Personaliti

“No Winter Boots This Time. Forget About Gucci Boots.” – Cik Puan Azrinaz Lupakan Percutian Musim Sejuk Tahun Ini

gempak
Afiza Kamarulzaman
26/12/2021
01:00 MYT
Sponsor Banner
“No Winter Boots This Time. Forget About Gucci Boots.” – Cik Puan Azrinaz Lupakan Percutian Musim Sejuk Tahun Ini
Menjadi kelaziman pada hujung tahun, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti dan menjadikan luar negara sebagai destinasi percutian musim sejuk. Begitu juga yang selalu kita lihat kepada Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim yang setiap tahun akan ke luar negara meraikan tahun barunya.
Berbeza pula kali ini apabila beliau dilihat masih berada di dalam negara walau Disember sudah berbaki beberapa hari saja lagi. Terbaru, beliau memuatnaik beberapa gambarnya yang sedang membantu mangsa banjir membersihkan rumah akibat bencana banjir yang melanda beberapa hari lepas.
Kredit Foto: IG Azrinaz Mazhar
Menerusi kapsyen dalam muatnaik tersebut, tulisnya, “No winter boots this time. Forget about your Gucci boots. Roll up your sleeve.”
Menandakan bahawa beliau tidak kemana-mana untuk agenda hujung tahun kali ini. Mungkin ada sebab lain atau sememangnya mahu bersama-sama rakyat Malaysia melalui detik-detik sukar ini.
Apa pun, rata-rata memuji sikap ‘humble’ beliau itu walau beliau berkemampuan untuk melakukan sebaliknya – Pergi saja ke mana suka, bukan tanggungjawab beliau untuk duduk di sini membantu rakyat. Tapi sebaliknya yang dilakukan.
“I am just doing my small part,” tulisnya lagi di ruangan komen.
Tahniah dan terima kasih diucapkan atas keprihatinan dan pengorbanan yang dilakukan. Juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang melakukan perkara yang sama. Sama-sama kita doakan tahun 2022 menjanjikan hari yang lebih baik buat Malaysia.
Kredit Foto: IG Azrinaz Mazhar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live