,
Highlights

Obesiti Dalam Kalangan Kanak-Kanak – Siapa Harus Bertanggungjawab? Ibu Bapa Perlu Lebih Peka, Anak Perlu Beri Kerjasama.

Huda Hussain
22/09/2020
12:55 MYT
Ada yang menyatakan ia berpunca dari faktor genetik. Tidak kurang juga yang menyifatkan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak dipengaruhi oleh pemakanan yang tidak sihat. Ya, tiada salahnya kedua-dua andaian ini kerana ia saling terkait. Namun untuk melihat semua isu itu, ia bermula daripada sikap dan peranan ibu bapa yang menyediakan keperluan makanan bagi anak-anak.
Menerusi muat naik di laman Facebooknya, Dr Ahmad Samhan yang sering berkongsi ilmu dan tips mengenai isu kesihatan semasa ada langkah untuk menangani isu ini. Berikut adalah hasil perkongsian dan tulisan Dr Samhan untuk manfaat semua.
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
“Eh, comel je aku tengok anak kau. Dahla putih, berisi pula tu”. Ramai mak ayah tak merasa bimbang dan ambil mudah dengan ‘kegemukkan’ anak. “Ala, biarlah dia makan. Seronok tengok dia berselera. Nanti besar pandailah dia diet, jaga badan” Jangan begitu. Tak pelik jika anak-anak akan mengalami obesiti sehingga dewasa kerana sudah terbiasa dengan tabiat makan sebegitu dari kecil.
Obesiti Satu Penyakit Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini dan seseorang kanak-kanak itu dianggap obes apabila Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) adalah tinggi bagi umur dan jantinanya. Jika ibu bapa perasan setiap kanak-kanak mempunyai buku rekod kesihatan ‘baby book pink or blue’, graf berat serta tinggi boleh dilihat di ruangan belakang buku tersebut. Sekiranya berat sentiasa di bahagian atas sehingga melepasi graf teratas, bermakna anak itu mempunyai berat yang berlebihan.
Kredit Foto: Google
Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Asia Tenggara dengan nisbah 1:5 kanak-kanak mempunyai berat berlebihan atau obes dan hal ini sangat membimbangkan. Kajian NHMS pada 2015 mendapati sebanyak 11.8 peratus kanak-kanak berusia bawah 18 tahun mengalami obesiti. Berdasarkan data ini, seramai 1.65 juta kanak-kanak Malaysia yang bersekolah dijangka mengalami obesiti menjelang 2025 sekiranya kita tidak mengambil sebarang tindakan.
Daripada jumlah itu, seramai 88,000 kanak-kanak Malaysia akan mengalami masalah dalam toleransi glukos, seramai 28,000 orang akan menghidap diabetes Jenis 2, seramai 191,000 kanak-kanak bakal mengalami tekanan darah tinggi dan 264,000 akan menghidap penyakit hati berlemak tahap satu. Selain penyakit-penyakit serius, obesiti juga merupakan penyebab gangguan tidur serius atau ‘obstructive sleep apnea’(OSA) dan sindrom hipoventilasi dalam kalangan kanak-kanak. Dalam kalangan kanak-kanak obes, salur udara menjadi sempit disebabkan jumlah lemak yang banyak pada bahagian leher. Ini menyebabkan penurunan dalam pernafasan dan mengganggu tidur.
Kredit Foto: Google
Peranan Ibu Bapa
Apabila mempunyai terlalu banyak lemak di sekitar abdomen dan dada, pernafasan menjadi sukar dan berlakunya hipoventilasi. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Anak tidak tahu bahawa makanan diproses atau makanan sejuk beku tidak mempunyai khasiat yang sama dengan makanan sebenar. Jadi, ibu bapa perlu mendidik anak-anak tentang kesan buruk terhadap kesihatan jika makanan diproses itu dimakan setiap hari.
Kredit Foto: Google
Tips & Trick
1. Tarik perhatian mereka dengan warna-warna makanan sebenar seperti betik, oren, epal, lobak merah, tomato dan didik mereka tentang nutrisi dan khasiat makanan-makanan ini. Jika mak ayah pun tak amalkan makanan yang berkhasiat dan sihat, bagaimana anak ingin mencontohi. Mak ayah adalah cermin anak-anak.
2. Galakkan kanak-kanak makan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari serta makan mengikut masa yang betul iaitu sarapan pagi, tengah hari dan malam di samping terapkan amalan makan bersama ahli keluarga serta elakkan makan sambil menonton televisyen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

Didakwa Cerai Sebab Ada Masalah Kesihatan Lelaki, Fazley Yaakob; "Azrene Pernah Gugur 13 Kali, Dekat Mananya Saya Tak Sihat?"

gempak
19/10/2024
02:55 MYT
Hanya tergelak! Demikian reaksi cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika ditanya mengenai penyebaran khabar angin mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki yang menjadi punca perceraian dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Hiburan

“Kalau Anda Cakap Saya Cantik, Terima Kasih” - Sofia Jane Utamakan Kesihatan, Dah Lama Tak Ambil Makanan Proses

gempak
18/10/2024
14:04 MYT
Pelakon hebat, Datin Sofia Jane lebih mengutamakan soal penjagaan kesihatan bagi memastikan dirinya kekal cergas untuk menjalani tempoh penggambaran yang panjang.
Hiburan

Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

gempak
09/10/2024
12:55 MYT
Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan.
Hiburan

Jaga Pemakanan & Buat Aktiviti Fizikal,  Dina Nadzir Berjaya Hilang 17 Kilogram! - “Saya Sekarang Sangat Suka…”

gempak
05/10/2024
02:55 MYT
Menurut Dina, dia tidak melakukan sebarang diet khusus namun hanya menjaga pemakanan dan banyak melakukan aktiviti fizikal.
Dun Dukun