fesyen

Peniaga Lain Jual Emas, Tapi ‘Dia’ Jual Berlian, Batu Permata. Dari Kedai Kecil Hingga Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Ini Sejarahnya.

gempak
Huda Hussain
28/09/2021
08:58 MYT
Sponsor Banner
Peniaga Lain Jual Emas, Tapi ‘Dia’ Jual Berlian, Batu Permata. Dari Kedai Kecil Hingga Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Ini Sejarahnya.
Bukan mudah mewarisi dan menyambung legasi perniagaan lebih-lebih lagi dalam waktu pandemik kini. Pelbagai strategi harus disusun agar terus kekal relevan mendepani cabaran dan peredaran zaman. Dan mengimbau asal usul sesuatu legasi itu perlu dikenang sebagai sumber kekuatan agar terus bertahan. Habib, salah satu jenama tempatan yang tidak asing dalam kalangan penggemar barangan kemas sejak dahulu lagi. Dan menyebut namanya sahaja seakan sudah terbayang lambang prestij dan kemegahan di sebalik kilauan berlian dan batu permata yang cukup ikonik.
Kisahnya Bermula Disini
Di sebalik kejayaan yang terlakar hari ini, terdapat pelbagai kisah suka-duka dan jatuh bangun sebuah syarikat tempatan yang sememangnya menjadi inspirasi kepada semua. Sejarah jenama Habib bermula pada tahun 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif telah membuka sebuah kedai peruncitan di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown Pulau Pinang. Kawasan itu sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar ‘Jewellers’ Corner’.
Kredit Foto: Habib Jewels
Datuk Haji Habib seorang yang berpandangan jauh dan berani untuk tampil berbeza. Keadaan selepas perang dunia kedua begitu mencabar dan beliau memulakan kerjayanya dengan bekerja di kantin pejabat pos di Jalan Masjid Kapitan Keling. Melalui pemerhatiannya, kawasan ini dipenuhi dengan peniaga barangan kemas dan setiap pelanggan yang meninggalkan kedai pastinya diiringi senyuman kegembiraan. Beliau sedar bahawa orang ramai membeli barangan kemas untuk meraikan sesuatu berita gembira ataupun menandakan satu detik istimewa dan sambutan hari bermakna. Perkara Ini telah mendorong beliau untuk membuka kedai barangan kemas beliau sendiri. Menariknya, sementara peniaga barangan kemas yang lain sekadar menjual emas, namun Habib tampil dengan kelainan apabila menjual berlian dan batu permata.
Kredit Foto: Habib Jewels
Dato’ Sri Meer Habib, satu-satunya anak lelaki pengasas jenmaa ini turut mewarisi minat yang sama. Sewaktu kecil, beliau amat teruja setiap kali melihat bapanya membuka peti besi dan sentiasa kagum dengan kilauan pelbagai warna berlian dan batu permata. Perkara ini mempengaruhi beliau untuk belajar dan berazam untuk membantu menguruskan perniagaan bapanya.
Meskipun Datuk Haji Habib dikenali sebagai pengasas jenama ini, namun Dato’ Sri Meer yang memainkan peranan yang penting dalam menjadikan Habib sebuah jenama yang dikenali ramai dan dipercayai untuk berada di peringkat yang tersendiri. Selepas tamat belajar, beliau mendapat ilham untuk membawa konsep peruncitan barangan kemas berikutan jurang permintaan yang tinggi dalam pasaran.
Legasi Diteruskan
Pada ketika itu, rekaan barangan kemas berlian untuk masyarakat Melayu adalah terhad dan permintaan begitu tinggi. Pelanggan inginkan pilihan untuk rantai labuh, kerongsang, butang baju Melayu yang tiada di pasaran pada masa itu. Jenama ini mula mengeluarkan pelbagai koleksi berlian dan batu permata dan menjadikannya sebagai peniaga barangan berlian dan batu permata ketika itu terus menjadi tumpuan peminat barangan berlian.
Kredit Foto: Habib Jewels
Perkara ini telah mendorong kepada pembukaan bilik pameran pertama di Semua House, pada tahun 1986. Habib memilih untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi dan dekat dengan pelanggan. Lalu bilik pameran diubah suai dengan konsep kedai emasnya yang lebih mesra pelanggan dengan tidak menggunakan jeriji logam seperti kedai-kedai emas lain agar pelanggan merasakan pengalaman membeli yang lebih peribadi dan selesa. Pelanggan mulai membanjiri bilik pameran dan jenama ini terus melebarkan empayar peniagaan dengan membuka lebih banyak bilik pameran serata Malaysia.
Pengiktirafan Antarabangsa
Sentiasa peka dengan corak perubahan semasa serta citarasa pelanggan menjadikan jenama ini sentiasa selangkah di hadapan jenama-jenama lain. Habib turut berjaya meraih kepercayaan daripada jenama antarabangsa untuk melebarkan sayapnya dengan menjual berlian antaranya Hearts On Fire® dari Amerika Syarikat yang mempertaruhkan potongan berlian yang paling sempurna di dunia atau disebut sebagai ‘World’s Most Perfectly Cut Diamond’, jenama barangan kemas eksklusif Stephen Webster dari London, Pandora dari Denmark, Les Georgettes by Altesse dari Perancis, TOUS dari Sepanyol serta pengedar tunggal jam tangan mewah mampu milik Ice- Watch dari Belgium.
Kredit Foto: Habib Jewels
Revolusi Seiring Peredaran Dan Cabaran Era Kini Diterajui Dato’ Sri Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB bersama isterinya, Datin Sri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB dengan 30 bilik pameran bersama lebih 1,300 pekerja di bawah Kumpulan HABIB di seluruh negara, jenama ini turut mempunyai program pelatih pengurusan (management trainee) yang tersendiri iaitu Graduate Excellence Management School (GEMS) yang mempertaruhkan bakat-bakat muda sebagai pelapis dalam peringkat pengurusan syarikat.
Setelah lebih enam dekad berlalu sebagai jenama warisan barangan kemas utama, Habib kini masih rancak dalam melebarkan sayap peniagaan melalui pelbagai platfom dan medium. Sentiasa mengutamakan pelanggan dalam segala urusan, usaha berterusan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan terutamanya ketika pandemik Covid-19 yang berlaku ini telah mencetuskan gelombang digitalisasi. Meluaskan penawaran perkhidmatan ke arah platfom digital, tiada siapa menyangka kini orang ramai boleh membeli barangan kemas melalui atas talian dengan selamat dan penghantaran yang pantas.
HABIB terus berusaha untuk memberikan terbaik untuk pelanggannya. Setelah 63 tahun bertapak dalam perniagaannya, jenama ini kekal ikonik dan memberi inspirasi, dengan mengekalkan legasinya sebagai jenama barangan kemas pilihan rakyat Malaysia dengan rekaan yang sempurna serta perkhidmatan unggul yang ditawarkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live