Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME’ ialah sebuah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 16 buah kategori pencalonan yang dipertandingkan.

Bertemakan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’, penganjuran ‘AME’ kembali lebih mantap dan meriah untuk edisi keenam pada tahun ini bagi meraikan karya dan personaliti paling hit dan ‘meleTOP’ yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang tahun 2018.

Masih mengekalkan format asal, penyertaan ‘AME’ adalah terbuka pada semua syarikat penyiaran televisyen dan radio tempatan, syarikat rakaman, penerbit, artis-artis dan penyumbang lain dalam industri hiburan untuk mengambil bahagian.

Senarai pencalonan ‘Top 20’ untuk 16 buah kategori yang dipertandingkan telah disenarai pendek menerusi sesi penilaian tertutup oleh panel juri khas yang berpengalaman dalam industri hiburan tanah air merangkumi platform televisyen, radio dan media tempatan.

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

FASA PERTAMA

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6.00 petang.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi ‘AME 2019’ iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.

FASA KEDUA

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web ‘AME 2019’ dan portal ERA serta melalui kiriman SMS bermula 19 Mac 2019, jam 6.00 petang hingga 21 April 2019, jam 12.00 tengahari.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2019’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

KATEGORI #AME2019

Cara Undian Klik: www.anugerahmeletopera.com.my

AME2019 ini bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Turut boleh diakses secara live streaming menerusi YouTube di saluran ‘MeleTOP’ serta perkhidmatan Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.