Oleh: Vee Mukhtaram

Kredit foto: Fazdlee Isa

Hadir sedikit awal sebelum tarikh pertunjukkan itu, Fazura dibawa ke Coach House di 5th Avenue untuk melihat sendiri koleksi busana dan tas tangan Selena (yang diinspirasikan dek Selena Gomez) secara lebih dekat dan terperinci.

Kredit foto: Fazdlee Isa

Kredit foto: Fazdlee Isa

Nigel Stanislaus, Mantan Juri Jemputan ‘Asia’s Next Top Model’ Menata Solekan Nur Fazura

Untuk hari pertunjukan, Nur Fazura disediakan ‘team’ yang cukup international. Nigel Stanislaus telah ditempah pihak Coach untuk menyudahkan solekan dan dandanannya.

Nigel merupakan jurusolek terkenal untuk Maybeline New York, juga merupakan salah seorang juri jemputan rancangan ternama, ‘Asia’s Next Top Model’. Persalinan ‘head to toe’ Nur Fazura juga disediakan oleh Coach dalam bentuk dress floral labuh coklat sama outerwear sulam tampal.

Kredit foto: Fazdlee Isa

Masanya sudah tiba. Gah duduk di bangku hadapan Coach 1941 antaranya adalah pelakon Indonesia Cinta Laura, Praya Lundberg, Yoyo Cao di samping bintang Emma Robert dan Selena Gomez. Pentas peragaan penuh perada kilat itu menampilkan Koleksi Musim Bunga/Panas 2018 yang mengagumkan.

Kredit foto: Fazdlee Isa

Pintas selepas pertunjukan fesyen Coach, Nur Fazura mendapat jemputan eksklusif untuk bertemu dan beramah mesra bersama Stuart VeversPengarah Kreatif Coach sejak tahun 2013.

Pertemuan ini bikin Fazura melihat cara pemikiran pereka ini dan mendalami what makes his creations great. Pasca berbual sama Stuart Vevers, Nur Fazura dibawa ketemu Selena Gomez — penyanyi, aktres dan wajah wakilan untuk label Coach sejak beberapa tahun lalu.

Kredit foto: Fazdlee Isa

Selena Gomez Mesra, Tidak Dingin Seperti yang digembar-gemburkan

Apabila diwawancara Editor Fesyen InTrend yang turut berada di New York bersama Nur Fazura untuk sebuah projek rahsia, Fazura mengulas, dia ada terdengar spekulasi bahawa Selena Gomez mungkin tidak begitu mesra untuk bertemu dengan delegasi antarabangsa. Namun apabila empat mata ini saling bertemu, ternyata semua khabar angin yang disampaikan itu palsu.

Kredit foto: Fazdlee Isa

Mereka berbual fasal koleksi terbaru Coach dan persalinan masing-masing. Selena menyarungkan jaket kulit merah cili penuh sulaman tampal manakala Nur Fazura dalam dress ropol lengan dan skirt penuh.

Dua bintang jelita dan wakilan wanita berjiwa besar dari benua masing-masing ini, akhirnya bertemu di temasya fesyen New Yor terbesar untuk kalendar September 2017 — meraikan kota cahaya esentrik yang tidak pernah lena.

Nur Fazura seringkali mendapat jemputan ke Minggu Fesyen antarabangsa, namun sering ditolak kerana tidak punya masa dan jadual yang mengizinkan. Namun 2017 melihat kemunculannya di bangku hadapan membawa impak yang besar apabila dirakam jurufoto antarabangsa, bloggers dan fashion editors yang mahu kenal siapa wajah baru jelita ini.

Kredit foto: Fazdlee Isa

Kredit foto: Fazdlee Isa

Kredit foto: Fazdlee Isa