Highlights
Para Suami, Jangan Merungut Kalau Isteri Minta Ambilkan Gambar. Sebab Tak Besar Manapun Permintaannya.
Situasi ini mungkin biasa berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi ketika pergi bercuti. Maklum sajalah orang perempuan, memang tak sah kalau tak bergambar. Lagipun bukannya apa, mahu cipta kenangan selagi hayat masih ada dan semasa tenaga masih bersisa. Ayat yang mungkin kita selalu dengar pula mungkin seperti ini, “Abang tolong ambil gambar Ayang jap?” Lalu si suami pun ambillah gambar. Hanya berbekalkan dua, tiga ‘snap’ jawabnya pula “Okey dah.”
Kredit Foto: Google
Si isteri pula usai melihat gambar-gambar di skrin telefon masam mencuka. Masakan tidak, belum sempat membetulkan posisi duduk atau berdiri sudah di rakam. Itu belum kira mata terpejam atau tudung senget-benget. Disinilah suami perlu mainkan peranan. Seperti yang dikongsikan salah seorang pengguna Facebook, Syamsul Fitri dalam entrinya. Ada betulnya juga apa yang dinukilkannya.
Kalau pergi bercuti, jadi lah jurugambar isteri. Adat orang perempuan, suka nampak lawa. Tapi nak dapatkan sekeping gambar yang dia puas hati tu bukan senang! 100 keping gambar sama belum tentu dia upload lagi. Jadi kalau nak jimat masa kena la study sikit pose yang dia suka. Dua benda je sebenarnya orang perempuan suka tengok dekat gambar mereka. Nak nampak tinggi dan kurus! Nak dapatkan gambar macam tu tak susah pun. Kena la guide beliau sikit sebelum snap.
Kredit Foto: Google
"Ok baby ke kiri sikit bagi center, kaki lurus ke depan sikit, angkat dagu sikit, toleh kiri kanan belakang depan, 3,2,1 cisss!" Jangan angkat camera main tekan je kang jadi gambar tak lawa pulak buang masa. Ok dah dapat gambar yang beliau suka. Masalah timbul bila semua gambar cantik! Nak pilih gambar 1 je dari pagi bawa ke malam. Jadi ikut pengalaman saya akan delete je senyap-senyap biar tinggal 2-3 keping gambar sebelum dia tengok. Kejap je dia boleh pilih kompem!
Kredit Foto: Google
Bila dia dah pilih satu gambar yang paling cun. Soalan biasa akan keluar, "Baby, gambar ni ok tak?". Kat sini kita tak boleh jawab "ok je". Terlalu simple dan terlalu jantan. Ini bakal merosakkan mood mereka.
Jawapan perlu disertakan dengan huraian. "Ok ni darling, lighting on point, tudung nampak tajam baju nampak flowy, bulu mata lentik, nampak kurus nampak tinggi dan sebagainya ". Macam ni baru mereka seronok dengar!
Tak ada apa yang sukar bila kita senang berkomunikasi dengan isteri. Ambil sedikit masa buat mereka rasa dihargai. Senang hati isteri dilayan macam puteri. Sentiasa jadikan mereka yang pertama di hati. Bersabarlah melayan isteri kita. Mereka pembawa bahagia. Pikatlah hati mereka, walau sampai hari tua.
Kredit Foto: Google