Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nur Latifah Cherdiq Hanania – Sedap Nama Baby Johan. OZLYNN Kongsi Tips Berpantang Untuk Kembali Saiz XS

Afiza Kamarulzaman
24/09/2021 00:00 MYT
Ramai terkejut apabila mendapat tahu Ozlynn bersalin kira-kira dua mingu yang lalu. Tak ada angin, tak de ribut, tiba-tiba Ozylnn dan Johan dikurniakan anak ke enam. Pandai betul simpan rahsia.


"Bukan niat nak rahsiakan tapi kami lebih pada nak jaga hati orang. Selalunya kalau saya mengandung dan kongsikan di IG, pasti ada orang DM meluah perasaan, mereka belum dikurniakan anak, ada yang sedih, ada yang tumpang suka tengok keluarga Hanania.


Jadi, untuk kali ini saya dan Johan sepakat untuk tidak mewar-warkannya sehingga bayi selamat dilahirkan. Baik untuk kita belum tentu baik untuk orang lain, kan? Sebagai selebriti ada perkara yang saya perlu simpan sendiri,” jelas Ozlynn.


Menurut Ozlynn juga, kehadiran anak ke enam ini tidak dirancang sama sekali. Bukan menolak rezeki tetapi awalnya mereka sudah rasa selesa dengan keadaan keluarga mereka sekarang ini. Moleiq pun dah besar. Dalam keadaan pandemik pun, rasanya belum sesuai untuk menimang bayi baru.


“Tapi inilah rezeki. Johan pun cakap orang lain punya susah nak dapat anak, sedangkan kami senang-senang Allah beri. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan anugerah ini. Saya pun sebenarnya tak tahu yang saya pregnant sampailah kandungan dah masuk 23 minggu.


Itu pun sebab saya pergi check di klinik sebab period tak datang. Lagi pun masa tu tengah sibuk dengan shooting. Berat badan pun naik sebab memang saya kena naikkan untuk karekter itu. Sekali check, mengandung. Memang rasa macam tak percaya mulanya.”


Dan, untuk pertama kalinya Ozlynn berkongsi nama anaknya dengan InTrend, bayi yang dilahirkan dengan berat 3.3kg itu dinamakan Nur Latifah Cherdiq Hanania.




Gambar Ozlynn seminggu sebelum melahirkan




Pertama Kali Megandung Kena Kencing Manis


Walaupun sudah enam kali melalui pengalaman mengandung dan melahirkan, lain anak, lain pengalamannya. Mungkin kali ini mengandung pada usia sudah lewat 30 an, situasinya lain dirasakan Ozlynn. Berat badannya naik paling ketara berbanding anak dulu-dulu.


“Dulu,anak pertama berat saya naik dari 47 ke 53kg, baby 3.8kg. Anak ke dua dari 48 ke 54kg, baby 4.5kg. Dan anak-anak yang lain pun berat saya tak akan lebih 60kg waktu nak bersalin. Tapi kali ni, berat saya mencecah 66kg dengan berat baby 3.3, baby kami yang ni paling kecil antara semua,” ujar Ozlynn.


Tapi, kandungan kali ini memang tak nampak sangat perut. Hanya selepas kandungan masuk tujuh bulan barulah nampak bentuk perut. “Saya taklah menyorok pun, ada juga main badminton depan rumah sampai jiran-jiran pun jerit takut tengok saya lasak wak tu tu,” ceritanya ketawa kecil.


Kehamilan kali ini juga menjadi pengalaman pertama Ozlynn kena kencing manis, sebelum ini tidak pernah. Namun, bacaan gula tidaklah terlalu tinggi, cuma perlu dipantau. Kata Ozlynn lagi, memang menjadi kebiasaan kalau mengadung anak perempuan, tekaknya lebih suka pada benda-benada manis. Mungkin itulah sebabnya, juga faktor sejarah keluarga.




Kredit Foto: Arkib InTrend



Ozlynn Teruskan Berpantang Cara Dulu-Dulu


Sebaik ditanya rahsianya mengekalkan tubuh yang langsing dengan berat badan hanya sekitar 50kg dengan enam anak, jawab Ozlynn, “jaga makan dan exercise tu sama penting. Ya, jaga makan mungkin boleh menurunkan berat badan tapi untuk bagi badan fit dan firm, kena juga bersenam.”


Ozylnn tak nafikan dia mengamalkan kaedah berpantang cara orang dulu yang ketat, dari zaman anak pertama lagi. Dan, selalunya hanya selepas beberapa minggu berpantang, berat badannya sudah boleh turun dengan banyak.


“Cuma kali ni agak slow sikitlah nak turun. Lepas bersalin, berat saya 61kg, dan sekarang selepas dua minggu dah turun 57kg. Kalau dulu, lagi laju turun. Faktor usia agaknya.”


Ini antara tips dan amalan berpantang Ozlynn:
























#Johan #Ozlynn #Berpantang
;