fesyen

Oversized Tote Bag Praktikal dan PRESENTABLE – Ia Bukan Rekaan Glamor Tapi Fungsinya Lebih Dari Nama

gempak
Afiza Kamarulzaman
22/08/2021
02:14 MYT
Sponsor Banner
Oversized Tote Bag Praktikal dan PRESENTABLE – Ia Bukan Rekaan Glamor Tapi Fungsinya Lebih Dari Nama
Nik Erwan antara pereka tanah air yang sentiasa cuba memberikan idea baru dalam penciptaan item fesyen yang sesuai untuk semua golongan. Sudah berada dalam industri ini lebih 12 tahun, Nik tidak mahu mengalah walau kini berdepan situasi pandemik yang sedikit menyukarkan.
Dia yang menubuhkan jenama Nawre sejak lima tahun lalu percaya akan adanya sinar lebih gah untuk industri fesyen tempatan tidak lama lagi. Dalam waktu yang ada, Nik berkesempatan melancarkan koleksi rekaan beg barunya iaitu Nawtote Bag, gabungan nama Nawre dan Tote Bag.
Idea tercetus apabila Nik selalu memerhatikan agen-agen dan stokis jualan online yang ada kala berdepan dengan rutin membawa barang-barang jualan dan parcel yang banyak, sehingga ada kala tidak mampu diatur dengan sempurna dek ketiadaan beg galas yang sesuai.
“Jadi, saya terfikir untuk memudahkan cara kerja mereka dengan mereka sebuah beg yang mempunyai ruang letak yang luas, mudah untuk dibawa tanpa perlu dijaga rapi. Maksudnya, tahan lasak,” terang Nik yang kagum dengan usahawan digital zaman kini.
Nawtote Bag diperbuat daripada material cotton drill yang mudah untuk dijaga. Dijual pada harga RM69 dan boleh didapati dalam dua warna iaitu black dan khaki. Ia rekaan asas yang minimalis tetapi memberikan fugsi yang besar sebagai pemuat barangan.
“Ia juga satu bentuk sokongan kami untuk melindungi alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan pembeli. Beg ini sangat sesuai dijadikan groceries bag sebagai pengganti kepada beg plastik yang diketahui memberi impak buruk pada alam sekitar kita,” tambah Nik lagi.
Sebuah beg ini boleh memuatkan sekitar 10kg keberatan isi. Nik sendiri memberitahu bahawa dia pernah membawa empat beg beras menggunakan beg tersebut. “Jangan tak percaya, ada juga orang yang letak baby di dalamnya. Hahaha...” Ini menunjukkan beg ini mempunyai ketahanan yang baik.
Nik memilih konsep ‘oversized’ selari dengan trademark rekaan baju Nawre yang bersaiz besar.
Nik mengambil beg multi fungsi Ikea sebagai contoh. Beg berwarna biru itu sudah menjadi beg rasmi untuk sesuatu pekerjaan membawa barang. “Sebagai pereka fesyen, saya selalu melihat ia bukan hanya dijadikan beg yang membawa barangan dapur atau ketika berpindah dan melakukan COD, malah menjadi beg wajib di backstage!”
Dalam keadaan pandemik kinni, masyarakat mahu menjalani gaya hidup yang serba pantas dan mengurangkan apa jua aktiviti ketika berada di luar. Maka, membawa beg yang bersesuaian juga sangat penting agar tidak menyusahkan kita untuk mengendalikannya. Kita bukan lagi bercakap tentang beg banyak kendalian atau terlalu ‘fragile’ untuk disandang.
“Kita mahukan semuaya mempunyai multi function. Benda yang direka itu perlu berkait dengan isu semasa atau penyelesai masalah kehidupan. Sebagai contoh, baju Raya yang Nik cipta, Nik ketengahkan baju raya yang boleh dipakai unisex, lelaki dan perempuan dalam satu saiz yang muat untuk semua.
Ini dapat memudahkan pembeli untuk membeli secara online tanpa risau memikirkan saiz yang muat atau tak? Begitulah juga dengan konsep beg ini yang boleh digayakan sesiapa saja. Inilah trend fesyen yang kita mahu sekarang. Praktikal dan pemudah cara. Beg ini boleh didapati di Shopee. Semoga bermanfaat untuk anda,” akhiri Nik.
Nik Erwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live