Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pakai BARANG KEMAS Boleh Bagi Aura Lain Macam, Atasi Stres – Tapi Jangan Terlebih Macam Mami Jarum!

Afiza Kamarulzaman
09/12/2019 01:39 MYT


Apabila bercakap soal perhiasan emas atau dalam bahasa kita dipanggil ‘barang kemas’, penulis tidak dapat melupakan arwah ibu yang memang suka pada barang kemas walaupun arwah tidaklah sekaya mana. Arwah ibu selalu pesan kepada anak-anaknya agar melabur kepada pembelian emas daripada membeli perhiasan lain yang tiada nilai di masa hadapan.


Penulis masih ingat, walaupun ibu bukan dalam golongan yang mampu tetapi dia tetap berusaha untuk menyediakan sekurang-kurangnya seutas rantai dan gelang emas untuk anak-anak perempuannya. Dan, setiap kali tiba Hari Raya, setiap anak perempuannya akan dipakaikan barang emas itu. Dan, akan dikutip semula sehari sebelum kami mula bersekolah.


Wanita dan barang perhiasan memang tidak boleh dipisahkan. Sudah menjadi fitrah seorang wanita yang suka bercantik-cantik dan mahu kelihatan indah. Dalam Islam sendiri tidak melarang, malah dalam beberapa hadis juga menggalakkan wanita untuk memakai barang emas.




Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman




Hukum Pemakaian Emas Menurut Islam


Daripada Aisyah ra., berkata:

“Aku mempersembahkan sebuah perhiasan kepada Rasulullah SAW yang dihadiahkan oleh seorang An-Najasyi (Raja Habasyah) kepada baginda. Dalam perhiasan itu terdapat cincin emas permata habsyi. Kemudian baginda mengambilnya dengan ranting yang dihulurkan atau dengan sebahagian jari-jarinya. Kemudian, beliau memanggil Umamah binti Abul ‘Ash, iaitu anak daripada Zainab (puteri Rasulullah). Lalu baginda bersabda, “Berhiaslah dengan ini wahai cucuku.” (HR, Abu Daud).


Maka, di sini jelaslah bahawa Islam tidak menyekat untuk seorang wanita berhias dengan perhiasan seperti emas. Namun, sesuatu yang harus diingat, emas itu mempunyai nilainya dan harus diukur kepada nilainya (jika banyak) untuk ditunaikan zakat ke atasnya, jika tidak ia boleh dikira haram.


Seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis, daripada ‘Amr bin Syuaib;

Seorang wanita mendatangi Rasulullah SAW bersama dengan anak perempuannya. Dan pada pergelangan tangan anak perempuannya itu terdapat dua utas gelang emas yang tebal. Rasulullah berkata kepada wanita tersebut, “Sudahkah engkau memberikan zakat ke atas gelang ini?”


Wanita tersebut menjawab tidak. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apakah engkau senang jika Allah memakaikan gelang kepadamu dengan ke duanya pada hari kiamat dengan dua gelang dari api neraka?” Kemudian, wanita tersebut melepaskan gelang tersebut daripada tangan anaknya dan menyerahkannya kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Dua gelang ini untuk Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Abu Dawud dan An-Nasa’i).



Kredit Foto: Google



Kebaikan Emas Dari Segi Kesihatan dan Kehidupan




Kredit Foto: Google






Kredit Foto: Google














#Emas #Perhiasan #Barang Kemas
;