gaya hidup

‘Parenting’ Cara Nabi Muhammad SAW – Emak Ayah Mesti Tiru ‘Bulat-Bulat’ Kalau Nak Anak Jadi Hebat.

gempak
Huda Hussain
22/04/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
‘Parenting’ Cara Nabi Muhammad SAW – Emak Ayah Mesti Tiru ‘Bulat-Bulat’ Kalau Nak Anak Jadi Hebat.
Mendidik anak-anak dalam dunia sekarang bukan mudah. Sukar mencari keseimbangan antara tuntutan kerjaya ibu bapa dan masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Ya, kualiti masa yang menghambat kadang kalanya membuatkan kita sebagai ibu bapa terlepas itu dan ini. Terlepas untuk meraikan kejayaan anak-anak, terlepas untuk melihat anak-anak sudah mula berdikari dan belajar melakukan kerja-kerja rumah sendiri dan banyak lagi.
Kredit Foto: Google
Yang kita selalu kita nampak adalah kesalahan mereka. Lalu diperbesarkan hingga menghukum, menjerit, memarahi dan tidak keterlaluan ada yang cepat naik tangan. Walaupun kesalahan si anak hanya tertumpahkan air dengan tidak sengaja. Dan kesannya, anak-anak semakin menjauh dan wujudlah jurang yang besar antara anak-anak dan emak ayah.
Mungkin ada yang terikut dengan emosi dek kerana tertekan dengan tuntutan dan hambatan tugasan pejabat. Lalu emosi itu dilampiaskan kepada anak hingga mereka pula menjadi punching bag kita. Allahu... Sudah semestinya ia sesuatu yang tidak sihat bahkan menjejaskan perkembangan anak-anak.
Kredit Foto: Google
Dan sedarkah anda bahawa dalam Islam, Rasul junjungan kita ada mengajarkan kaedah dan cara yang sepatutnya diikuti dalam mendidik anak-anak? Yang apabila kita menekuninya, nampak kecil dan remeh juga ringan. Tetapi hakikatnya ia akan menjadi berat dan susah andai ia tidak diamalkan. Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di laman Facebooknya mengenai ilmu keibubapaan ini wajar dijadikan rujukan dan ikutan.
Makin banyak saya belajar pasal kanak-kanak, tiba-tiba saya jadi makin kagum sangat-sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W. Dulu bila saya baca kisah insan mulia yang bernama Muhammad tu, saya rasa pelik kenapa lah Nabi tu baik sangat dengan budak-budak. Saya tahu memang Nabi akhlaknya terpuji tapi kadang tu rasa macam terlalu baiknya Nabi dengan budak kecil.
Kredit Foto: Google
Bila duduk dengan cucu-cucunya Hassan dan Hussain, Nabi akan selalu peluk dan cium mereka. Sampaikan ada seorang sahabat ni nama dia Al Aqra' bin Habis At Tamimi nampak kelakuan Nabi tu dia cakap, "Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tak pernah mencium mereka sekalipun." Masa nilah Nabi balas balik, “Barangsiapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi." Hebat kan.
Ada satu peristiwa lain pulak, bila Nabi terserempak dengan kanak-kanak masa tengah berjalan, baginda akan beri salam pada anak-anak tu dan kemudian mengusap kepala mereka. Fuh! Pernah sekali tu Nabi solat sambil mendukung anak kecil. Nabi juga sanggup bersujud lama sebab masa tu cucu baginda tengah main ala-ala menunggang dekat atas belakangnya. Baginda siap tunggu sampai cucunya puas bermain lalu barulah Nabi bangkit.
Kredit Foto: Google
Nabi selalu mendoakan anak kecil. Nabi kerap mengusap pipi kanak-kanak sambil mengucapkan perkataan yang positif. Nabi turut panggil anak kecil dengan panggilan nama yang bagus. Bahkan ada banyak lagi kisah yang lain tentang kelakuan baik Nabi pada anak kecil. Sampaikan saya jadi tak senang duduk dan asyik tertanya-tanya, apakah sebenarnya pelajaran yang paling mahal daripada kebaikan Nabi tu. Rupa-rupanya bila saya terbaca kajian Professor Bruce Perry, barulah saya sedar dasyat betul rupanya kesan pada otak kanak-kanak kalau tak dapat kasih sayang yang cukup dan selalu diabaikan! Profesor Bruce tu adalah chief of psychiatry dekat Texas Children's Hospital. Menakutkan woih bila dia dedahkan anak yang selalu diabaikan ni, perkembangan otaknya jadi terganggu dengan sangat teruk.
Kredit Foto: Google
Dua-dua gambar CT scan otak yang Profesor Bruce kaji tu ialah otak budak sebaya umur tahun. Yang sebelah kanan tu lah CT scan photo otak kanak-kanak yang kurang dapat perhatian, kurang stimulation, kurang kasih sayang dan kurang sentuhan. Saiz ukuran otaknya jadi jauh lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain. Patutlah generasi anak muda zaman Nabi dulu kemain lagi bijak, rupanya teknik parenting yang Nabi praktikkan tu super hebat belaka! Seriously kalau kita pun nak anak jadi hebat dan sihat otaknya, kita kena copy bulat-bulat apa yang Nabi buat tu. ✅ Gosok ubun-ubun anak sambil doakan benda baik ✅ Bisikkan pada anak kita ayah sayang kakak/ ibu sayang adik ✅ Banyakkan ciuman, sentuhan dan pelukan kasih sayang ✅ Selalu bisikkan pujian pada anak yang kita bangga dengan perangai baik mereka ✅ Tinggalkan handphone dan tutup TV masa duduk bermain dengan anak. Kita nak kena kerapkan eye-contact, bukan screen contact.
Semua mak ayah kat dunia ni kena praktikkan ilmu ni dekat rumah. Kita tak nak perkembangan otak si kecil terganggu sebab kita tak tahu cara yang betul nak stimulate perkembangan otak si kecil.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live