Oleh: Afiza Kamarulzaman

neelofa 1

Kredit foto: Ihsan Khir Khalid

Ada yang kata, Neelofa buat hidung. Nampak lain dia malam itu. InTrend menghubungi jurusolek profesional, Khir Khalid yang bertanggungjawab menatarias wajah Lofa untuk mengorek cerita, betul ke Lofa buat hidung?

intrend khir

Kredit foto: Khir Khalid

Lofa Sudah di ‘level’ Tersendiri

Kolaborasi antara Khir dan Lofa boleh dikira ‘on-off’. Neelofa seorang selebriti yang suka mencuba air tangan pelbagai jurusolek, namun sentuhan Khir Khalid pastinya satu dalam beribu. Tidak hairanlah, untuk majlis besar, dia akan kembali kepada makeup maestro ini.

Menurut Khir, lebih kurang empat ke lima tahun dia menatarias Neelofa. Dan, semakin lama, chemistry mereka semakin baik dan Khir akui dia semakin mengenali dekat personaliti dan selera selebriti ternama itu.

intrend lofa

Kredit foto: Ihsan Khir Khalid

“Saya tidak mudah mendekati mana-mana artis begitu sahaja. Dalam sesuatu pekerjaan, keserasian itu sangat penting. Dengan Lofa, saya selesa kerana dia tidak cerewet. Dia arif, jika seseorang itu pakar dalam bidangnya, Lofa akan just leave it! Dia memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menyolekkannya malam itu.”

Kata Khir, dia usulkan konsep solekan tersebut dan berbincang serba sedikit sebelum Lofa ‘approve’. “Lofa sudah berada di level dan tahapnya tersendiri. Jadi, dia tidak perlukan mekap yang ‘try so hard’.

Bukan lagi level dia untuk bereksperimental atau mencuba solekan yang tidak kena dengan imejnya,” ujar Khir sebaik ditanya konsep solekannya pada malam AME19 tempoh hari.

intrend neelofa 2

Kredit foto: Ihsan Khir Khalid

Mata Helang, Bibir Menyala

Sekali pandang, mungkin ada yang beranggapan, solekan ini bukanlah solekan yang baru mana. Namun, ingat, tiada apa yang baru selain kita menginovasikan inspirasi yang lama dengan suntikan lebih segar dan neo.

Solekan celak mata hitam yang tajam dan galak memang biasa dipraktikkan oleh mana-mana jurusolek, namun untuk look ini, ia dilukis dengan cara berbeza. Dilakar bermula di sudut dalam mata dan berhenti hanya pada separuh garis bawah mata. Ia menjadikan mata Lofa tampak segar, tajam dan menggoda.

“Kebiasaannya, jika solekan mata sebegini, saya lebih suka latar kelopak mata dibiar kosong tapi untuk majlis seumpama ini, saya tetap mahu Lofa tampil gah, saya perlu bentuk enhance ke dalam matanya.

Jadi, saya adunkan pembayang mata rona tanah seadanya pada kelopak mata. Saya juga pakaikan bulu mata palsu nipis untuk menyempurnakan bentuk mata yang hebat! Sesuai untuk tugas yang digalas sebagai pengacara majlis di pentas besar.”

intrend neelofa

Kredit foto: Ihsan Khir Khalid

Kenapa bibir merah jingga? “Walau dalam litupan asas yang minimalis, saya tetap mahukan ada suntikan aura diva dalam dirinya. Gincu itu cukup untuk memberi ‘statement’ pada keseluruhan solekan itu.

Tambahan pula dia berbusana hitam di awal persembahan, jadi inilah suis utama yang menerangkan penampilannya.”

Untuk celak mata itu, Khir menggunakan Tom Ford Eye Defining Pen manakala buat bibir, Khir tidak silap memilih Tom Ford Lip Color Cherry Lush. Warna gincu bertekstur matte ini berjaya membuatkan wajah Lofa kelihatan segar dan ranum.

Tidak lupa, bahagian kening juga penting sebagai tiang seri wajah. Khir menggunakan label yang sama Tom Ford Brow Sculpting Brow buat lakaran kening nampak natural terbentuk.

intrend produk

Ramai Kata Lofa Buat Hidung...

Selain kehebatan tangan Khir dalam menjayakan solekan cat eyes, Khir juga sangat dikenali dengan keajaibannya mengukir teknik shading dan contouring.

Walaupun, Lofa tidak punya banyak masalah dari segi bentuk wajah, tetapi Khir tetap mahu menguatkan lagi dimensi wajah beliau sesuai untuk lagaknya di pentas besar.

“Saya tergelak sendiri bila ramai yang kata Lofa baru buat hidung. Hakikatnya, ia hanyalah efek shading! Shading yang betul mampu mengubah apa sahaja bentuk wajah menjadi lebih sharp.

Ada yang kata, ia tidak relevan tetapi untuk berada di bawah puluhan lensa dan cahaya lampu terang-benderang, teknik shading masih diperlukan tetapi awas, harus dilakukan dengan teknik dan cara yang betul agar ia kelihatan ‘super natural’ dan moden.”

intrend neelofa

Kredit foto: Ihsan Khir Khalid

Nasihat Khir Untuk Solekan Malam Anugerah

Khir antara jurusolek yang agak lantang apabila memberikan pendapat dan dia sentiasa mahukan yang terbaik tidak kira daripada sesiapa pun. Justeru katanya, dia agak ‘sakit mata’ apabila melihat adalah sesetengah orang tidak tahu membezakan antara pekerjaan MUA dan maksud mekap.

Semua boleh menggelarkan diri mereka MUA tetapi tidak ramai yang mungkin tahu makna tepat sebuah mekap.

“Untuk tatarias buat selebriti, seorang MUA itu harus faham dan baca betul-betul personaliti selebriti itu sebelum mahu berkarya. Lain selebriti, lain imejnya. Jangan keterlaluan sehingga mengubah identiti asal artis itu.

Contohnya seorang artis berhijab, waspadalah dalam keghairahan berkarya, kerana dibimbangi melepasi batas yang sepatutnya,” luah Khir mengakhiri perkongsiannya bersama InTrend.

intrend lofa

Kredit foto: Ihsan Khir Khalid