Neelofa Kongsi Rahsia NUR Pada Wajah Suami – “Riz Akan Duduk Lama Usai Solat Untuk Berzikir.” Termalu-malu Riz...
Afiza Kamarulzaman
06/08/2021 06:00 MYT
06/08/2021 06:00 MYT
Kemunculan beberapa minit Pu Riz untuk program Rumah No.107 jam 9 malam ini, Jumaat yang disiarkan di Astro Warna itu membuatkan host dan selebriti undangan lain rasa berbesar hati. Uyaina dan Wany turut dijemput memenuhi segmen bual santai itu.
Antara soalan yang sempat ditanya Tok Khir selaku host utama program itu kepada Riz adalah pendapatnya perihal wanita yang membuka tudung selepas beberapa lama berhijab.
Ulas Riz, “kita memang tidak boleh menghukum seseorang yang membuka tudung selepas memakainya dengan mengadilinya sama ada ke syurga atau neraka? Inilah adalah haram hukunya untuk menentukan syurga neraka seseorang. Tapi, untuk tidak menegur juga ada perbincanganya di situ kerana dalam Quran juga sudah dijelaskan hukum menutup aurat itu bagaimana? Jadi, perlu juga untuk kita menasihatinya agar dia mengetahui di mana kesilapannya.
Kredit Foto: Astro Warna
Kita kena ingat pada satu cerita tentang seorang pelacur dalam kalangan Bani Israel satu masa dulu. Walaupun dia sudah berzina dengan begitu ramai lelaki, tetapi kerana perbuatan baiknya yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dan kemudian dia bertaubat maka Allah pilih dia menjadi ahli syurga.”
Dan, sebelum berakhirnya program itu, Riz sekali ditanya oleh Tok Khir apa rahsia dia menjaga muka, untuk mendapatkan nur atau cahaya pada wajah? Kebetulan, Neelofa berada di sebelah Riz (walaupun tak kelihatan), maka diminta untuk menjawab soalan tersebut.
Ujar Lofa, “Allah yang jaga nur itu. Amalan ni bukan atas Riz saja tapi kepada sesiapa pun. Antara amalan Riz yang saya perhatikan, dia memang banyak berzikir. Kalau lepas solat tu dia akan duduk lama sebelum bangun, dia akan berzikir panjang. Pada setiap lima waktu solat.”
Riz yang mendengar termalu-malu alah sambil menidakkan. Celahnya, “tak adalah. Yang penting jaga Subuh tu, sebab ia permulaan hari untuk semua kebaikan.”
Tambah Lofa di hujung ayat, “saya ingat amalan tu waktu bercinta je, rupa-rupanya lepas dah kahwin pun memang dia suka berzikir selepas solat.” Membuatkan semua orang ketawa mendengar usikan Lofa.