Kecantikan
NENEK CANTIK – Nah, Ketahui Rahsia Kekal Sihat Bertenaga Walau Sudah Bercucu. Kena Sedia Dari Awal.
Alangkah seronoknya, apabila kita sudah berusia 50 ke 60 tahun, masih kekal cantik sihat bertenaga dan tidak lelah melayan cucu-cucu kelak. Lebih seronok, apabila ada yang tidak sangka kita sudah bergelar ‘nenek’ dek wajah yang tidak dimamah usia. Siapa tidak suka disangka muda daripada usia sebenar?
Tidak dinafikan wanita zaman sekarang nampak lebih muda berbanding wanita seusia pada era 80 atau 70 an. Kerana itu, kita lihat emak kita dulu pada usia 40 tahun dulu, sudah terlihat garis usianya, berbanding wanita sekarang, pada usia 40 tahun masih kelihatan ‘ranum’ dan awet muda seperti 30 an.
Banyak faktor yang mendorong kepada situasi itu. Kemajuan teknologi dan ilmu kecantikan hari ini ternyata banyak membantu wanita mencapai impian untuk tampil awet muda. Rutin kerja dulu dan sekarang juga menjadi faktor teratas kenapa orang dulu lebih cepat nampak tua berbanding orang kita seperti kerap terdedah di bawah cahaya matahari.
Namun, harus diingat, apa yang penulis ulaskan itu berkenaan luaran. Ada juga orang dulu yang walau luarannya nampak tua tetapi dalamannya masih sihat dan bertenaga seperti orang muda. Mereka masih ligat membuat kerja seperti orang muda walau sudah mencecah usia 60 ke 70 tahun. Berbeza pula orang kita hari ini yang cepat letih dan berpenyakit walau luaran nampak muda.
Nah, inilah kelebihan dan kekuarangan yang terdapat pada wanita kedua-dua era, dulu dan sekarang. Walau dibantu dengan produk moden, wanita hari ini hanya mampu menyerlahkan keremajaan pada luaran tapi masih gagal mengagahkan dalamannya kerana faktor gaya hidup dan pemakanan. Begitu pula sebaliknya bagi wanita zaman dulu.
Jadi, bagaimana untuk kita dapatkan keseimbangan, memiliki kelebihan kedua-dua era tersebut? Luaran awet muda seperti wanita zaman sekarang dan dalaman yang sihat bertenaga seperti orang dulu?
Kredit Foto: Google
20 Rutin Hidup Yang Harus Diamalkan Wanita Untuk Awet Muda
- Pemakanan adalah faktor paling utama dalam menentukan kesihatan dalaman dan luaran yang baik. Maka, berhati-hatilah dalam setiap apa yang dimasukkan ke dalam mulut. Jangan hanya ikut sedap tekak tanpa memikirkan kesannya pada tubuh. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng, juga jarakkan pengambilan daging merah. Sebaliknya, tingkatkan pengambilan makanan seperti buah dan sayur syang mengandungi vitamin, mineral dan serat.
- Sumber makanan terbaik untuk awet muda lainnya adalah dengan mengambil makanan tinggi omega-3. Ia bagus untuk kulit dan kesihatan jantung. Omega-3 dapat diperolehi daripada ikan salmon, walnut, biji-bijian, dan suplemen kesihatan tambahan.
- Urus stres sebaiknya. Kesihatan mental juga memainkan peranan penting dalam menentukan kesejateraan keseluruhan tubuh.
- Katakan tidak pada rokok dan alkohol! Tidak perlu diulas lanjut, kerana ternyata dua ‘benda’ ini hanya mendatangkan keburukan dari pelbagai sudut; kecantikan dan kesihatan.
- Lindungi kulit dari sinar UV dengan memakai tabir suria. Orang dulu kelihatan tua dan cepat berkedut kerana rutin kerja mereka yang terdedah banyak di bawah sinar matahari dan tanpa perlindungan. Pastikan anda memakai tabir suria dengan SPF dan perlindungan UVA dan UVB.
- Pakai pelembap wajah setiap hari terutamanya pada waktu malam.
- Berdisiplinlah dalam rutin penjagaan kulit dengan mencuci muka dan lain-lainya setiap hari. Elakkan memakai mekap terlalu lama. Jika sudah tidak perlu, lekas-lekas dicuci dan cuci dengan lembut ya. Jangan disental. Kulit akan cepat hilang keanjalannya.
- Krim mata juga penting kerana bahagian mata adalah bahagian paling sensitif dan cepat terkesan dek penuaan.
- Dapatkan tidur yang berkualiti. Sebenarnya, berapa jam perlu itu bukanlah perkara pokok, yang penting seberapa lama kamu benar-benar lena dan kemudian dapat bangun dengan segar keesokan harinya. Jangan suka berjaga sehingga lewat malam.
- Jangan suka bermalas-malas. Banyakkan bergerak untuk mengeluarkan peluh. Kebanyakan kita kerap menghabiskan masa di bawa hawa dingin. Ini tidak bagus. Jadi, gerakkan badan untuk berolahraga atau melakuka aktiviti fizikal yang bergerak cergas.
- Amalkan minum teh hijau. Teh hijau mengandung antioksidan yang disebut catechin yang dapat membantu awet muda dan kekal sihat. Ia juga dipercaya dapat mengatasi tekanan darah tinggi dan meningkatkan sistem imun tubuh. Menurut penelitian dari Journal of Food Science, teh hijau organik memiliki kadar antioksidan paling tinggi, sekitar 100 catechin per gram.
- Minum air putih dengan kerap ia ternyata rutin cantik paling mudah dan murah. Wanita Korea antara yang mengamalkannya ternyata kulit mereka sangat cantik dan lembut.
- Menurut Pakar Perubatan, Dr. Geula melatih otak dengan belajar hal-hal baru dapat membangunkan sel otak yang selama ini tidur. Membiasakan diri melatih otak juga dapat menjadikan seseorang yang berumur 80 tahun sama cerdasnya seperti ketika mereka masih berusia 50 tahun dulu. Di samping melatihnya, otak juga perlu diberi nutrisi yang sihat seperti vitamin B, C, dan magnesium seperti alpukat, kacang-kacangan, biji-bijian, ikan, dan lain sebagainya.
- Anggur merah ataupun jus anggur mengandung resveratol, komponen yang dapat menunda penuaan. Satu kajian mendapati tikus yang diberi resveratol memiliki tulang yang lebih kuat dan koordinasi tubuh lebih baik. Resveratol juga dapat menurunkan risiko gangguan kesehatan yang umumnya menyerang orang tua seperti jantung, radang, hingga katarak.
- Lakukan yoga atau urutan muka setiap pagi. Boleh layari Youtube untuk belajar cara yang betul urutan wajah. Ia bagus untuk melacarkan aliran darah, sekaligus buat wajah lambat berkedut.
- Banyakkan tersenyum dan ketawa daripada berkerut seribu memikirkan masalah dan tekanan. Kerutan hanya akan menggalakkan garis dan kedutan wajah.
- Sentiasa semarakkan cinta dengan pasangan seperti zaman bercinta dulu. Semakin rasa cinta itu menebal, semakin kita akan rasa muda. Hubungan seks seharusnya terus berlangsung walau usia semakin senja okey?
- Jangan banyak bersendirian. Selalu berhubungan dengan keluarga, teman-teman atau sesiapa saja yang dapat menceriakan hatimu. Banyakkan aktiviti bersilaturahim.
- Setiap kali bangun tidur, ucapkan syukur, raup wajah dengan kedua belah tapak tangan sambil berselawat. Pandanglah kepada cermin dan puji diri anda sendiri, bahawa kamu cantik, sihat dan tinggi akhlak.
- Banyakkan ibadah. Kemanisan ibadah akan terlihat secara langsung pada si pengamalnya. Selain ibadah wajib rajinkan juga dengan ibadah sunat seperti solat sunat, zikir, selawat, sedekah dan sebagainya.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video