Penawar Kaki Penat Kembara – Antara Rawatan Urut Kaki Di Spa Atau Cuba Petua Tradisi?
Huda Hussain
27/08/2020 06:00 MYT
27/08/2020 06:00 MYT
Pepatah Melayu ada menyebut, ‘jauh berjalan luas pemandangan’. Dan apabila berbicara bab-bab berjalan, pastinya anggota kaki antara bahagian tubuh yang paling banyak ‘bekerja’ saat berpergian ke sana sini. Almaklum sajalah, kaki merupakan anggota yang memikul berat badan kamu. Tidak kurang juga, mungkin ada dalam kalangan kamu berdepan dengan masalah tumit pecah-pecah, kering dan mengelupas. Justeru bagi memastikan segalanya sempurna usai kamu pulang bercuti, tips kali ini melengkapi ilmu cantik kalian dengan resipi dan petua tradisi bagi memelihara bahagian tubuh paling bawah ini agar kekal sihat, bersih dan cantik sepanjang masa.
Dilema: Mungkin dek kerana penat mengembara keluar masuk hutan dan pusing keliling pulau, kaki saya makin kering dan bersisik pula jadinya. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasinya?
Solusi:
1. Ambil buah mengkudu kemudian gosokkan pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas bersih dengan air.
2. Jika kamu memerah kelapa, hampasnya jangan dibuang begitu sahaja. Ambil segenggam hampas kelapa dan campurkan dengan sedikit asam jawa. Gosokkan campuran hampas kelapa dan asam jawa pada bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu, insya Allah masalah kaki bersisik mampu dirawat.
3. Ambil sedikit minyak kelapa yang belum digunakan lalu sapukan pada kaki yang bersisik. Ulanginya setiap hari dan kamu akan dapati masalah kaki bersisik beransur hilang.
Dilema: Sakan berjalan dan membeli-belah di pusat peranginan, tak perasan pula hingga tumit kaki pecah-pecah. Ada petua mudah yang boleh saya cuba?
Solusi:
1. Rendamkan kaki beberapa minit di dalam bekas berisi air suam. Langkah seterusnya, gosokkan batu asah pisau pada bahagian tumit yang pecah. Ulangi sehingga kamu nampak perubahan dan kesan tumit pecah beransur hilang.
2. Ambil getah betik yang masih muda lalu sapukan pada tumit yang pecah. Biarkan getah betik kering dan setelah itu bersihkan dengan air.
3. Ambil sedikit air perahan limau nipis yang dicampurkan dengan bawang putih yang telah dikisar. Kemudian, sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan petua ini sehingga masalah tumit pecah dapat diatasi.
Dilema: Sepanjang tempoh makan angin di Redang beberapa minggu lalu, saya cuma menyarung sandal dan selipar. Yalah, baru selesa nak berjalan tapi timbul pula kematu di bahagian tumit. Bagaimana nak hilangkannya?
Solusi:
Ambil sebiji buah belimbing buluh dan campurkan dengan air limau nipis. Kemudian, sapukan campuran ramuan ini pada bahagian yang mempunyai kematu dan masalah tumit pecah-pecah.
Dilema: Dah namanyapun bercuti mestilah aktiviti berjalan memenuhi jadual. Dan apabila penat berjalan, kaki sakit sana sini. Apa perlu saya buat untuk atasinya?
Solusi:
1. Ambil beberapa helai daun mengkudu. Kemudian, salai daun tersebut beberapa minit. Selepas itu, balutkan pada kaki dan lakukan beberapa kali sehingga masalah sakit kaki sembuh.
2. Ambil beberapa ulas kunyit hidup dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, panaskan bersama minyak masak dan sapukan pada bahagian kaki yang sakit. Langkah berikutnya, balut dengan daun tembaga suasa. Biarkan beberapa ketika dan amalkan petua ini seminggu sekali. Insya Allah dilema sakit kaki mampu dipulihkan.
Dilema: Seronok dan tenang rasanya pabila kaki dibiarkan ‘bernafas’ memijak pasir-pasir pantai. Tapi selepas itu, kuku kaki kelihatan kusam dan tak lagi bersinar, berkilat seperti sebelumnya. Ada petua nak kilatkan kuku kaki dan tak perlu berbelanja besar?
Solusi:
Ambil bawang putih dan potong kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan bawang putih tadi pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kuku kelihatan berkilat. Amalkan selalu sehingga kamu benar-benar berpuas hati dengan hasilnya.
Dilema: Kaki saya cepat berpeluh dan lembap. Dan lebih memburukkan keadaan, kaki cepat berbau. Apa petua yang sesuai untuk tangani masalah ini?
Solusi:
Sediakan sebesen air dan campurkan segenggam asam jawa bersama dua sudu garam. Kemudian, rendamkan kaki kamu dalam besen tersebut dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan masalah bau kaki, petua ini juga berupaya menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.
Penjagaan Kaki Dirumah
Jika kamu tahu caranya, tak perlu berbelanja lebih untuk merawat dan memastikan kaki kamu kekal cantik dan bersih. Ikuti langkah berikut:
1. Cara mudah memelihara kebersihan dan kecantikan kaki cukup ringkas. Kamu hanya perlu rendamkan kaki selama 10 minit di dalam bekas berisi air suam dan garam. Kemudian, pedap dan gosok-gosok bahagian tumit. Penggunaan air suam dan air sejuk amat baik untuk melancarkan proses peredaran darah pada bahagian kaki.
2. Kamu juga boleh rendamkan kaki dalam bekas berisi campuran air panas dan syampu selama 10 minit. Ia bertujuan mengembang dan melembutkan permukaan kuku jari kaki.
3. Atasi masalah tumit pecah dengan sapuan nipis Vaseline bersama beberapa titis jus lemon.
4. Ketika mandi, gosokkan bahagian tumit dengan batu pumis (batu daripada gunung berapi yang poros dan ringan digunakan untuk menggilap dan sebagai bahan pelelas) lalu sapukan juga salap yang mengandungi pelembap bagi melembapkan tumit.
Kredit Foto: Google