gaya hidup

“PERANG Covid-19 – Kuasa Dalam Tangan, Kita Telah Melakukannya Sebelum Ini. Teruskan Perjuangan!” – Dr Musa Nordin, Dr Mohammad Farhan Rusli.

gempak
Huda Hussain
29/05/2021
05:15 MYT
Sponsor Banner
“PERANG Covid-19 – Kuasa Dalam Tangan, Kita Telah Melakukannya Sebelum Ini. Teruskan Perjuangan!” – Dr Musa Nordin, Dr Mohammad Farhan Rusli.
Apa yang kita takutkan selama ini telahpun terjadi. Kita bimbang sistem kesihatan akan lumpuh jika penularan ini tidak dapat dibendung lagi. Walaupun perit dan pahit, itulah realitinya kini. Kebanyakan fasiliti kesihatan, hospital-hospital seluruh negara kian sesak dengan kemasukan jumlah pesakit Covid-19 yang meningkat mendadak saban hari.
Pakar Perunding Kanak Kanak Hospital Pakar KPJ Damansara, Dato Dr Musa Nordin dan Dr Mohammad Farhan Rusli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam menerusi satu perkongsian membentangkan strategi dan apa yang perlu dilakukan semua pihak dalam menghadapi situasi genting ketika ini. Peranan, penglibatan dan kerjasama baik daripada segenap lapisan masyarakat, kerajaan, pengurusan kesihatan dan semua yang terlibat adalah perlu untuk memerangi penularan pandemik Covid-19.
Kredit Foto: Google
  1. Masa terdesak memerlukan pendekatan dan langkah-langkah segera walaupun beberapa strategi anti Covid-19 sedia ada lebih pintar dan lebih berkesan daripada yang diamalkan sekarang.
  1. Perkara penting yang hendaklah dilakukan adalah keperluan kritikal untuk pengurusan pandemik FTTIS yang cepat. Maksud F-T-T-I ialah F - cari (Find), T - uji (Testing), T - jejak (Tracing) dan I - asing (Isolate) S - sokongan (Support)
  1. Program Rollout Vaksin Warp Speed untuk mencapai kekebalan penduduk.
Kredit Foto: Google
  1. "Total lockdown" telah diisytiharkan mulai 1 Jun 2021. Kita harus menggunakan sepenuhnya “circuit-breaker" ini untuk MENYELESAIKAN strategi kesihatan awam kita bagi memastikan bahawa ‘lockdown’ dioptimumkan dengan intervensi anti-COVID-19 dapat dilakukan secara menyeluruh.
  1. Rakyat kita yang dikuarantin di rumah perlu dilindungi pada saat kritikal ini ketika jumlah kes sporadik dalam masyarakat merebak dan tersebar dengan cepat dengan meningkatkan ujian untuk memastikan bahawa mereka yang berada di rumah kekal selamat.
Kredit Foto: Google
  1. Peningkatan ‘Brought In Dead’ (BID) adalah trend yang sangat membimbangkan. ‘Triage’, ‘mass testing’, pengasingan kes yang cepat dan penyediaan sokongan yang sesuai adalah kunci untuk memutuskan rangkaian penularan virus.
  1. Tempoh ‘lockdown’ juga mesti digunakan dengan berkesan untuk menyelesaikan pengesanan kontak yang tertangguh, meningkatkan pengesanan kontak backward and forward tracing menerusi FTTIS secara digital dan automatik. Ia bertujuan memastikan bahawa pautan epidemiologi dikesan dan dikenalpasti sehingga kita dapat kembali kepada kaedah mitigasi dan pembendungan.
Kredit Foto: Google
  1. KKM dan JKJAV perlu mengoperasikan banyak idea yang dapat dilakukan dan telah dinyatakan dengan jelas oleh ramai pakar. 'It is not rocket science actually', tetapi tetang soal vaksinasi terbaik. Perkongsian pintar antara sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta sangat penting untuk memastikan kelancaran pemberian vaksin supaya dapat meningkatkan liputan kepada penduduk dan memastikan pengagihan vaksin COVID-19 dapat dilakukan.
  1. Kita mesti belajar dengan cepat daripada semua intervensi yang baik yang dilakukan ramai pihak untuk mengekang dan mengawal penularan koronavirus. Kita perlu mengalihkan perhatian misalnya daripada kaedah pembasmian kuman hanya diatas permukaan kepada penelitian untuk memastikan ruang pengudaraan yang lebih baik. Bolehkah kita tidak memperkasakan rakyat kita dengan penilaian risiko diri dan masyarakat daripada bersikap menghukum, sombong dan melindungi? Bolehkah kita menerapkan keadilan dan membina rangkaian serta jaminan sosial yang luas untuk melindungi masyarakat miskin, memerlukan dan terpinggir?
Kredit Foto: Google
  1. Negara kini berada di puncak bencana nasional yang belum pernah terjadi sebelum ini. Kehidupan rakyat dan nasib sosio-ekonomi negara kita dipertaruhkan. Negara memerlukan kepemimpinan dan pendekatan pemerintahan kesihatan juga politik yang lebih tangkas, cakna, dan jitu untuk memenangi PERANG ini.
Rujukan: 1. https://m.youtube.com/watch?v=Opg76vmKqWA&feature=youtu.be 2. https://drmusanordin.com/2021/05/14/a-plan-to-exit-the-covid-19-pandemic/ 3. https://drmusanordin.com/2021/01/15/fttisi-the-bedrock-of-covid-19-infection-control/ 4. https://drmusanordin.com/2021/05/12/towards-a-warp-speed-vaccine-rollout-dr-musa-mohd-nordin-mohammad-farhan-rusli-dr-zulkifli-ismail/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024