Highlights

Penuh Wad Chef Wan Dengan Hadiah, Tak Putus Orang Melawat – Kita Baik Dengan Orang, Inilah Ganjarannya!

gempak
Afiza Kamarulzaman
26/02/2020
15:41 MYT
Sponsor Banner
Penuh Wad Chef Wan Dengan Hadiah, Tak Putus Orang Melawat – Kita Baik Dengan Orang, Inilah Ganjarannya!
Jarang kita dengar Dato' Chef Wan atau lebih senang dipanggil Chef Wan sakit atau dimasukkan ke wad. Tiba-tiba, beberapa hari yang lalu Chef Wan berkongsi di Instagramnya yang beliau telah ditahan di hospital kerana diserang penyakit kayap di kakinya. Seperti yang kita sedia maklum, Chef Wan seorang yang gemar berkongsi dengan pengikutnya perihal kehidupan peribadinya tanpa berselindung. Apa yang pengikut baca di kapsyen Instagramnya, itulah realiti sikapnya.
Walau ada kala, kata-katanya itu kedengaran agak tegas dan lantang, namun banyak pula kebenarannya. Maklumlah, kata-kata daripada seorang veteran yang kaya pengalaman, begitulah. Agak panas telinga untuk mendengarnya, namun jika diteliti maksudnya pasti tiada tujuan terselindung melainkan hanya mahu membetulkan kesilapan yang beliau nampak pada mata halusnya.
Pada sisi lain seorang Chef Wan itu, banyak pula kebaikan dan contoh baik yang boleh kita teladani. Jika tidak, masakan ramai yang menyenangi beliau dan terbukti saat beliau terlantar sakit beberapa hari ini, wadnya begitu sibuk dengan kunjungan keluarga, sahabat-handai dan saudara-mara yang tidak putus-putus menziarahinya. Kongsinya pada satu muat naik di Instagramnya, beliau terpaksa menghantar pulang beberapa jambangan bunga dan berbakul-bakul buah-buahan ke rumah kerana meja wad sudah penuh!
Yang baik kita ambil jadikan pedoman untuk kita sebagai generasi muda melalui kehidupan ini dengan lebih baik; kehidupan yang semakin ‘miskin’ dengan nilai-nilai murni dan akhlak yang budiman. Mari kita suburkan kebaikan kepada orang di sekeliling kita, jauhkan sikap pentingkan diri dan berasakan hidup ini hanya untuk ‘aku’ semata-mata. Ini antara yang penulis nampak rutin kebaikan yang selalu Chef Wan amalkan dalam kehidupan sehariannya.
Being hospitalised the last 2 days for Shingle / Kayap. Before my full medical check up i felt my right leg nerve sensitive and painful. Its like A burning sensation. I asked my Dr and they did the blood test and Ultrasound and suspected it was Hernia. I was even tested for prostate too but came out positive. Despite all my medical check up looking good i discovered the next day all this small sore like chicken pox appearing only on my leg. Omg the pain all night was unberable and i had to be admitted. Dr comfirmed its Shingles and inmediately gave me all this anti viral drip to destroy them from attacking my nerves and gave me pain killer too. Lucky i got it treated inmediately before it spread on my upper leg where the L 5 nerves is. The Dr and specialist at Gleneagle hospital are really fabulous. They even run MRI test just incase if i have a slip disc but result were good. So they confirmed that the pain is not from my Hernia at all but from this nerve being attack. They act on my Shingles inmediately so that i have less pain. Alhamdulilah.
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Kebaikan Chef Wan yang Wajar Dijadikan Contoh:
Menjaga dan berbakti kepada ibu
  • Siapa yang rajin menjenguk ke Instagram milik Chef Wan, pasti kenal sangat dengan ibunya yang dipanggil, Cik Ani itu. Dek selalu berkongsi hal kehidupan ibunya itu, Cik Ani memiliki golongan peminatnya sendiri. Lihat bagaimana Chef Wan menyantuni ibunya. Tanpa segan silu dibawa ibu yang sudah tua itu ke sana-sini malah bertemu dengan tetamu atasan. Diberi rawatan terbaik dan diberi makan yang bagus-bagus.
Selalu Membantu Keluarga
  • Walaupun pernah berdepan dengan beberapa krisis kekeluargaan sebelum ini, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbudi kepada ahli keluarga yang sudi menerimanya. Chef Wan dikatakan banyak berkorban untuk keluarga dan sangat pemurah. Malah, suka meraikan anak dan cucu-cucunya dengan pemberian istimewa. Menggembirakan kanak-kanak sesuatu yang sangat digalakkan dalam Islam.
My daughter visiting me after visiting her mother at GH hospital. Her diabetes sore from the leg has turned to gangrine and from the MRI showed that there no way to save her leg except to be amputated asap. Otherwise it can destroy the heart and she can die due to the infection spresding up wards to other organs too. We were told today even the second leg with sore also need to be amputated. But they will do one first as she has a weak heart and loosing 2 legs at the same time is too much for her. We were told to think about this asap and make our quick decision. However the dr said there risk from this amputation as her heart is also weak. She can die from this operation too! This really put us in a difficult position. To amputate or not still we are taking the risk. I was told by my son yesterday that she was so depressed hearing this new. As devastated as we are as families we all have warn her about her eating habits for years knowing she is suffering from diabetes. She would not take my advice and i kind of expected this one day would happened. By late dad was the same. He died of diabetes after they amputated his leg after 2 years. At that time his 2nd leg was going to be amputated too but he had a heart attack and passed away 7 years ago. So sad to hear this new. I told my daughter what i can do now after the surgery is to hire a nurse to care for her and care for her at my home with my mother. Its difficult for the kids to care for her as they are busy with their work. At least i have my maid, her current maid which i hire too and my driver to take her to her 3x a week dialysis. Omg such a huge challenge and responsibilities i will need to face now. My home soon will turn to be a nursing home dah. But what to do. She the mother of my children. The least i could do is to comfort her in the remaining of her life. Life is indeed a huge challenge but one must always make that sacrificies. Tak kan kita nak sia2 kan dia. May Allah give me the strength..Insyallah.
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Amalan Mengeratkan Silaturahim
  • Penulis masih ingat ketika Hari Raya yang lalu, Chef Wan yang beraya tanpa keluarga yang besar mengambil inisiatif menggembirakan Lebarannya dengan membuat lawatan ke rumah-rumah saudara-maranya. Lebih mengharukan, Chef Wan turut membawa ibunya bersama untuk bertemu adik-beradiknya dan kaum keluarganya yang sudah lama tidak berhubungan. Walau dalam jarak yang jauh, Chef Wan sanggup meredahnya demi menyantuni pak cik dan mak cik yang pastiya mengeratkan lagi hubungan silaturahim mereka.
Suka Meraikan Teman-Teman
  • Tidak kira apa pun latar belakang dan keturunan sahabat-handainya itu, Chef Wan dilihat begitu gemar meraikan mereka dalam majlis yang pasti membawa kegembiraan kepada orang lain. Rumahnya sudah menjadi satu lokasi perjumpaan biasa apabila meraikan sesuatu yang istimewa dengan hidangan makanan pelbagai dan alu-aluan yang membuatkan mereka rasa bagaikan berada di rumah sendiri. Rumah yang selalu dikunjungi tetamu itu, membuka pelbagai barakah di dalamnya.
Berbuat Baik Dengan Pembantu
  • Selalu juga Chef Wan berkongsi video beliau bergurau-senda dengan pembantu rumahnya. Ada kala Chef Wan sendiri memasakkan hidangan istimewa untuk mereka. Seperti yang pernah penulis baca dalam kapsyennya, apa yang dimakan oleh tuan rumah, itu jugalah yang dimakan oleh pembantu-pembantunya.
Menjaga Orang Sakit
  • Nah, di sinilah yang kita nampak impak kebaikannya itu berbalik kepada dirinya saat beliau pula ditimpa kesakitan. Chef Wan masih meneruskan sumbangan, nafkah dan berbakti kepada bekas isterinya walaupun sudah lama mereka bercerai. Lebih mengagumkan, beliau kini menjaga isterinya itu yang sedang sakit. Semua kos perbelanjaan perubatan ditanggung oleh Chef Wan dan beliau sentiasa memantau kesihatan bekas isterinya itu. Berapa ramai bekas suami di luar sana yang masih mengambil berat hal ehwal bekas isteri yang diceraikan?
Dan, mungkin ada banyak lagi kebaikan-kebaikan lain yang dilakukan beliau yang kita sendiri tidak tahu. Apa pun, didoakan Chef Wan lekas sembuh dan diberikan kesihatan yang lebih baik agar dapat terus menabur bakti kepada ibu, keluarga dan masyakarat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live