Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Orang Selalu Tanya Kenapa Kau ‘Gila’ Pergi GYM?” Ini Jawapan Padu ANDING Buat Ramai Tersentuh

Afiza Kamarulzaman
29/09/2021 03:30 MYT
Personaliti televisyen dan penyanyi yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia, Anding Indrawani memuat naik satu post yang sangat menarik semalam.


Dia dilihat mendukung neneknya yang sudah uzur masuk ke dalam kereta dengan kapsyen;


People keep asking, “kenapa kau gila gym, bro?”

Trust me, it will benefit you and the people that surronds you that you love...

Maybe not now but in the future.

A post shared by Anding Indrawani (@andingindrawani)




Ayat ringkas ini punya maksud mendalam dan buat ramai tersentuh membacanya. Anding memang terkenal dengan rutin aktifnya yang selalu ke gimnasium dan melakukan aktiviti fizikal membina badan.


Antara sebabnya kini terjawab kenapa dia suka melakukannya? Dia mahu menggunakan tenaga dan kelebihan yang ada untuk membantu orang yang memerlukan seperti neneknya yang sudah uzur.


Betullah kan? Hanya lelaki yang berkudrat dan kuat mampu mengendong nenek yang sudah tidak mampu berjalan. Alhamdulillah, semoga Anding terus diberi kesempatan berbakti kepada Nenek dan sesiapa saja yang memerlukan bantuannya.


Dan kepada abang-abang sado yang selalu menghabiskan masa membanting keringat membina otot sehingga berketul-ketul tu, jangan lupa memanfaatkan kesihatan dan kekuatan yang diberi ke jalan yang baik agar dapat meringankan beban orang sekeliling.




A post shared by Anding Indrawani (@andingindrawani)

#Gimnasium #Anding Indrawani #berotot
;