Mengulas mengenai Instagram Takeover berkenaan, Neelofa berkata, beliau mendapat peluang tersebut selepas kru Vogue Italia melihat kelibat beliau sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen Prada di Milan baru-baru ini.

“Ketika berada di Milan untuk menghadiri pertunjukan fesyen Prada, kru Vogue Italia menyedari kehadiran saya. Kemudian, mereka menghubungi Prada untuk berhubung dengan saya.

A post shared by Vogue Italia (@vogueitalia) on




“Saya lihat peluang ini sebagai satu peluang yang baik untuk mengetengahkan modest fashion yang semakin diterima baik dalam kalangan orang Eropah,” katanya.

Tambah Neelofa, beliau berasa sangat teruja memandangkan ini merupakan kali pertama diberi peluang untuk mengambil alih Instagram rasmi majalah fesyen.






“Sudah tentu saya sangat teruja! Bagi saya, modest fashion is no longer conservative, no longer rigid, no longer boring. Sebab for me, it is now more inclusive, flexible and fun. Jadi, elemen-elemen ini yang saya bincangkan dalam Instagram Takeover tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Neelofa turut menjelaskan, sesi Instagram Takeover tersebut membuka peluang yang besar untuk memperkukuhkan keberadaan modest fashion di persada dunia.

“Modest fashion semakin mendapat tempat dalam kalangan orang Eropah, tidak kira bangsa atau agama. Jadi, apabila majalah fesyen berpengaruh seperti Vogue Italia memberikan kepercayaan untuk sesi Instagram Takeover, saya berasa ini adalah satu langkah ke hadapan untuk industri ini.


“Saya rasa, kolaborasi ini sangat istimewa kerana saya dapat bercakap mengenai modest fashion dengan lebih banyak dan rakaman tersebut disiarkan di Instagram Feed mereka. Talking about modest fashion in Vogue Italia is a big thing!” katanya lagi.