Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

Penunggang Agama 2, “Saya Cuba Berikan Persembahan Terbaik Dan Lebih Mengujakan.” – Syafiq Yusof

Huda Hussain 18/10/2021 | 14:45 MYT
Isu tunggang agama bukanlah satu perkara baru yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat. Bahkan ada yang berpendapat ya tiada salahnya untuk tunggang agama kerana sewajarnya agama itu perlu disemat dalam jiwa bagi setiap yang beragama Islam. Namun tidak kurang juga ada yang tidak menyenangi isu ini kerana dikatakan ia hanya dilakukan untuk meraih keuntungan terutamanya yang melibatkan perihal perniagaan misalnya. Dan kupasan dari kaca mata seorang pengarah dalam usaha mentarbiah masyarakat secara kreatif menerusi medium filem diterjemahkan dengan naskhah ini.
Penerbit Astro Shaw dan Skop Productions sekali lagi bergabung menghasilkan filem terbaru dari kesinambungan filem Penunggang Agama yang telah mendapat sambutan memberangsangkan mencecah RM3 juta dan menjadi bualan hangat dikalangan penonton, Penunggang Agama 2. Menariknya, kali ini filem seram thriller ini menampilkan aksi yang lebih seram dan penuh kejutan.
Jika dibandingkan filem Penunggang Agama pertama dan sekuelnya ini, Penunggang Agama 2 lebih terang dan bersuluh dalam menghuraikan definisi ‘penunggang agama.’ Watak serta karakter lama dan baru turut ditonjolkan dengan lebih berani dan tambah emosi. Kehadiran filem Penunggang Agama 2 di platform Astro First juga bakal memberi pilihan kandungan variasi kepada penonton selain filem yang sedia ada sekarang ini yang bergenrekan komedi, drama, seram komedi.
Penunggang Agama 2 bakal menemui penonton bermula 19 Oktober ini, Di Pawagam Rumah Anda, Astro
First, saluran 480. Filem sekuel ini masih mengekalkan teraju utamanya iaitu pelakon popular tanah air, Zul Ariffin sebagai Amir, bersama pelakon, penyanyi dan juga pengacara Azira Shafinaz sebagai Anna. Kedua-dua watak ini telah dikembangkan dan menuntut pengawalan emosi bagi menghidupkan karakter.
Pengarah filem Penunggang Agama 2, Syafiq Yusof juga meletakkan kejutan menerusi watak tersebut. Selain itu, antara daya tarikan lain bagi filem yang menjalani sesi penggambaran di Cameron Highlands ini
adalah watak baru yang diperkenalkan seperti Father Michael yang digerakkan oleh pelakon hebat Tony
Eusoff. Beliau berupaya memberikan persembahan terbaik untuk watak seorang paderi.
Antara pelakon lain yang turut membintangi Penunggang Agama 2 adalah Salina Saibi (Huda), Johan
As’ari (Hafiz), Dato’ Rahim Razali (Datuk Fawwas), Anna Jobling (Anak Datuk Fawwas), Puteri Nurqaseh
(Sarah), Burhan Sidqi (Bakhtiar) dan Sharifah Aisyarha (Anim).
Menurut Pengarah Filem Penunggang Agama 2, Syafiq Yusof berkata, “Ini merupakan filem kedua arahan saya yang dihasilkan khas untuk tayangan di platform Astro First. Tentunya filem ini turut memberi cabaran baru buat saya untuk lebih memahami gaya tontonan dan cita rasa penonton sasaran. Bagi Penunggang Agama 2, saya cuba memberikan persembahan terbaik dan lebih mengujakan. Buat penonton yang tidak berkesempatan menyaksikan filem prekuelnya, mereka masih boleh mengikuti jalan cerita sekuelnya kerana konflik adalah berbeza serta baru. Di samping menjanjikan nilai hiburan, filem ini turut menyelitkan nilai pengajaran yang dekat dengan penonton lebih-lebih lagi dalam zaman serba moden dan era siber ini. Sedikit sebanyak apa yang dipersembahkan dalam Penunggang Agama 2 mungkin berlaku di luar sana. Saya harap filem ini akan mendapat reaksi positif daripada penonton.”
Penunggang Agama 2 adalah kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.
Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi.
Jangan lupa saksikan filem seram thriller, Penunggang Agama 2 yang akan berada di Pawagam Rumah
Anda, Astro First bermula 19 Oktober 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh
strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari)
secara berulang-ulang. Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga
melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang
Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi
akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
#Astro First #Penunggang Agama 2
;