Viu, peneraju perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau PCCW mula menayangkan siri drama serba baru Malaysia berjudul GANJIL. Sebuah kisah percintaan yang romantik, penuh fantasi. Menggabungkan dua genre untuk satu karya dalam membentuk alam yang menakjubkan.





Siri ini berkisar seorang lelaki dan wanita muda yang mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Amry dilakonkan oleh Fattah Amin sementara watak Nabila dibawa oleh Diana Danielle. Dan kreadibiliti kedua-dua bintang ini tidak perlu disangkal lagi. Pernah memenangi pelbagai anugerah yang mengiktiraf bakat lakonan kedua-duanya, pastinya gandingan mereka bangkitkan keterujaan buat penonton untuk melihat sesuatu yang baru dan segar ditampilkan untuk variasi penonton.

Pasangan ini bertembung dalam mimpi mereka pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. GANJIL juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.





Diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures dibawah arahan Datuk Yusry Abdul Halim, siri ini berlatarkan dunia sebenar dengan alam mimpi di bawah sedar Amry dan Nabila. Siri 10 episod semusim ini kemuncaknya memberikan penonton pandangan mendalam ke dalam jiwa dan keresahan mereka, menerusi alam mimpi yang mereka lalui. Turut menampilkan barisan pelakon sokongan yang tidak kurang hebatnya, iaitu Izzue Islam dan Fatin Afeefa, masing-masing memainkan peranan utama dalam kehidupan Nabila dan Amry.




Mula ditayangkan pada 30 September, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober, penonton boleh menyaksikan siri ini menerusi aplikasi Viu. Hanya muat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, atau laman web di www.viu.com.