Penangan PARK SHIN HYE — Peminat Tunggu Seawal 10 Pagi di Mid Valley, Sedangkan Event Jam 4 Petang!
Public Anonymous User
23/06/2019 01:53 MYT
23/06/2019 01:53 MYT
Oleh: Huda Hussain
Kredit foto: Huda Hussain
InTrend antara wakil media yang dijemput bersama Park Shin Hye dalam sesi soal jawab eksklusif di Hotel Hilton, Kuala Lumpur tengah hari semalam. Dalam sesi yang berlangsung 30 minit itu, Park Shin Hye turut berkongsi rahsia kecantikan kulitnya.
Tak rumit rupanya rutin cantiknya. Berikut antara perkongsian Shin Hye bersama wakil media.
Kredit foto: Huda Hussain
Kongsikan pengalaman anda bergelar duta Mamonde?
Enam tahun bersama Mamonde, saya menyifatkan ia bagaikan hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dan sepanjang tempoh ini juga, saya kagum dengan pencapaian Mamonde yang sering berusaha dan mencipta inovasi baru dengan mengeluarkan rangkaian produk menepati kehendak penggunanya.
Sebagai duta, saya pastinya mencuba sendiri rangkaian produk ini bagi merasai sendiri keberkesannya terhadap kulit. Dan terbukti ia serasi dengan kulit saya dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Apa produk yang menjadi kegemaran anda dan mengapa?
Sudah tentunya semua produk keluaran Mamonde dan terbaru Red Energy Recovering Serum menjadi kesukaan saya. Ia menyerap jauh ke dalam kulit. Dan oleh kerana saya tidak berapa gemar bersolek, saya suka Creamy Color Balm dari Mamonde.
Ia sedikit sebanyak memberikan ‘tenaga’ pada kulit wajah agar kelihatan bermaya dan berseri-seri.
Kredit foto: Huda Hussain
Walaupun anda sering kembara ke sana-sini, kulit wajah anda sentiasa glowing dan bermaya. Apa rahsianya?
Saya pastikan mengoles produk yang memberi perlindungan UV dan aplikasi serum. Selain itu, saya pastikan membersihkan muka sebelum tidur, ia langkah penting yang tidak akan saya langkau.
Dalam masa sama, saya pastikan kulit kekal terhidrat. Untuk itu, saya pedapkan Red Energy Recovering Serum. Dan bagi menambahkan seri pada kulit agar kekal lembap dan glowing, saya gunakan masker juga Rose Toner.
Bagaimana pula jika anda perlu menjalani sesi penggambaran dalam durasi yang panjang, apa tips dan langkah yang anda ambil agar kulit wajah bisa menyerap solekan dan kulit kekal lembap sepanjang hari?
Saya gunakan Cushion dari Mamonde kerana ia membantu menyerap solekan pada kulit wajah. Malah walau berpeluh sekalipun, ia tidak meninggalkan cela pada solekan. Selebihnya saya pastikan kulit wajah kekal lembap dengan minum air putih secukupnya.
Apa langkah penting yang amat dititikberatkan dalam penjagaan wajah anda?
Saya pastikan membersih wajah dengan teliti. Jika anda tidak membersih kulit wajah dengan rapi dan konsisten, tidak kiralah walau walau banyak mana serum anda oleskan pada wajah; kulit wajah akan hilang kelembapan dan hanya menyebabkan masalah kulit lain pula.
Penggunaan toner juga amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah saya. Selain itu, Red Energy Recovering Serum membantu menghalang kemunculan bintik hitam.
Malah pada siang hari, jika kulit saya terlalu kering; saya oleskan dua ke tiga lapisan serum ini untuk memberi perlindungan kepada kulit secara menyeluruh.
Selain penggunaan produk Mamonde, apa lagi tips yang anda percaya berupaya menyerlahkan kecantikan kulit secara semula jadi?
Elakkan stres, jalani hidup dengan ceria dan gembira serta jangan lupa senyum! Ya, senyuman menggerakkan otot muka sekali gus memberi refleksi bagaimana kulit wajah anda bertindak sepanjang hari.