Ramai yang berjaya turunkan berat badan sepanjang berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Sememangnya inilah waktu terbaik untuk kita menguruskan pengambilan makanan dan minuman kita kerana perut punya masa yang panjang untuk berehat seketika.

Namun, awas! Ada juga segelintirnya yang bertambah berat badan selepas berpuasa 30 hari. Ini mungkin didorong oleh pengambilan kalori berlebihan ketika bersahur dan berbuka, ditambah dengan aktiviti moreh pada lewat malam.


Apatah lagi, aktiviti fizikal juga terbatas menyebabkan kadar metabolisme merundum. Dan pula, pengambilan air putih yang kurang juga menyebabkan badan kurang hidrasi. Maka, hati-hati dengan diet anda. Jangan sia-siakan peluang Ramadan ini. Sambil beramal, sambil mencuri peluang untuk mendapatkan berat badan impian agar lebih sihat sejahtera.


Tips Noryn Aziz Sepanjang Ramadan:
  1. Puasa
  2. Jaga makan – berhenti sebelum kenyang
  3. Bersenam
  4. Kurang pengambilan gula sebanyak 50 peratus dari kebiasaan
  5. Ambil lebih air putih
  6. Ambil suplemen dan bukannya pil kurus.

A post shared by NorynAzizOfficial (@norynaziz)