Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Adibah Noor menafikan persembahannya sebelum ini sekadar berada di zon selesa atau ‘play safe’.

Menurut Adibah, segala percubaan telah ditonjolkan dan tiada istilah sebegitu dalam persembahannya setiap minggu.

“Percubaan itu saya sudah tunjukkan, cukup-cukuplah.

“Sama ada masuk ke semi atau final semua itu dah membelenggu kita semua dah sebelum ini, dah macam malas fikir apa dah, kita buat je.

“Ada rezeki adalah. Tidaklah playsafe, lagu-lagu pun mencabar vokal, so no such thing playsafe,” katanya.

Ditanya apakah lagi yang bakal ditonjolkan kelak, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu sedia menyahut apa jua cabaran atau cadangan pihak juri.

“Saya dapat komen tolong tunjukkan vokal anda, alamak tak cukup tinggi pula.

“Note C tu dah paling tinggi untuk key saya, kalau ‘E flat’ macam Nikki entah apa bunyi keluar.

“Ok kita sahut cabaran, tapi key yang mampu la,” katanya.

BACA : “Nanti Juara GV8 Buat Kenduri”- Susah Senang Bersama, Peminat Tak Henti Support Adibah Noor! Doa Supaya...

Untuk makluman, pada konsert kesembilan Ahad lalu, Adibah Noor berada di kedudukan kelima dengan markah 65.2%.

Jika diimbas kembali pada persembahan sebelum ini, Adibah pernah beberapa kali berada di kedudukan tiga teratas.

Pencapaian paling membanggakan adalah ketika minggu keempat yang mana penyanyi berkenaan meraih tempat pertama dengan markah 78.1% selepas membawa lagu Jika (Melly Goeslow) dalam genre keroncong.

Sekadar info, dua bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) tersingkir pada konsert minggu separuh akhir yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Bintang GV8 tersebut, Shidee dan Ani Maiyuni terpaksa akur apabila gagal memuaskan hati juri.

BACA: GV8: Impian Ke Final Lebur, Shidee & Ani Maiyuni Tersingkir Minggu Separuh Akhir, Aweera Pula...