Highlights
Pelajar IPT Terkandas – Ramai Individu Tampil Hulur Bantuan. Syukur, Rakyat Malaysia Ada Yang Prihatin
Beberapa hari lalu media sosial dibanjiri keluhan dan rungutan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang terkandas susulan keputusan saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bahawa sesi pendaftaran secara bersemuka ditangguhkan. Ia mungkin diambil kerana sejak kebelakangan ini kes positif Covid-19 semakin menunjukkan trend menaik. Lantaran itu, ramai pihak yang kesal kerana katanya ketidakcekapan pihak pengurusan KPT mengundang 1001 masalah kepada para ibu bapa dan pelajar. Ada beberapa universiti yang masih menerima kehadiran pelajar walaupun sesi pembelajaran hanya diadakan secara dalam talian. Namun selebihnya terpulang kepada pelajar dan ibu bapa.
Sungguhpun demikian, berdasarkan tinjauan menerusi apa yang bertebaran di media sosial ada yang terpaksa menangguhkan rawatan berjadual untuk menghantar anak ke universiti. Dan lebih menyedihkan ramai yang terpaksa menanggung kerugian kos penginapan sewa rumah yang telahpun dibayar lebih awal. Itu belum dikira mereka yang tinggal berjauhan dari universiti. Hinggakan terpaksa menanggung kos kerugian tiket kapal terbang. Allahu, sememangnya keputusan saat akhir ini menyusahkan semua pihak.
Kredit Foto: Facebook Saje Share
Kuasa Media Sosial
Lantaran itu, ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan. Hanya berdasarkan muat naik di twitter, Instagram dan lain-lain mereka sudi membantu barisan siswa dan siswi kita yang terkandas. Tanpa mengira latar belakang, atas sikap keprihatinan dan rasa tanggungjawab serta sifat belas simpati pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada mereka.
Kredit Foto: IG IM Asyraf
Sekadar memetik beberapa posting yang tular di media sosial, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Ebit Lew antara tokoh agamawan yang awal menawarkan bantuan. Biarpun masing-masing mempunyai limitasi tertentu dalam memberikan apa yang terdaya, seharusnya sikap sebegini dicontohi dan dipuji serta menjadi ikutan. Benar, tidak ramai dalam kalangan kita yang mampu khususnya dari sudut kewangan kerana sememangnya apabila berbicara mengenai soal ini, duit adalah faktor utama untuk didahulukan.Kredit Foto: Facebook Saje Share
Berbekalkan apa yang ada, maka mereka ikhlaskan diri tampil ke hadapan dan menguar-uarkan bentuk bantuan kepada golongan siswa dan siswi yang terkandas. Syukur, nasib mereka sekurang-kurangnya terbela untuk sehari dua ini. Namun tidak dapat dipastikan sampai bila keadaan ini akan berlanjutan.Kredit Foto: Facebook Saje Share
Ramai Tawarkan Bantuan
Sungguh, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang rata-ratanya ramai yang terjejas pendapatannya, tetapi masih ada juga segelintir daripada masyarakat kita yang sanggup mengenepikan kepentingan peribadi untuk membantu mereka yang memerlukan saat kecemasan tak terduga seperti ini. Menawarkan diri menyediakan tempat penginapan, memberi makanan adalah apa yang sebahagian daripada rakyat kita mampu sediakan. Syabas rakyat Malaysia! Walau susah dan senang, masih ada yang berhati mulia tampil membantu mengikut kemampuan masing-masing. Inilah contoh sikap yang sewajarnya dijadikan inspirasi dan ikutan ramai. Ini masanya adik-adik kita susah, masa kita sendiri belum tahu lagi.
Kredit Foto: Facebook Saje Share
Must-Watch Video