihat. Kulit yang sihat tidak semestinya terlihat putih. Falsafah kulit cantik itu adalah pada raut wajah yang kelihatan segar berkilauan tanpa masalah.
Dalam mengejar kecantikan diri, ada segelintir wanita yang tersasar daripada objektif sebenar, apakah kesilapan yang kerap dilakukan wanita hari ini? Dan apakah nasihat dr. Fredi?
Tidak kira wanita di mana jua, sama ada di Malaysia mahupun Indonesia, semuanya sama kepingin kepada kecantikan yang terbaik buat dirinya. Katakana pa sahaja mengenai kecantikan, pasti wanita ingin memburunya.
Namun, ada kala usaha itu diuruskan secara tidak rasional. Mereka silap dalam membuat keputusan untuk wajah dan diri mereka. Seharusnya, seorang wanita harus bijak dalam membuat penilaian tentang sesuatu produk seperti kandungannya, adakah ia selamat?
Apakah kesan sampingannya? Apa notisikasinya? Adakah mendapat kelulusan dari badan diiktiraf? Menggunakan formula yang bagaimana? Natural atau berasaskan bahan kimia?
Begitu juga dengan rawatan, adakah ia menggunakan alat yang tepat? Siapakah yang mengelolakannya? Apakah benar rawatan itu perlu untuk kulitnya? Contohnya laser, tidak semua kulit perlukan laser. Jadi, harus rasional sebelum membenarkan kulit anda ‘disentuh’.
Bagaimana cara Natasha Beauty & Wellness ini dalam memberikan rawatan tepat kepada pelangganya?
Kami di sini tidak hanya ‘menjual’. Di Natasha Beauty & Wellness kami memiliki doktor-doktor bertauliah yang akan menjalankan analisis kulit kepada pelanggan terlebih dahulu. Menerusi analisis ini akan diketahui apakah masalah kulit mereka.
Seterusnya, diberikan penerangan mengenai perawatan kosmetik yang bersesuaian. Kami mengamalkan cara mendidik pelanggan kami dengan menjelaskan secara terperinci perihal produk itu daripada bahan yang digunakan sehinggalah kepada fungsi setiap satunya.
Mengapa Natasha memilih Sharifah Sakinah sebagai duta?
Seperti yang dinyatakan Sakinah, dia belum pernah memakai apa-apa produk sebelum ini. Ternyata, wajahnya masih ‘perawan’. Justeru, kami mahu melihat keberkesan produk kami ke atas kulit yang belum disentuh apa-apa formula lain; sama ada ia terjadi lebih baik atau jelik?
Hasilnya, Sakinah mengakui bahawa dia berasa amat selesa dengan produk kami ini. Contohnya, dia mempunyai masalah parut jerawat, pakar kami memberinya mencuba produk yang sesuai dan saya juga menyarankannya menjalani rawatan susulan. Ini adalah solusi terbaik untuk wajahnya kelihatan lebih sihat dan sempurna.
Apakah harapan dr. Fredi terhadap kedatangan Natasha Beauty & Wellness di Malaysia?
Saya berharap dengan pembukaan Natasha Beauty & Wellness di Bangsar, Kuala Lumpur ini dapat membantu seberapa ramai wanita dalam menangani masalah kulit wajah mereka menerusi produk yang tepat dan rawatan yang rasional.
Besar juga harapan saya untuk melihat wanita hari ini lebih terdidik tentang baik buruk sesuatu kandungan produk itu dan bukan hanya sekadar beli atas pengaruh promosi yang tida benar.
Sebagai contoh produk pemutihan, wanita ghairah untuk mencuba sedangkan mereka tidak mengetahui sama ada produk itu mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri, hydroquinone dan sebagainya.
Must-Watch Video