,
gaya hidup

Orang Yang Boleh Makan di Kedai dan Shopping Seorang Diri Adalah Orang Yang Berani dan BERDIKARI – Betul Ke?

Afiza Kamarulzaman
17/12/2021
09:53 MYT
Ada seorang kawan penulis ni memang suka makan di kedai seorang diri. Dan, kadang-kadang terserempak dengan dia di pusat membeli-belah sedang shopping pun seorang dia, tak berteman.
Dia bukanlah jenis yang tiada kawan atau jenis suka bersendirian tetapi apabila bab dua perkara ini, kawan ini memilih untuk melakukannya seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Kebetulan pula, dia pun masih bujang.
“Ada masa kita perlu berkawan, ada masa nak bersendirian. Ada harinya aku keluar makan dengan kawan-kawan dan pergi membeli-belah dengan teman-teman tapi lebih banyaknya aku lebih suka buat seorang diri,” ujarnya apabila ditanya kenapa?
Tanyanya kembali, kenapa nak takut makan di kedai seorang diri? Ada duit, makan sajalah. Mungkin ada yang memberi alasan tidak seronok tiada teman berborak. Tapi celahnya, “makan sendiri mudah. Kedai mana? Menu apa? Semua boleh ditentukan pantas.”
“Begitu juga kalau keluar shopping. Memang suka pergi seorang diri. Senang nak pillih barang. Kalau berteman ni, renyah sikit. Nak kena tunggu pihak dia pun selesai membeli. Lepas tu, nanti ada saja persinggahan lain. Kalau seorang okey lagi, kalau berdua, bertiga, jenuh nak melayan,” jelasnya ketawa kecil.
Betullah tu. Tiada isu pun orang yang suka makan dan membeli-belah seorang diri ini. ia perkara biasa apabila kita mahukan kebebasan dan masa untuk bersedirian. Lagi cepat dan mudah untuk mereka yang memang kesuntukan masa.
Apa pun, sesekali jangan lupa kawan-kawan ya. Ambil masa juga untuk bersosial bersama teman-teman agar dapat merehatkan minda dan bertukar pendapat sambil bergelak tawa. Release stress sesekali!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Hiburan

Tyzo Suka Wanita Berusia - "Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki"

gempak
07/08/2024
00:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander tidak segan silu menyatakan hasratnya untuk memiliki wanita lebih berusia dan pandai berdikari.
Highlights

Hidup Bujang – Tinggal Seorang Diri Atau Bersama Rakan Serumah? Ini Pro Dan Kontranya Yang Perlu Dihadapi.

gempak
29/10/2020
10:00 MYT
Ada yang selesa tinggal seorang diri kerana mahukan privasi. Tak kurang juga yang memilih tinggal bersama rakan-rakan kerana lebih meriah ada kawan ‘membawang’. Tapi yang tak seronok bila perkara sebegini berlaku.
Video

Tanggung Risiko, Gadis Muda Tumpangkan Pak Cik Lewat Malam

gempak
23/09/2020
02:07 MYT
Kalau kita rasa kita susah, sebenarnya ada lagi orang lain yang susah..
Highlights

WhatsApp GROUP SEKOLAH Anak Yang Menjengkelkan - Kasut Sekolah Anak Pun Suruh Cikgu Betulkan?

gempak
25/10/2019
01:12 MYT
Kalau dulu mak-mak kita boleh saja ajar anak-anak berdikari. Tapi dengan kelebihan dan kecanggihan zaman kini, apakah kita membentuk pekerti anak yang berkeyakinan, manja atau sebenarnya mak-mak zaman ini yang mengada-ngada?
Unitar