JUMAAT ke-43

Pagi tadi hujan. Nora tak pegi ke kubur, tapi Allah SWT lebih mengetahui. Lepas Dhuha, berdoa, terlelap, mimpi Johan datang. Kami bergurau-senda, happy sangat…

Ya Allah, nikmatnya dapat mimpi begini. Syukur! Allah bagi kita bertemu hanya dalam mimpi…

Nora rindu abang...


#adadalamtiadabynora
#johannawawi #jn30tribute

Nora Sebak Kena Kemaskan Barang-barang Johan Kerana Perlu Berpindah

Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu, betapa perit, hiba, pilu dan terlalu sedih apabila saya harus berpindah, mengemas, mengutip dan menyimpan barang-barang kepunyaan Johan — baru dan lama, barang-barang kami, kenangan-kenangan kami, kejayaan-kejayaan kami, visi dan misi perjuangan kami selama 24 tahun.

Macam-macam yang telah kami lakukan dan rancang bersama. Ada yang sudah terlaksana, ada yang belum. Ada yang belum selesai. Ada yg masih dalam perancangan. Ada yang belum sempat dibuat.

Tetapi kami tidak pernah berhenti berusha, bekerja demi mencari rezeki yang halal dan barakah.

Johan tidak pernah ‘give-up’. Walau apa saja dugaan yang mendatang. Itulah kehebatan seorang suami yang bernama Johan Nawawi.

"Johan Tidak Tinggalkan Saya Dengan Kekayaan Dunia, Tapi Dia Kaya Hati"

Walaupun tidak punya harta yang banyak melimpah-ruah dan kemewahan dunia, tapi CINTA dan KEIKHLASANnya tidak dapat dibanding dengan wang ringgit atau apa saja.


Begitu juga dengan perkahwinan kami. Walau dilanda badai, ribut, ombak, Tsunami. Kami tidak sempurna tapi kami TETAP BERSAMA. Kami TETAP TEGUH.

Tapi inilah hakikat dunia.
Tiada yang kekal.
Kita hanya manusia.
Hanya mampu merancang.
Allah menentukan segalanya.
Saya pasrah dan reda atas segala ketentuan.

Sedih tapi dalam masa sama, saya harus kuat, bersemangat, tabah dan harus bersabar, 'STAY STRONG' dalam menghadapi segala-galanya.

Sesungguhnya memang hanya Allah SWT saja yang tahu apa yang saya lalui. Dia Maha Mengetahui.

Seorang manusia takkan pernah mengerti dan memahami.

Ya Allah…. permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini. Kuatkanlah iman dan kesabaranku. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian-Mu.

Kiranya ujian ini adalah untuk menambah imanku, berilah aku petunjuk dan hidayah. Ampunilah hamba-Mu yang hina ini.

Allahuakbar!

Allahuakbar!


#adadalamtiadabynora
#johannawawi #jn30tribute

Fahamilah 7 Perkara Dalam Hidup Kamu
PERKARA 1

Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.

PERKARA 2

Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.

PERKARA 3

Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.

PERKARA 4

Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.

PERKARA 5

Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.

PERKARA 6

Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

PERKARA 7

Apabila meninggal dunia sahabat kamu, maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

MAKA…
Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu, bila kita akan berangkat 'meninggalkan' dunia yang fana ini.

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain,

itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat

kerana tidak larat.

Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung

ke tanah perkuburan.

Maka, ingatlah, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Manfaatkanlah masa yang mulia ini, sebelum kesempatan berlalu pergi.

Muhasabah seorang insan daif. Bagus perkongsian ni, kalau dah baca, ambillah sebagai iktibar. Amin.